We Are For You (STREET DAKWAH - KELAB STEADFAST)

Assalamualaikum, holllaaaa cikebum cikebum.. amacam cuti? opsss kolej aku je yg cuti...herm adik2 yang masih bersekolah, teruskan bersekolah, ilmu tu...

Hari ni nak throwback balik ke 7 April 2015. Kelab Steadfast telah mengadakan Program We Are For You (WA4U) siri ke-3 bertempat di Cameron Highlands, Pahang. Alhamdulillah dapat jugak aku join kali yang kedua. Sebelum ni ke Kuala Lumpur dan Melaka. Kali ni kami ke tempat dingin lagi sejuk beku....hahahahaha (nasib x minus suhu kat sana, mahu jadi Frozen kat situ)

      Memang best hari pertama kami ke sana tapi a little bit late atas faktor - faktor yg tidak dapat dielakkan. So, next chapter sampailah kami ke Cameron Highlands pada waktu tengahhari setelah melalui jalan Simpang Pulai. Nak ikut Tapah pun boleh, ikut suka korang la kan.

       Sampai - sampai je dekat Cameron terus mulakan Street Dakwah dengan tema 'Simple Akhlak'. Benda ni nampak remeh but it's take a lot of Pahala kalau buat (teruk betul English aku, rasa nak masuk kelas balik). Simple Akhlak ni macam apa yang kita selalu buat dekat rumah la, contohnya minum dan makan kena duduk dan gunakan 3S (Salam, Sapa. Senyum). Percayalah, perkara sekecil - kecil itu adalah dakwah kita kepada masyarakat. Alhamdulillah, aku kan dah berada di semester 4 so banyak la adik - adik junior yang join. Aku respect dan kagum dengan diorang ni, kalah aku bab ilmu. SubhanAllah, Allah hantar orang hebat untuk berdakwah, meneruskan legasi dakwah Rasulullah s.a.w. Besar pahala kalian.

       Next, ke Apartmen. Kepada anda yang ingin berprogram or Lawatan Kolej, bolehlah duduk di Apartmen yang kitorang menginap which is Desa Anthrium Berinchang, Cameron Highlands. Seyesly murah je. (Seyesly no air cond and fan at all. Cameron sejuk kot)

Program ni tak lama, Selasa dan Rabu sahaja. Tapi itu adalah moment - moment manis yang aku x kan lupa bersama Keluarga Steadfast. Remember? Last time i've told you about this trio family that i have. Lepas ni boleh update psl MPM dengan PEWARIS plak. hehehehe

     Hari Kedua pun best, kami buat Street Dakwah dengan foriegner2 yang melancong ke Malaysia. Group aku dapat orang Arab, Sydney, German, Denmark, France dan Russia... Best giler tapi aku tak ada la cakap sorang - sorang. Aku bagi adik2 merasa cakap dengan orang asing ni. Kalau diorang tak dapat buat baru aku tolong. Hermmmmm, lulzzz sangat. Aku bukannya fluent English pun tapi sekurang - kurangnya aku mencuba.

Jom tgk gmbr2




ni lah dia Pengarah Program a.k.a Pengerusi Kelab Steadfast, Tuan Muhammad Nazirul Auni bin Laily (gambar kanan) *Nama Penuh kot, aku kasi, gah sangat...

Aku dah join kelab ni dengan beliau dari sem 1 dan aku bersyukur dapat kenal dengan beliau. Beliau orang hebat dan aku bangga dengan kejayaan beliau sekarang. Majulah Steadfast untuk ummah!





ni lah Apartmen kami di Berinchang. cantik x? Ala2 luar negara sangat... sejuk toksah habaq kata orang Kedah.


Hari Terakhir bersama - sama Penasihat 1 dan Penasihat 2 Kelab Steadfast.
Dr Faizal Khir dan En Fadzil 


Kalau pergi cameron, x singgah Ladang Teh, bukan Cameron namanya. *Selfie Sikit








bergambar bersama Pelancong yang sempat kami jumpa, best sangat eh. Diorang sporting habis... Thank you so much for helping us to complete our mission...

Gambar bawah, gambar group aku and kitorang dapat jumpa dengan 4 different foreigner *German, Russia,Denmark and France*

We end up with such a beautiful moment...... thanks a lot guys with such a great programme and do invite me again next time for other programme...



Keluarga Steadfast always awesome!!!!


Thank you for reading this entry

Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~