Minggu Haluan Siswa sesi JAN
Assalamualaikum w.b.t
"Jika dicari silapnya insan, maka tiada insan yang sempurna. Tegurlah agar jadi lebih baik.."
Okaykah readers2 sekalian? Alhamdulillah semua sihat nampaknya, sis sedang berperang dengan sakit tekak sebab banyak sangat jerit masa buka kaunter kunci asrama semalam. Lagi susah handle pelajar IPT daripada pelajar tadika ... seyesly cakap ... okay itu bukan topik perbahasan enrty kali ni ...
Last week sis baru sahaja selesai Minggu Haluan Siswa untuk kemasukan semester 2 tahun 2015/2016 .. Alhamdulillah tak ramai tp mampu mengundang kepenatan sebab 25 orang sukarelawan kena pegang dua jawatan sekaligus.
Sis suka kerjasama dengan orang yang tak memberi beban sebab mereka mudah untuk menerima arahan dan mengikut arahan. Penat, sentap toksah habaq sis cakap ... tapi berpuas hati dengan tiap gerak kerja mereka. Sis pada awalnya memang tak nak terlibat secara total tapi bila En Hafis (Kaunselor Kolej) minta untuk senaraikan nama pelajar kolej yang aktif memang sis bagi je tanpa banyak soal. Rupa - rupanya nak pilih fasilitator untuk Minggu Haluan Siswa. Sis bagi tapi ada je yang di tolak dan di tambah. Biasalah tu .
Yang paling sis pening bila minta 40 orang fasi tapi last minute cakap nak 25 je. Mana nak letak muka nak minta maaf dekat budak2 yang dah sukarela nak jadi fasi tu. *Minta maaf yer sesiapa yg namanya dikeluarkan, pemilihan adalah daripada pihak kolej sendiri.
Induksi ...
Jadual sepanjang Minggu Haluan Siswa ~
Kalau sis cerita daripada A-Z, korang tak nak baca pun kan ? sis kongsi gambar je la.. yang paling penting sis belajar banyak benda dalam Minggu Haluan Siswa ni .. cer teka sis pegang unit apa? ahahahaha jawantan yang tidak di jangka ... sis sendiri tak jangka, korang apatah lagi. Okay stop with Protokol dan Disiplin.. sis memang tak dapat jawatan tu.. sedihkan ????
Awal pagi hari pertama, doa dahulu moga program berjalan lancar.
Our lunch box, comel kan? sis nak amik tapi tak sempat. Comel sangat, tetiba fefeeling Korea~
Jangan kecam gambar ni, actually ni adalah salah satu slot riadah.. nama game ni Cerai, Kahwin, Rujuk. main je tau.. yang pasti lelaki kena buat dengan lelaki la, tak akan nak pegang tangan perempuan pulak so partner gini la. Mula2 semua malu.. amboi, sekali dah main, yang cerai pun boleh senyum sampai telinga~
Slot kerohanian tu penting, jati diri sebagai manusia kena ada tarbiah dalam diri. Inshaa Allah moga Allah tuntun hati kita semua padaNya. Aminn~
Hari kedua dan ketiga memang penuh dengan taklimat daripada pihak kolej, slot LDK pun kurang so memang banyak gambar pelajar dengar taklimat je la. Lupa sis nak cakap yang jumlah pelajar sikit je dalam 124 orang dan kebanyakkannya pelajar Diploma dan Ijazah.
Mohon jeles sebab keinginan yang membuak2 jadi sis minta dekat En Hafis nak selfie dengan YB Maslin Shah, ADUN Bukit Chandan. YB kita memang sporting habis .. terharu sanggup YB keluar dr kereta.
Perasmian oleh Ybhg Tuan Shahrom bin Dato' Abdul Majid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ..
Team Bola Sepak KUISAS, Alhamdulillah juara .. jgn pandang staf kuisas x ada mata keh.. apa2 pun lect sis ada kat situ. Cuba teka mana satu?
Pelajar baru memang tak akan terlepad dengan peperiksaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab keh sebab sis pun kena dulu. Jangan tunjuk sangat bodoh tu ... ahahaha kata someone kpd sis..
Jamuan Majlis Penutup ... dulu kami orientasi kejam sekejamnya tapi Alhamdulillah zaman berganti zaman. Siapa cakap orientasi tak boleh meraikan yang baru?
Sedikit rezeki berkongsi dengan mereka. Alhamdulillah syukur selalu.
Orientasi dah pun tamat dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Minggu Haluan Siswa sesi Januari. Jom tengok di sebalik tabir pembikinan muzik video dan rakaman video korporat orientasi.
"Jika dicari silapnya insan, maka tiada insan yang sempurna. Tegurlah agar jadi lebih baik.."
warga faslitator yang sanggup berkorban masa cuti dan masa bersama keluarga demi Minggu Haluan Siswa. Tahniah dan Syabas~
Tak dilupakan staf yang menjayakan Minggu Haluan Siswa bersama-sama kami ~
Terima kasih yang tak terhingga buat En Hafis, En Fahrizal, Pn Rosdiana, Pn Sharmila,Puan Rohaniza, Puan Wahida, En Musa, En Nizam, En Azizi, En Hairol, Puan Azie dan semua warga KUISAS yang dah pun beri peluang kepada kami bagi meneruskan program kali ni. Terima kasih sekali lagi~
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment