[151202] PROGRAM TIPS & MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG
Assalamualaikum,
sis nak cepat so sis teruskan je next entry yer sebab sis dah kelam kabut nak kejar banyak benda... tu lah dia , suka sgt tangguh2 kerja ... kan dah kelam ....
okay last week, sis punya program akhir ... tapi bukan sis jadi pengarah program, kawan sis seorang lagi ....
Exco Media & Penerangan by Syafiq Ismail bin Hamzah ...
Tahniah, awak dah selangkah ke hadapan ... moga terus sukses ... program kerjasama MPM dan saf kepimpinan asrama dan juga unit dakwah ... kami bawakan majlis bacaan yassin dan solat hajat ... Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar memandangkan peperiksaan dah hampir ... opssss kpd adik2 kt luar sana, sis tak ajar saat akhir baru terhegeh2 nak doa eh... korang kena mula daripada awal lagi ... mudah2an berkat dari mula hingga ke hujung....sekarang ni dah masuk study week... so memang sis free sikit... cuma nak kejar nota2 lepas daripada lect ... in shaa Allah mudah2 an sis boleh jawab...
okay masuk topik utama, sis nak cerita pasal program ni... yup untuk pengetahuan korang, first time sis buat program dalam tempoh 2 minggu ... terbaikkkk gilerr... drpd tempahan makanan sampailah nak panggil ahli panel.... dan Allah bukakan jalan untuk orang yang sentiasa meminta padaNya *perkara yang baik yer*
Poster program, dalam masa 2 minggu okay sis bagitau pasal program ni... 2 MINGGU ~~
Perkongsian yang cukup mantap daripada barisan ahli panel yang sis betul2 kagumi bukan saja kebijaksanaa mereka tetapi pemikiran mereka . Beza yer orang yang bijak pandai dengan orang bijak tapi tak berapa nak cerdik ... ehehehe ok maaf ~
Jom berkenalan dengan Ahli panel .. tapi sebelum tu bacaan Yassin dan solat hajat ... moga Allah bimbing kita semua ke jalan yang di redhai dan moga kita mampu menjawab exam dengan tenang ...amiinnn
credit gambar @shafiqomar
Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah s.w.t sebab memudahkan segala urusan kami walaupun kena maki, cela, herdik *okay over plak .,. kena marah tu adalah, nak tahu tnya Tuan Pengarah ...
Ni lah dia ahli panel ~~
Ahli panel pertama ..
Saudara Shukri Khalil iaitu penerima Anugerah Menteri Besar KUISAS sempena istiadat konvokesyen KUISAS Kali ke 8..
Sis sangat respect dengan Abg Shuk ni, sis kenal daripada sem 1 lagi dan sis sangat2 kagum sebab Abg Shuk memang aktif dalam kelab & persatuan ... setiap sem anugerah Dekan ... kau jgan tengok pada rupa yer, Abg Shuk juga aktif dalam pantun bersama sahabat tersayang, Abg Firdaus ... dan yang paling penting mantan MPM (Exco Kesenian & Kebudayaan)... Tahniah & Terima kasih Abg Shuk sebab sggp memenuhi undangan kami last minute .. fuhhhhhh ~
Ahli panel kedua
Saudari Naily Akmal Mohd Zamri , merupakan penerima cancelor gangsa Universiti Teknologi Petronas, makna kata ketiga terbaik dalam UTP... hey, jgn terkejut okay, Kak Naily memang dah berjaya menewaskan pelajar2 lain termasuk pelajar antarabangsa dan apa yang aku paling respect, pelajar melayu yang pertama la sebab Emas dan Perak masing2 dirangkul oleh pelajar berbangsa Cina .. *no racist here okay* ...
Dan YES, aku sangat2 kagum dengan Sis Irene sebab beliau bekas penghidap leukimia tau ... so respect tu memang tak payah cakap la .. if she can do it, why you can't??
Ahli Panel Ketiga
Saudari Fatin Fadwan Mhd Safingi iaitu penerima Anugerah DiRaja Universiti Pendidikan Sultan Idris ... boleh dikatakan semua ahli panel adalah mereka yang pernah merasa kegagalan dahulu sebelum berjaya menerima anugerah2 hebat ini ...nak tahu? Sila tanya Mr Google ...lelebih kang naya je ...
Kak Fatin yg tudung putih yer ...
Speechless sgt2 bila first time jmpa diorang, tinggi tak payah cakap ... okay selingan ... dkt akhir nti sis share sikit apa perkongsian mereka kepada pelajar ...
Apabila mereka bertemu, masing2 humble okay .. tiada istilah kau hebat, kau lagi hebat ...
Ahli panel keempat~
Rasa - rasanya korang pun dah tahu siapa kan ?
Dr Mundzir Abdullah, penerima Malaysian Books Of Record sebagai Pemegang PhD termuda semasa berusia 23 tahun ... WOW!!!! yg ni aku tak nak komen lebih but seriosly totally humble orangnya ... Sis suka ahli panel kali ni sebab semua tersangat la humble ... masa sis cakap dalam telefon, Dr Mundzir keep on saying.. IN SHAA ALLAH ... bla bla bla ...okay baik ... Tak Apa ...
Tahniah Dr ..
Apa? tak jelas muka Dr ? Okay sis kasi zoom okay ...
bukan belah kiri yer, belah kanan... aip!! senyum2 apa ... tau la Dr bujang ... hehehe.. okay sorry Dr , gurau je .. (Org Johor bertemulah)
Alhamdulillah sambutan pelajar memang menggalakkan ...
bersama Unit Dakwah
Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Saf Kepimpinan Asrama ...
Tahniah semua ...
our Tuan Moderator memang sporting habis, awak mmg terbaik la ... adoiiii, pening sis jmpa org macam ni but still he did a very good job ... Syukran Jazillan ...
Sebelum tu sempat la sis nak throwback our leader of the programme ..
ni our Pengarah Program ...
"Setiap permulaan itu adalah pembuka, pertama kali saya bantu awak untuk program begini dan sy rasa walaupun ini pengalaman pertama awak menguruskan program tapi sy percaya awak ada bakat kepimpinan dalam diri, kalau tak mana boleh jadi imam kan? In shaa Allah, awak kena kuat, awak kena percaya pada diri yg awak boleh buat ... saya timbalan, tp saya tak nak timbalan but i'm your friend that whenever you need a hand, i'll give it to you as long as bukan bab teknikal, menukang dan editing ... heheheheh...good job friend,"
Sedikit perkongsian daripada barisan Ahli Panel ~
(credit FB @husnyfahmy #PresidenMPM)
TIP DAN MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG
Alhamdulillah tamat lah sudah Program Bicara Santai 'Tip dan Motivasi Kejayaan' anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2015/2016 bersama Unit Dakwah dan Pusat Islam KUISAS.
Antara catatan penting yang boleh sama-sama kita kongsikan di sini ialah:-
1. *Dr Mundzir (Pemegang PhD Termuda UTM- Malaysian Book of Record)*
"Semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang kita rasakan kita tak tahu dan ingin tahu. Ibarat semakin tinggi kita memanjat ke angkasa, semakin kecil pemandangan objek di bumi dan baru kita sedar betapa luas dan besar nya alam cakrawala ini."
"Elemen yang penting dalam proses pembelajaran ialah MENCATAT. Anda harus sentiasa bersama buku dan pen. Apa yang anda jumpa, dengar dan ketahui, catatkan ia agar ilmu itu tidak lari dan hilang."
"You have to know yourself! Belajar dgn music ni boleh mematikan hati. Semakin banyak kita dengar muzik, semakin keras hati kita dan semakin susah ilmu nak masuk dan lekat."
"Kejayaan itu terlalu umum dan subjektif. Kejayaan yang paling hakiki ialah kejayaan kita di akhirat nanti. Dan dunia ini ialah bekalan untuk kita menuju ke Akhirat."
2.* Saudari Fatin Fadwana (Anugerah Pelajaran Diraja-UPSI)*
"Jangan pentingkan diri sendiri. Berkongsilah ilmu dengan yang lain. You must have your own plan and make your own strategy. "
"Jangan sesekali penat dalam membuat kebaikan."
"Mungkin kegagalan kita pada hari ini adalah pemula kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan"
"Don't ever give up. Putus asa itu bermaksud apabila Tuhan telah memberikan segala nikmat dan peluang yang ada, kita selaku hamba Nya mensia-siakannya."
3.*Saudari Naily Akmal (Anugerah Naib Canselor-UTP)*
"Kejayaan itu bermula dengan kepercayaan kepada diri sendiri"
"Jangan letakkan kejayaan itu hanya pada kejayaan dalam akademik. Kejayaan itu subjektif. Cari makna kejayaan anda sendiri."
" If you fail to plan, you are planning to fail "
4. *Saudara Syukri Khalil (Anugerah Menteri Besar-KUISAS)*
"Persekitaran yang luar biasa dan suasana positif ternyata mampu menjadikan diri kita yang biasa kepada luar biasa. Everyone deserve to be a successful person "
"Sentiasa tajdidkan niat ikhlas kerana Nya dalam menuntut ilmu"
Khulasoh dan kesimpulannya,
"Allah meninggikan di kalangan kamu orang yang beriman dan orang yang berilmu dengan beberapa darjat"
Selamat beramal dan selamat menduduki peperiksaan akhir. Bittaufiq wan najah!
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment