Another Phase of Life
Assalamualaikum w.b.t
Almost 2 minggu lebih tak update blog... rindu nak melepaskan rasa melalui tinta di blog *hanya orang personaliti warna biru je faham* hehehe...
Untuk pengetahuan readers yang baru sahaja mengikuti atau membaca blog sis secara tak sengaja, sis dah pun berjaya menamatkan pengajian sis di peringkat diploma. Opssss konvo belum lagi. Orang cakap 'Peluang tak akan datang 2 kali' so sis dengan penuh tekad dan nekad berjaya menempatkan diri di peringkat yang seterusnya pada minggu lepas. (Finally, you've got to know)
Alhamdulillah sis dapat tawaran ke sebuah IPTA gah gila bak hang. Hahaha ... sis tak nak mention dulu mana-mana IPTA tapi sis nak share dengan korang who those yang sama perjalanan hidup dengan sis (ambil diploma), orang yang memandang rendah pada pelajar diploma (..kerana lazimnya mereka memilih 'jalan jauh' untuk ke peringkat lebih tinggi) dan kepada mereka yang tak tahu dan nak ambil tahu tentang perbezaan serta cara hidup bagi pelajar degree dari lepasan diploma.
Kenapa ambil diploma?
1) REZEKI
Dalam hidup ni bukan kau sorang je dik, ramai lagi manusia yang dahagakan ilmu malah semua berlumba-lumba untuk mendapatkannya so bukan semua ada rezeki dan peluang untuk masuk ke matrikulasi, STPM, Asasi dan yang sewaktu dengannya. Jadi apabila dapat je tawaran diploma ni, lebih baik janga disia-siakan even makan masa lebih sikit berbanding orang lain.
2) FAST LEARNER @ SLOW MOTION
Untuk seorang manusia yang Allah swt ciptakan, bukan semuanya mampu menjadi sesempurna robot yang di programkan untuk menghafal dan mengingati fakta tapi manusia ada pelbagai jenis dan ragam. Ada yang boleh 'catch up' cepat tapi ada juga yang kena terang satu persatu. Daripada berlagak jadi bijak baik kita follow the flow. Tak gitu? tapi harus diingatkan yang pelajar diploma ni bukan semuanya slow motion. Berapa ribu yang dapat PNGK 4.00. Tengok bawah pula.
3) JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN
Selain daripada cara belajar, untuk pelajar diploma macam sis ni, ilmu tu ada dimana-mana. Tak kisah korang ikut jalan singkat mana pun, ilmu mesti dipelajari kerana ilmu tu luas. Mungkin bagi pelajar diploma, ilmu lebih banyak berbanding pelajar lain kerana tempoh masa belajar yang lebih panjang.
Ok tak kisah la korang ambil yang mana pun tapi bagi sis, kita semua sama. Manusia yang mencari ilmu dan dahagakan ilmu pengetahuan. Sis nak share perbezaan belajar diploma dan degree. seperti yang korang sedia maklum sis datang dari diploma IPTS dan tiba-tiba sis masuk IPTA. It's totally different. For those yang belajar di tempat yang sama diploma-degree mungkin tidak menjadi masalah tapi ia menjadi masalah buat orang yang sambung lain-lain tempat macam sis... hehehe
APA YANG LAIN DIPLOMA-DEGREE SIS?
1) DIFFERENT CULTURE AND LIFESTYLE
Tipu kalau sis cakap belajar dekat Diploma dan Degree sama. Lulzzzz!! Diploma sis belajar dalam suasana Islamik dan lebih cenderung ke arah pelajar Islam. Menjaga status sosial dan sebagainya tapi bagi degree, pelajar semakin ramai dan datang dari agama, bangsa dan kaum yang berbeza. That's really freaking me when the first time i've got to know other friends. Mula tu rasa tak normal bila tengok pelajar lelaki dia tinggi yang amat. Ke sis yang tak cukup tinggi? Hehehehe..
2) DIFFERENT OPINION / MINDSET
Dalam setiap organisasi pun memang akan ada masalah sebegini tambah pula dekat IPTS/IPTA. Kalau dulu pakai tudung labuh tak menjadi isu pun tapi sekarang pakai tudung labuh dijauhi orang. Bukan salah siapa, terkadang media menjadi pengaruh buat orang. Yang pakai tudung labuh je baik,alim, warak. Yang pakai hipster sikit mesti terpesong, lalai lagi syiah. NO WAY! siapa cakap? siapa yang judge gitu meh nak luku kepala tu *eh..eh.. terover lak* btw, JANGAN SEMPITKAN PEMIKIRAN DENGAN BENDA SEBEGITU because we never know what happen in the future.
3) PENGALAMAN MEMATANGKAN
Untuk umur seusia sis ni boleh dikatakan lambat la kalau baru nak masuk degree tapi siapa kisah kan? semakin banyak kita melalui kehidupan, semakin banyak yang kita belajar. Pengalaman berada di diploma dulu banyak mematangkan fikiran sis bagi menghadapi 'CULTURE SHOCK' dekat zaman degree ni. Baru seminggu tapi rasa macam dah bertahun duduk sebab sangat beza cara mereka. Yang penting kita letak kebergantungan pada Allah swt. Istiqamah weyh..... doakan sis.
4) FASA BARU
Last but not least, degree adalah sebuah fasa baru yang berbeza dengan diploma so nak tak nak sis kena hadapinya. Assignment dan report pun dah berbeza. Kena more serious dan tak boleh main banyak macam zaman diploma dulu. Fasa baru ni bukan bermakna nak kena cari jodoh yer. Sis banyak betul dapat 'NOTIFICATION' daripada member diploma yang pesan pasal jodoh. MashaaAllah, tak terfikir pun masa diploma dulu, apatah lagi degree. Dengan aktiviti dan program yang sangat banyak sekarang, tak ada masa nak tengok kiri kanan. Mohon memahami. Lullzzzz~
Seminggu telahpun berlalu dari hari sis mendaftar degree so yes, i'm still adapting with this place who more scary than my places before. Untuk menempuh 3 tahun yang panjang ni, hope dapat bertahan. Kepada readers kat luar sana yang berbeza pendapat dengan sis, sis tak kisah if korang ada pendapat tersendiri tentang pelajar diploma-degree tapi ini adalah pendapat sis. Mungkin korang ada alasan tersendiri untuk sambung pengajian di peringkat diploma atau lain. Apa-apa pun sis doakan kepada readers yang tengah belajar di mana-mana peringkat plus kepada yang masih belum sambung ke mana-mana lagi, buat keputusan ikut kata hati. Buat apa yang kita suka sebelum kita menyesal di kemudian hari. All the best diluar sana. Hwaiting~
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment