Adab Berguru
Assalamualaikum w.b.t
1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan
in shaa Allah, kalau anda belajar lebih mendalam tidak ada masalah untuk tidak beradab dengan guru. Menghormati mereka yang memberi ilmu kepada kita,
Alhamdulillah Jumuah Barakah ... Hari Jumaat kan penghulu segala hari .. okay hari ni tak macam sem2 sebelum ni sebab sem akhir ni sis ada kelas hari Jumaat..selalu tak ada kan? tapi sem ni ada pulak .. sem last pulak tu .
Okay sis ke kelas Perbandingan Agama tadi, antara one of my favourite subject dan tak sabar2 nak belajar sebab sangat2 menarik untuk mengetahui tentang agama lain.
But first class not always belajar right? Ustazah ada tegur pasal adab berguru, adab menuntut ilmu dan yang sewaktu dengannya lah.. so for entry kali ni, sis nak share sikit dekat readers pasal Adab Menuntut Ilmu, Adab dengan Guru etc. (PENTING!! so better baca)
[Gambar Hiasan]
Guru, Teacher, Lau'sher, Sonseng-nim, cikgu and what else korang gelar mereka yang bergelar pendidik ni, kena tahulah adab dengan mereka. Sedangkan kita sendiri ada adab dengan ibu bapa, kenapa tidak ada adab dengan guru pulak? Ye tak?
Dalam Islam memang menuntut seseorang untuk sentiasa beradab, berakhlak sebab itu contoh ikutan umat Islam adalah Nabi Muhammad s.a.w yang tinggi dengan budi pekerti dan akhlak yang sis boleh cakap superb lagi hebat la. Akhlak melambangkan peribadi seseorang tau.
Adab-adab mulia ketika berguru:
1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan
in shaa Allah, kalau anda belajar lebih mendalam tidak ada masalah untuk tidak beradab dengan guru. Menghormati mereka yang memberi ilmu kepada kita,
Pelajar sekarang ramai yang sis tengok tidak beradab dengan guru, sis pun kadang2 ada perkara yang tidak sependapat dengan guru, pensyarah tetapi tidaklah sampai membenci mereka. Ada pula segelintir yang memberi gelaran yang buruk pada guru. Allahu Rabbi .. adab tu memang orang cakap sudah hilang di telan zaman. Sis tak nafikan anak2 sekarang diberi kehidupan yang sangat mewah. Kalau tak percaya, pergi shopping mall atau mana2 tempat awam sekalipun, anak2 kecil sudah di beri main gadjet. Sis dulu main pasir, panjat pokok je, Zaman dulu adalah zaman terbaik.. seronok kalau di imbas kembali,
Sis tak salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberi contoh terbaik, atau mengubah segelintir anak muda masyarakat kini. *Amboi bercakap macam tak tengok cermin....ehemmm ..sis cakap untuk diri sendiri jugak.
Macam lirik lagu cakap '... iman tak dapat diwarisi...' sebab tu iman manusia ni boleh bertambah dan berkurang...
Adab berguru ni mudah sahaja, bukan susah.. ibu bapa pun sebenarnya main peranan dan sis nak tekankan pada ibu bapa zaman sekarang 'GURU BUKAN PENGASUH' ... kalau tengok dekat laman sosial sekarang, ramai je ibu bapa yang meminta2 guru untuk tengokkan anak mereka, jaga anak mereka seolah2 tugas guru disekolah seperti di taska. Ini pendapat sis la. Kalau korang ada pendapat sendiri, silakan.
Okay masuk balik bab adab berguru, pensyarah sis pagi tadi adalah menegur dan sis rasa beliau layak untuk menegur seperti kata Ustaz Aznin dalam buku karya beliau 'Tarbiah Sentap'
'Kadang2 ummah hari ini perlu di beri sentapan agar mereka yang lalai di buai mimpi bangun kembali bangkit menjadi singa..' (lebih kurang gitu la ayatnya)
Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al Ghazali :
1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10.Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
11.Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru
meninggalkan majlis.
meninggalkan majlis.
12.Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.
Imam Al-Syafie pernah mengungkap:
•“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”
Kalau kita ikuti perjalanan ulama' dulu pun banyak bercakap tentang adab dengan guru antara yang paling sis ingat kisah Imam Al Ghazali. Sis faham dengan keadaan suasana zaman yang berbeza dengan dulu so kadang2 guru pun sambil lewa juga but itu BUKAN tiket untuk kita biadap dengan guru kita. Ingat yer!!
Lastly, sis nak share ...
Antara hak guru yang perlu ditunaikan oleh murid-murid adalah :
1. Merendah diri terhadap guru.
2. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
3. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
7. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
8. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
9. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.
10. Tidak meninggal majlis pengajaran guru sebelum waktunya kecuali uzur syar'i.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:
"Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)
#CreditOwnerFacebook #SunnahMemanah
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya sendiri. Sentiasalah meminta maaf dan berterima kasih pada mereka kerana ilmu mereka itu besar pahalanya untuk dikongsi.
Kepada semua yang bergelar pendidik,
Didiklah anak murid mu selari dengan zaman tetapi berpada2 lah dalam memberi layanan dan hukuman. Ilmu yang diberi bukan untuk di bangga tetapi untuk di terap dalam diri setiap anak murid. Akhir sekali, terima cikgu, pensyarah dan semua pendidik yang pernah mencurahkan ilmu termasuklah kedua ibu bapa saya yang juga merupakan seorang pendidik kerana telah mencurahkan bakti untuk anak bangsa. Tanpa guru, pemimpin juga tidak berilmu. Kerana guru, tiadanya doktor, arkitek dan sebagainya. Terima kasih guru dan halalkan segala ilmu yang cikgu beri kerana keberkatan itu terletak pada keikhlasan cikgu memberi ilmu kepada kami. Sekali lagi TERIMA KASIH cikgu!
Kepada anak didik,
Hormatilah gurumu walau sejahat, sebaik mana pun mereka kerana mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan. Jika ilmu yang kau pelajari itu semata2 pointer, gred lebih baik tidak belajar ilmu yang sia2. Jadilah anak didik yang sentiasa hormat guru dan meletakkan guru di tempat yang tertinggi sebagai tanda penghormatan. Ringankanlah bibir untuk mengucapkan 'Maaf' , 'Terima kasih' kerana mereka juga sebahagian daripada orang2 yang berkongsi ilmu kepada kita....
Melebih pulak ayat ni...okay DONE!!
Thank you for reading this entry~
mohon share isi nya..terima kasih..semoga Allah memberkati..
ReplyDeletemohon share ya, terima kasih
ReplyDelete