Majlis Pembubaran Kelab / Persatuan

Assalamualaikum w.b.t


Last week sis dah pun masuk sem last ..Alhamdulillah dah nak habis dah..kejap je masa berlalu. Kalau nak throback2 nanti yer .. sekarang ni sangat sibuk dengan majlis pembubaran kelab dan sis nak share sikit la sebab majlis pembubaran kelab persatuan ni memang satu adat budaya nya dekat kolej.

Dua kelab yang sis join macam biasa lah Kelab PEWARIS dan Kelab STEADFAST . okay so sis akan mula dengan Majlis Pembubaran Kelab STEADFAST dulu memandangkan diorang buat dulu.







Hah gigih kau, sebelum memilih pemimpin yang seterusnya, siap ada kem 3 hari 2 malam lagi. mantappppp lah kelab gini.. dasyat sangat tu... sis dulu ada interview je.. itupun dah gigil ..Presiden MPM kot interview kitew .. ahakss teringat kena bersajak bagai ... 








Bukan setakat kem, exam pun kena, terbaik la diorang ni ..lepas semua saringan... moga jadi pemimpin yang membawa agama dengan baik,amanah dan telus ... ecewahhhh ayat dia ..




Alhmdulillah pemimpin yang di pilih tidak lain tidak bukan Saudari Aisyah Hashifuddin ... merupakan presiden wanita pertama Kelab STEADFAST .. dan memegang title Pengerusi Wanita ke - 3 di KUISAS... hebat kau dik,.. sis hanya mampu mendoakan kejayaan kelab ni di masa akan datang.. buat yang terbaik yer, amanah tu .. 


Okay next KELAB PEWARIS,









\


Kelab PEWARIS tak ada buat saringan ke apa but consider as masing-masing exco dah ada calon anak buah masing2 .. Alhamdulilah berkat sokongan Penasihat Kelab dan Mantan Kelab yang masih bersama-sama kami di kolej memang PEWARIS sentiasa di hati lah ..

Tahniah buat Saudara Shazwan Hamzah kerana telah berjaya di pilih sebagai Pengerusi Kelab PEWARIS yang baru ... 

Alhamdulillah, berakhirnya pembubaran tu terasa bahu ni lapang pula. Mula mengira detik untuk MPM pula melabuhkan tirai .. alahai, bila pula turn sis yer?



Kepada tampuk pimpinan yang baru esp Kelab Persatuan yang ada dekat KUISAS,

Amanah adalah ANUGERAH yang Allah bagi, bukan kita yang memilih untuk apa yang kita nak tapi Allah pilih dirimu untuk memegang amanah tersebut. Hendak tak hendak jadikan ia sebagai satu medan untuk kamu belajar sesuatu yang baru. Ingat! Pemimpin bukan dapat dari kedai2 runcit tapi ia datang dari dalam diri yang inginkan ilmu iaitu bermula dari langkah yang pertama. Terimalah amanah itu dengan berlapang dada, setiap apa yang kita rancang tak semestinya terbaik untuk kita dan setiap apa yang Allah rancang, sudah pasti terbaik untuk kita. 

ME? officailly disband ~


All the best FARAH WAHIDA atas taklifan sebagai Exco Emcee Vangers yang baru .. Hwaiting!!


Thank you for reading this entry~



Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Awal Muharam : Doa Awal dan Akhir Tahun