Aku, Kau & Kita~
Assalamualaikum w.b.t bloggers and readersss.. maaf lama
menanti, tapi kesibukan aku membataskan aku untuk duduk menulis entry~
Bulan September aku dah penuh hujung minggu, setiap malam
ada saja perjumpaan kelab persatuan dan MPM. Kelas dah mula, assignment pun dah bertimbun
*Okey itu bukan point of this entry~
Lately ni, many things happen. Everyone try to be judge, dan
berfikiran tak rasional. Terkadang aku senyum, kadang aku sedih, kadang aku
keliru dengan perasaan sendiri. Pelik dengan orang2 sebegini. Cuba jadi Tuhan. Kehidupan
kita mungkin berbeza tapi kita ada satu titik persamaan yang Allah cipta.
Aku, Kau dan Kita!
Aku? Aku bukan hebat, tapi aku manusia ciptaan Allah s.w.t.
Tak sempurna malah penuh dengan dosa namun ia bukan bermakna aku pasti masuk
neraka. Aku melalui zaman penuh liku, ujian daripada Allah. Aku belajar daripada
kehidupan. Aku bangkit berdiri selepas diuji kerana Allah tahu apa terbaik
untuk hambaNya. Aku matang sebelum umur. Sebab aku belajar dari kehidupan.
Aku bermula dengan dosa tapi aku tersedar lebih awal, aku
bangkit dan mohon ampun kepada Allah s.w.t. Bilamana aku manusia biasa, aku tak boleh ubah
sikap aku yang lama. Aku yang kasar, aku yang tak boleh serius, aku yang tak
sopan tapi aku belajar. Belajar untuk mendalami agama dan berharap kau
membantu. Tapi……..
Kau? Kau penghukum. Kau mencari tiap kesalahan aku. Seolah – olah kau
pasti ke Syurga. Ilmu kau penuh di dada kononnya. Aku terfikir, kalau kau
hebat, kenapa kau tak jadi Nabi sahaja? Yang maksum. Kaulah juri yang akan
memberitahu, apa yang aku buat semua salah tanpa usul periksa. Kau lah yang
menyampaikan dakwah tapi dakwah kau hanya pada orang yang bertudung labuh, yang
berjubah dan yang sentiasa memegang tasbih.
Aku? Masih terkapai – kapai kerana aku juga masih belajar.
Aku belajar daripada mula walaupun aku terlambat. Aku belajar untuk mengenal
ilmu Allah tapi aku tak bodoh untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk?
Kau? Kau masih mencari kesalahan orang lain dan terus
mencari.
“Kau ni pakai je tudung labuh tapi tak jaga ikhtilat”
“Kau ni pakai je niqab tapi tabarujj,”
“Kau tak payah tunjuk baik, kalau dah sosial tu memang tak
jaga ikhtilat. Confirm,”
“Handsock mana? Stoking mana? Kau tau aurat perempuan macam
mana?”
“Lelaki pakai baju ketat ni nak tayang body je, pakailah jubah.
Pergilah masjid, dok solat kat rumah buat apa? Nanti kau keluar enjoy,”
Kau bukan TUHAN!!
Aku ULANG SEKALI LAGI
KAU BUKAN TUHAN…
Kau tak layak nak jatuhkan hukuman pada orang, apa kau ingat
kau berjubah, berserban, bertudung labuh dan bertasbih ke masjid. Kau dah layak
untuk ke Syurga? Allah tetap akan uji sebab apa?
Sebab……
KITA !!!
Kita makhluk Allah s.w.t di muka bumi ni. Sama saja ciptaan
kita, tiada beza. Malah kau bukan maksum. Kita sama2 tak sempurna. Aku mungkin
baru belajar. Apa salahnya kau menegur secara berhikmah. Pimpin aku ke jalan
yang benar dengan cara yang betul. Kita bukan siapa2 nak dibandingkan Nabi
Muhammad s.a.w
Kita bukan MAKSUM. Kita PENDOSA. Pendosa tanpa noktah.
Betapa singkatnya pemikiran kau. Belajar pandai2 tapi tak boleh berfikir. Aku tak jahat, kau mungkin nampak
aku jahat dek sikap aku, cara aku tapi cuba kau dekati aku perlahan – lahan.
Kau akan tahu siapa kawan, siapa lawan. Sayang, kau yang cantik bertudung labuh,
kau yang segak berketayap dan berjubah memilih dalam berkawan. Kenapa mesti ada
jurang anatara kita?
Aku tahu kau manusia biasa, melakukan kesilapan kadang2.
Kenapa tidak kau akui? Kalau kau berani bawa nama agama, nama Nabi, kenapa kau
berdiam membiarkan aku terus2an menyalahkan kau? Kau mungkin ingat aku jahat,
kau mungkin ingat aku ingin menjatuhkan kau tapi sekali shj aku minta, buka
mata kau, buka pintu hati kau. Kita nak sama2 ke Syurga bukan salah seorang.
Bukan aku, bukan kau tapi kita.
p/s : Aku tak perlu jadi hipokrit untuk memenuhi 'piawaian' kau sebab kita sama2 milik Allah. Jangan biarkan orang lain memandang enteng pada kau. Satu kesilapan kau, boleh tutup sepuluh kebaikan kau yang lain. Aku nak bantu tapi kau tak pernah ingin di bantu.
Aku tuju pada semua yg rasa dia pendosa, kalau kau MAKSUM,x perlu terasa~
Thanks for reading this entry~
Comments
Post a Comment