DEGREE’s LIFE BEGINs
Assalamualaikum w.b.t readers.
Alhamdulillah for this entry sis nak share pasal pengalaman sis pulak masuk ke
dunia IJAZAH.
Entry before ni pun korang dah
tahukan yang sis sambung ijazah tapi maybe ada yang tak tahu lagi kat mana sis pergi.
Dengan izin Allah swt, lepas dah
solat istikharah, solat sunat semua, sis akhirnya di tempatkan di Universiti
Kebangsaaan Malaysia. Alhamdulillah sekali lagi. Best tak best tu sendiri fikir
la sebab finally setelah enam bulan menanam anggur ewahhh *istilah PENGANGGUR
macam sis ni la* . Disebabkan sis masuk lewat daripada pelajar kemasukan
perdana jadi sis kena catch up banyak benda. Memang la awkward mula-mula tapi
nama pun degree life so move on Alisya, makes friends and what so ever.
Sepanjang seminggu duduk memang
pening, sebab nak kena belajar naik bas (bukan bermakna sis tak pernah naik bas
tau tapi ni bas dalam kawasan kolej bla bla bla) sis kena daftar subjek secara
manual, terhegeh –hegeh cari ATM nak beli no pin PTPTN. Kolej kediaman pula dapat
yang paling jauh so basically memang tak ada kawan dalam kalangan coursemate
(sekali lagi redha, tak bermakna kau tak boleh buat kawan lain kan? Positif
positif positif)
Minggu kedua sis dah boleh agak
masa bas dan cara-cara nak ke fakulti. Dah mula hafal jalan even naik bas je
ulang alik (thanks to my roomates, Dini Amalyna yang banyak sangat share pasal
kawasan kat sini, strangers yang sis tegur tengah jalan, korang sgt memahami) Seyesly sepanjang masa
seorang diri, eventhough I have Fatin Nabilah, my coursemate masa diploma tapi
dia duduk kolej lain so faham2 la. Better be alone dari menyusahkan orang (That’s
really me). Sentiasa ingat pesan ayah ‘Amik komunikasi tapi tak boleh
komunikasi, macam mana tu,’ (Nak tak nak kena tanya, peduli apa orang fikir, asalkan
kau sampai ke tempat kau nak pi tu)
Secara totalnya baru sebulan
duduk sini tapi dah ada a few events yang sis dah join antaranya adalah Hari
Interaksi MENTION which is for Ijazah Komunikasi Media (Eh, tak bagitau eh sis
amik masscom.. okay nanti sis citer lain) tu tajuk program versi panjang, nak
bagi faham tu Hari Junior-Senior la, masa ni nak kenal senior2 sis yang sangat
sporting~ di ketuai oleh Saudari Hesti, our second year senior (sebaya je tapi
yeahhh respect is good kan?)
Ni sebahagian je tau, semua sekali ada dalam 70++
Nak tahu benda paling kelakar? My
classmate is my senior!! Actually kawan sekolah dulu tapi dia ambil STPM so dia
masuk dulu la tahun lepas. Masa jumpa kat kaunter pendaftaran tu tak tau nak
describe, happy ke, klakar jumpa member sekolah or apa… profesional lah dalam
program kan. Urusetia is urusetia, kawan is kawan. Apa – apa pun ‘NICE TO MEET
YOU, EX KETUA BATCH’
Latest one~ reunion dengan ketua batch dan timb ketua batch... amacam? pakej sekali~
Okay beza yer muka tu, mohon jangan kecam sis (Ni gambar masa zaman 2012, ketinggian dan kematangan tu memang tak boleh nak lawan huhuhu) *gigih buka balik folder mencari*
Kemudian ada minggu kelab
persatuan which is sama je macam zaman diploma dulu, bezanya ada persatuan anak
negeri (banyak ‘anak’ pulak tu, member diploma buat lawak “Ada tak persatuan
Anak Malaysia?” pffttt) Masa ni sis jumpa dengan orang Korea dan finally dapat
jugak merasa Jajangmyeon (Ni lebih kurang mee basah if kat Malaysia)
Mr Haikal tak ada instagram so tak payah mencari di instagram, if suka makan, makanan Korea boleh follow facebook page dia keh
Facebook : jinwon's kitchen
Ehsan pakcik Google untuk readers yang tak tahu Jajangmyeon tu macam mana~ *btw, yang kitorang makan versi halal keh~
Acah duduk Korea..ahaks~
Dan sepanajang sebulan dah ada
task/assignment which is pergi KLCC dan gigih meredah orang ramai bertanya itu
ini tapi itu pengalaman yang paling best tau. Siap jumpa retis gitu (Okay tak
nak citer bab tu, retiss pun manusia keh). Ada juga talk dari orang-orang hebat
macam Ybhg Tan Sri Johan Jaafar dan Ybhg Datuk Dr Ibrahim Yahya, they are
superb.
Yeah, meet my classmate, my coursemate, and my soulmate eh eh eh *Just kiddin'*
Actually panjang if kalau sis nak
share dalam ni pasal UKM, banyak sangat-sangat so sis ingat sis buat yang
paling sis rasa new experiences la kat sini (AMARAN : Jangan Kecam sis keh
….hehehe)
1) SPEAKING
ENGLISH IS NEEDED
Cakap English
sangat-sangat la penting kat sini. Kalau dulu kau sememeh je nak cakap loghat
negeri kau tapi bila kau masuk kelas, terasa macam kat overseas. Faham2 la
since duduk pun dah campur cina dengan india. Kena blend in la. Bila sis cakap
dalam group member diploma dulu, diorang cakap kenapa cara cakap kau beza?
(Omaigadddd seyesly ke berubah? Tapi ku still Alisya yang korang kenal dulu
tau)
2) YOU
HAVE TO BE EXPOSED
Yang ni bukan
maksud sis suruh buka baju ke hapew tapi
duduk sini kena pandai-pandai survive and to make sure orang kenal kau, make
sure kau dulu yang exposed diri kau tambah-tambah dengan kos macam sis ni. Nak
tak nak kena aktif or over-confident for sometimes.
3) TARBIAH
DIRI + MUHASABAH DIRI
Kalau tak pandai
jaga diri, bawa diri yes kau akan terpengaruh atau terikut-ikut. For me, I just
want to be myself. For a girl who wearing tudung labuh ni memang kadang tu
dugaan Allah swt nak bagi memang berat so kena sentiasa muhasabah diri. Always
and Everyday. Jangan harap orang Masjid pergi cari kau tapi kau kena pandai
cari Masjid (faham sendiri keh)
4) KEGAWATAN
EKONOMI PERKARA BIASA
Bak kata member
sekolah ‘Duit datang macam siput, pergi macam air’ hahaha. Sangat tepat! Kat
sini boleh dikatakan setiap masa tu macam pakai duit. Sis tak tahu lah tapi kadang
rasa macam duduk kat sekolah elit pulak.
‘Bayar duit baju
……”
‘Bayar duit buku
kat si polan yer….’
‘Okay duit nota
bayar kat dia….’
‘Duit events…’
‘Duit
assignment…’
‘Duit trip ke
gunung bayar minggu depan …..’
Sis rasa macam
tengah buat kira-kira matematik. For once kadang-kadang rasa macam nak bagitau
‘BUKAN SEMUA ORANG MAMPU EVEN NAMPAK DIA MACAM ANAK MENTERI,’ (Nangis weyh….)
5) YOU
HAVE TO BE STRAIGHT-FORWARD
Part ni best sebab
bila DULU kau duduk dalam kelompok masyarakat yang sama tapi sekarang
kau duduk dalam kawasan masyarakat majmuk atau lebih senang faham berbilang
bangsa so nak tak nak kau kena state kan ‘SAYA TAK SENTUH TANGAN BERLAINAN
JANTINA,’ or ‘’JANGAN SENTUH SAYA,’ . Kau kena cakap, sebab lain orang lain
caranya. Dapat member jenis suka cakap sambil tampar-tampar bahu tu pun bahaya
jugak. Kalau sis, sis takut dia terasa jadi sis dulu elakkan duduk sebelah
orang macam tu. (Beringat sebelum kena keh!) This is not a racist keh. I’m a
Muslim and I want people to understand me not to JUDGE me.
Comments
Post a Comment