Media Communication is MY CHOICE
Assalamualaikum wbt... Entry kali ini, sis tak ada idea sebenarnya sampaikan kena update dekat moment wechat nak tanya pendapat nak tulis apa. Buntu sangat la konon. Ada yang cadang tulis pasal diorang lah, siap cerita pasal Pokemon la. Alahai, okay so entry kali ni berkait rapat dengan pilihan sis bagi meneruskan pengajian sis di peringkat ijazah. Ilham datang tiba-tiba. Ilham datangggggg lah cepattt~~~ Readers pun dah tahu sis ambil jurusan Komunikasi Islam kan masa diploma dulu? *tak payah citer panjang la gitu* Komunikasi bukan setakat bercakap je tau readers. So berbalik pada kisah 3 tahun lalu masa sis di tawarkan kos ni, masa tu sis hanya fikir KOMUNIKASI = WARTAWAN! Which means kos komunikasi ni hanya untuk wartawan. Fikir dua tiga kali jugak nak masuk KUISAS masa tu dek tak minat wartawan (para wartawan mohon jangan kecam keh), lepas dah di timbang baik buruk sis terima itu pun asbab member semua dah masuk matrik, STPM .. semua dah selangkah ke hadap...