TIPS MEMILIH CALON #DemamPRKBermula

Assalamualaikum w.b.t..

Memandangkan MPM sesi 2015/2016 dah bubar secara rasminya, maka bermulalah kisah Perang PRK yang baru.. *bukan perang tembak2 tu tau* 

Bila kita bercakap pasal PRK @ Pilihanraya Kampus, memang tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk berlakunya perselisihan pendapat dalam memilih calon pemimpin.. ewahhh~ 

Sis pernah berhadapan dengan situasi macam ni tapi sis kalah, perjalanan sis tak semudah yang disangka sebab kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang berbeza. Masa sis bertanding, itulah masa yang penuh dengan tekanan, semua ada termasuklah emosi dan fizikal. *Sampai masuk ICU beb, rare tak rare (Tapi Allah s.w.t ada perancangan yang lebih hebat berbanding perancangan sis, sis masuk dengan bukan calang2 posisi .. CALONAN REKTOR .. Kau hado?) 

Yes, sis admit, sis tak ada niat nak masuk pun pada awalnya sebab politik kampus bukan jiwa sis tetapi dengan kepercayaan kawan2 serta pensyarah atas BAKAT & KEBOLEHAN , sis berjaya lakukanya .. Ingat yer, POPULARITI hanya BONUS .. 


Kepada adik2, sahabat2, kat sini sis nak bagi TIPS MEMILIH CALON .. *bukan calon suami mahupun isteri* tapi calon memilih pemimpin .. you can trust me if you want to.. (Sis cakap berdasarkan PENGALAMAN sebab tu sis KONGSI dengan kalian) 

Free advice! Take it or leave it.. 
*baca dalam versi Kareena Kapoor dalam 3 idiots*


TIPS MEMILIH PEMIMPIN

Tips yang pertama, 

Calon mestilah beriman dan soleh/solehah. Alhamdulillah, kalau calon itu ada agama dan taat pada perintah Allah s.w.t. Itu adalah terbaik! tetapi perlu sis NYATAKAN disini beberapa perkara :

 "Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat perintah dan larangan (amanat), lalu Ibrahim melaksanakannya dengan baik. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan engkau pemimpin bagi manusia. Ibrahim bertanya: Dan dari keturunanku juga (dijadikan pemimpin)? Allah swt menjawab: Janji (amanat)Ku ini tidak (berhak) diperoleh orang zalim". (Al Baqarah : 124)


Kepimpinan itu amanah!! nak ulang ke? AMANAH!!!

Amanah ni banyak tau skop dia.. meh sini share sikit .. kalau dok pung pang pung pang soal agama tapi tak mencerminkan diri sendiri pun tak guna ..tak faham eh? okay sis bagi contoh :

Sebagai seorang pemimpin pelajar, GERAK KERJA adalah AMANAH! 

Sebagai seorang pemimpin pelajar, TIADA ALASAN untuk tidak hadir ke kelas. Ilmu adalah AMANAH (Amanah ibu bapa kepada kita) 

Sebagai seorang pemimpin pelajar, apabila sudah berjanji MANIFESTO, tunaikan walaupun lambat, biar NAMPAK, bukan dok berjalan keliling kolej bagi pelajar lain tengok dia! sebab MANIFESTO adalah AMANAH! 



Allah berfirman,

”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49).



Even zaman Nabi pun ada beberapa faktor memilih pemimpin, tak caya? 


Para pakar telah lama menelusuri Al-Quran dan Hadits dan menyimpulkan minimal ada empat kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang sebagai syarat untuk menjadi pemimpin. Semuanya terkumpul di dalam empat sifat yang dimiliki oleh para nabi/rasul sebagai pemimpin umatnya, yaitu: (1). Shidq, yaitu kebenaran dan kesungguhan dalam bersikap, berucap dan bertindak di dalam melaksanakan tugasnya. Lawannya adalah bohong. (2). Amanah, yaitu kepercayaan yang menjadikan dia memelihara dan menjaga sebaik-baiknya apa yang diamanahkan kepadanya, baik dari orang-orang yang dipimpinnya, terlebih lagi dari Allah swt. Lawannya adalah khianat. (3) Fathonah, yaitu kecerdasan, cakap, dan handal yang melahirkan kemampuan menghadapi dan menanggulangi persoalan yang muncul. Lawannya adalah bodoh. (4). Tabligh, yaitu penyampaian secara jujur dan bertanggung jawab atas segala tindakan yang diambilnya (akuntabilitas dan transparansi). Lawannya adalah menutup-nutupi (kekurangan) dan melindungi (kesalahan).


Rasanya dah faham kot, mohon cek balik calon kalian okay ~ :)


Tips yang kedua,

Calon mestilah JUJUR ~

Hah jujur kat sini maksud dia jangan sebab PRK je baru nak turun padang, hulur2 goodies, selit sikit gambar dia (kononnya bukan RASUAH tapi pakai duit organisasi, *eh macam mana tu*) lepas menang duduk goyang kaki makan jajan.. kalau dia seorang JUJUR, dia melakukan apa yang dibuat pada pilihanraya adalah atas kehendak diri sendiri. Ikhlas nak memperjuangkan pembaharuan dan suara mahasiswa. Ayat nak bagi faham, TIDAK HIPOKRIT ! 

Tak faham lagi? contohnya, masa PILIHANRAYA ni korang tengok dia bersungguh2 jumpa korang, salam siap tanya khabar lagi (cium pipi kanan hah), walhal selama korang duduk dekat kolej tu, bayang dia dekat kafe, jabatan, masjid memang tak pernah nampak. Kalau ada pun, mereka bergurau senda sesama rakan2 masing dekat meja sebelah, seolah2 korang tak wujud padahal berapa kali mata tu bertembung..


Tips yang ketiga, 

Cek BACKGROUND dia, jangan percaya bulat2 kata orang ~ korang ada AKAL Allah s.w.t bagi untuk buat keputusan ..contohnya~

To-do-list

  1. Beliau aktif dalam kelab/persatuan *bab ni korang tak payah condemn sangat dia kelab/persatuan apa* yang penting tengok dia selalu jadi unit apa tiap program (Beza tau dia pegang jawatan dalam kelab dengan pegang jawatan dalam program, masa ni lah nak tengok dia boleh buat kerja ke tidak) 
  2. Beliau ramah dengan semua orang (termasuklah pegawai2 kolej,pensyarah kolej, pakcik2 guard, abg2 kafe, pelajar junior dan senior serta tidak memilih kawan *waktu pagi tengok dia jalan dgn budak syariah, ptg tu main bola dgn budak IT*) Lect puji dia even tak pernah mengajar.
  3. Beliau disegani semua orang. Double check! (kalau boleh tanya 'MUSUH' dia sama, kdg2 dia pernah melukai hati orang lain)
  4. Beliau jarang ponteng kelas. CHECK!
  5. Beliau sentiasa dapat pointer baik walaupun aktif kelab/persatuan. (Hat ni belakang2 pun boleh, cuma point ni nak make sure korang boleh pastikan pemimpin yang dipilih adalah orang yang pandai menyeimbangkan kelas dan organisasi)
  6. (LAIN2 TU KORANG BOLEH FIKIR LAH) *atas ni contoh*

Tips yang keempat,

PENGURUSAN beliau tip top!! KALAU BOLEH, jenis yang nak belajar punya orang .. (Pendek kata TIDAK EGO)

Yang ni sis tekankan sangat sebab ORGANISASI adalah AMANAH so kalau dia boleh menguruskan organisasi dengan baik, that's the point yang korang kena ambil kira. Masa sis bertanding dulu, ada banyak jenis2 orang, contohnya :

'Eleh, yer2 je pandai mengurus, tak pernah nampak kat masjid pun'

'Pakai tudung pun tak labuh, kopiah tak ada, ada hati nak jadi pemimpin,'



Salah MINDSET tu, ni sis nak habaq ..



Yang hebat pengurusan tu, mereka ISLAM kan?, boleh diajar, dididik, ditegur KALAU SALAH.

Yang pakai tudung tak labuh, tak pegang tasbih, tak bermakna tak boleh diubah, kau yang baik wal sopan santun tu dok mesej lelaki/perempuan tak salah ke? cuma orang tak nampak je ~ #JanganTerasaKalauTakBuat *Angkat kening* 



sebab APA sis cakap kat atas, yang pelajar AGAMAWAN  ni, sebahagiannya EGO  tu TINGGI. Tak nak belajar ilmu baru, mereka berasa mereka dah cukup hebat kerana mereka mampu membaca surah Al Baqarah berserta terjemahan tanpa melihat kitab Al Quran sedangkan orang lain dianggap tidak mampu berbuat seperti mereka. (Bila sis cakap sebahagian, mohon baca dengan hati lapang..kalau awak bukan, jgn terasa.. in shaa Allah semuanya baik2 saja) ..

Yang pengurusan pun sama, toksah dok senyum2, berkongsilah walaupun awak tau awak ada sedikit je ilmu .. x lokek pun.. 

Tiba2 teringat ceramah Ustazah Fatimah Syarha (Rujuk video Bagaimana Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suaminya)

Saidina Umar ada standard/piawaian dia sendiri dalam mengenali seseorang..

Dalam satu peristiwa, Saidina Umar Al Khattab nak minta kesaksian daripada seorang, Saidina Umar bertanya ;

'Betul kamu kenal orang itu?'

Sahabat menjawab 'Ya betul, saya kenal'

'Kamu pernah berjiran sekali dengan dia?'

Sahabat menjawab 'Tak pernah'

'Kamu pernah tengok dia berurusan dinar dirham (muamalat)?'

Sahabat menjawab lagi 'Tak pernah'

'Kamu pernah musafir dengan dia?'

'Tak pernah'

Saidina Umar bertanya lagi 'Habis tu bagaimana kamu kata kamu kenal dia?'

Sahabat menjawab 'Saya tengok dia duduk dalam masjid khusyuk je dengan Allah s.w.t, solat khusyuk, doa khusyuk'

'Itu je yang kamu kata kamu kenal dia? kamu tak kenal dia'

Saidina Umar menolak kesaksian sahabat.


Sedangkan Saidina Umar sendiri menolak kesaksian yang begitu, bagaimana kita pulak sebagai manusia mampu menilai seseorang berdasarkan rupa, pakaian dan amalannya.



Sis tak nak cakap panjang2 sebab semua dah bergelar mahasiswa, macam mana sis kata pada anak buah sahsiah, macam tu juga lah sis pesan pada kalian ...


'Jadilah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Kalau kamu ada pangkat, kamu ada jawatan, kamu hebat berhujah dalam bahasa Arab, bahasa Turki sekalipun tak semestinya kamu betul sentiasa, ilmu kamu tu guna sebaik mungkin, Kalau saya salah, tegurlah, kalau kalian salah, kita sama2 tegur.'



Tak kemana pun kalau kalian mampu menundukkan sejuta orang sekalipun tapi tidak mampu tunduk sedikit pun dengan Pencipta Agung, Allah s.w.t




Kepada calon, 

Kalian adalah pilihan sahabat2 kalian, kalian berdiri atas suara sahabat yang percaya dengan kemampuan kalian. Kalau berterusan bersikap hipokrit, bererti kalian tidak jujur pada diri sendiri. Jadilah diri sendiri semasa pilihanraya. Kalau menang ia adalah pilihan Allah s,w.t untuk digalas. Kalau kalah, bukan bererti tewas tapi Allah s.w.t atur kalian pada jalan yang lebih mudah untuk kalian pergi..

Kepada pengundi, 

Masa nilah untuk menilai, bukan menghukum. Yes, kalian ada hak untuk memilih tetapi bukan dengan hak itu kalian perlu merendah2 kan calon yang bukan kalian pilih. Kalian boleh bersatu atas satu suara, untuk mengundi, bukan mennyingkirkan. Seperti kata2 sis dulu masa PRK ..



'Jika dicari silapnya insan, pasti semua insan bukan sempurna, tegurlah kesilapan moga mampu jadi yang lebih baik'


Aish ter'flash back' pulak, kata kawan sis 'Barang yang lepas jangan dikenang,' hehehe...

[KLIK ATAS]




Bagi yang tak tahu siapa lagi calon, jom scroll bawah supaya lebih jelas, supaya boleh buat Solat Istikharah mohon petunjuk nak pilih calon yang mana..



CALON KERUSI UMUM 

#BAKHTIAR #ZAIFOLLAH #YANA #HAFIZ #NORHAFIZ #IZUDIN #HAFIFI





#ZAIFOLLAH4MPM


#YANA4MPM




#HAFIZ4MPM





#NORHAFIZ4MPM




#HAFIFI4MPM




#IZZUDDIN4MPM






CALON KESISWA

#SAFUAN #ARIF #ADHA




#ARIF4MPM





#ADHA4MPM






CALON KESISWI

#ADDA #AISYAH




#ADDA4MPM





#AISYAH4MPM



Pilih berdasarkan kredibiliti bukan populariti
'Selamat Mengundi'



p.s : Gambar calon yang tak ada, sis cuba dapatkan kemudian~ credit to wassap group yang share gambar2 ni 




Thank you for reading this entry~








Comments

  1. statement yg mbtkn terpegun melihat nya, tmbh2 lak tang tips tu, terbaik alisya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. syukran akhi ..

      Delete
    2. all the best alisya, bt lg kisah2 yg menarik slps ini, afwan kathir...

      Delete
    3. I'm always support you and our friends in kuisas

      Delete
    4. I'm always support you and our friends in kuisas

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~