Niat Puasa dan Amalan dalam Bulan Ramadhan~
Assalamualaikummmmm w.b.t.
Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa dan aku sebenarnya dah terlambat nak update entry pon.... tapi takpe la, even terlambat tapi kita ada lagi Ramadhan tahun depan (in shaa Allah kalau Allah bagi kesempatan lagi la)
Dan aku rasa belum terlambat aku nak wish dekat semua Umat Islam di Malaysia terutamanya,
Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa dan aku sebenarnya dah terlambat nak update entry pon.... tapi takpe la, even terlambat tapi kita ada lagi Ramadhan tahun depan (in shaa Allah kalau Allah bagi kesempatan lagi la)
Dan aku rasa belum terlambat aku nak wish dekat semua Umat Islam di Malaysia terutamanya,
*Credit Kelab Furqan
Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan penuh barakah ni... ambillah segala nikmat yang Allah dah bagi dan mohon taubat kerana masa inilah pintu taubat terbuka untuk semua orang... Alhamdulillah~
in case ada yang lupa sebab Ramadhan ni setahun sekali jew...
Entry kali ni, nak share pasal amalan2 yang baik yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadhan dan rasanya untuk sementara waktu boleh lah kot ajar diri kita untuk tinggalkan perkara2 yang lagha dan tidak mendatangkan manfaat tu... in shaa Allah semua orang boleh
#NoteUntukDiriSendiri
AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Membaca Al Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Banyak pahalanya kalau kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran, lagi bagus kalau ada yang menghafal atau menghayati makna dalam Al-Quran itu sendiri... mudah - mudahan di akhir Ramadhan nanti,akan ada yang sudah berjaya menghabiskan 30 juzu' Al-Quran.
2. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Yang ini kan, kalau bukan bulan Ramadhan pun tak menjadi masalah tapi besar pahalanya apabila kita membelanjakan duit kita untuk mereka yang berpuasa.. kalau top-up RM30 boleh, takkan nak sedekah sikit pada orang yang berbuka tak boleh. Moga bermanfaat dan dipermudahkan rezeki bagi yang bersedekah.
3. Qiamulail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Yang ini, jarang bagi anak muda nak berjaga malam tapi apa salahnya dalam 30 hari Ramadhan tu, ada sehari yang kita bangun bersujud kepada Allah memohon petunjuk dan bertaubat kepada Allah. Moga2 Allah terima setiap doa kita. Amin Ya Rabbal Aalamin.
4. Solat Terawih
Ini adalah perkara 'wajib' yang mesti ada pada bulan Ramadhan dan menjadi kelainan antara bulan - bulan yang lain. Masa ni lah nak buat solat sunat banyak dan cari pahala lebih.
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
5. Mengerjakan Umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
6. Bayar Zakat
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
ni amalan yang boleh dilakukan setiap individu~ (checklist yerrr)
Setiap kali menjelang raya mesti akan ada kes - kes kemalangan yang terpapar di dada akhbar so harapnya tahun ni semua berhati - hati di jalan raya bagi yang menaiki kenderaan. Biar lambat asalkan selamat dan ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan kita. Jangan rempitttt!!
Semoga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment