Media Communication is MY CHOICE
Assalamualaikum wbt...
Entry
kali ini, sis tak ada idea sebenarnya sampaikan kena update dekat moment wechat
nak tanya pendapat nak tulis apa. Buntu sangat la konon. Ada yang cadang tulis
pasal diorang lah, siap cerita pasal Pokemon la. Alahai, okay so entry kali ni
berkait rapat dengan pilihan sis bagi meneruskan pengajian sis di peringkat
ijazah. Ilham datang tiba-tiba.
Ilham datangggggg lah cepattt~~~
Readers
pun dah tahu sis ambil jurusan Komunikasi Islam kan masa diploma dulu? *tak payah citer panjang la gitu*
Komunikasi bukan setakat
bercakap je tau readers. So berbalik pada kisah 3 tahun lalu masa sis di tawarkan kos
ni, masa tu sis hanya fikir KOMUNIKASI = WARTAWAN! Which means kos komunikasi
ni hanya untuk wartawan. Fikir dua tiga kali jugak nak masuk KUISAS masa tu dek
tak minat wartawan (para wartawan mohon jangan kecam keh), lepas dah di timbang baik buruk sis terima itu pun asbab
member semua dah masuk matrik, STPM .. semua dah selangkah ke hadapan. Sis
dapat jugak STPM tapi sebab kita ni tertipu dengan provokasi yang exam STPM
susah gilorrr! (Jangan ikut perangai sis ni, cepat sangat percaya)
Sebab
lain sis masuk KUISAS sebab ada perkataan ISLAM tu. Since sekolah lagi sis nak
cuba, nak belajar lebih dalam sebab sis bukan sekolah aliran agama. Ada seorang
hamba Allah ni, dia lah pencetus kesedaran untuk sis berubah. (Aip! Bukan
lelaki.. toksah pikiaq bukan2 keh.) Dari dia sis mula berminat mendalami Islam.
Kawan sekolah dan dirahsiakan. Ya lah, kita ni manusia tak sempurna, siapa kata
kita dah bertudung labuh, kita maksum kan? (Maksum = Sempurna)
Memang
tak dinafikan belajar komunikasi dekat KUISAS more to wartawan, tapi
tambahannya sebab ada ‘ISLAM’ dekat belakang kos tu makanya sis belajar balik
bahasa arab, Al Quran Tajwid. Payah memang payah since kita cuba nak bertatih
balik, tapi berkat sokongan sahabat dan pensyarah plus keinginan diri sendiri,
Alhamdulillah setakat 3 tahun kat KUISAS, tak ada lagi subjek2 tersebut yang
sis dapat gred C. Terima Kasih Allah, terima kasih ustaz, ustazah dan kawan2 ..
masa sis sem 2, pensyarah dah mula tanyakan hala tuju kami, masa tu sis sibuk
dengan aktiviti kelab persatuan sampai tak fikir nak buat apa lepas habis
belajar.
Sis
mula tanya pensyarah, pandangan dan pendapat diorang. Rupa-rupanya komunikasi
ni banyak cabang tau, korang boleh pilih komunikasi media, komunikasi korporat,
perhubungan awam, media baru dan banyak lagi. Korang rasa sis pilih sebab apa?
Sebab AGAMA in shaa Allah. Sis cuba nak buatkan orang faham. MEDIA adalah salah
satu MEDIUM terbesar yang mampu mempengaruhi masyarakat.
MEDIA
adalah senjata utama orang bukan Islam nak sesatkan orang Islam. Bukti? Tak
perlu jauh, kalau korang selalu dapat mesej viral kat wassap pasal Pokemon Go,
pasal MH17, pasal isu2 akidah Islam di Malaysia, dah terbukti pengaruh media tu
besar. Sis bukan orang agamawan tapi kalau kita ini diberi peluang untuk
menyebarkan dakwah, adalah lebih baik dengan guna medan sebegini. Sudah ramai
agamawan dalam kalangan pendidik, sudah ramai agamawan dalam kalangan pegawai
perubatan tapi apa salahnya kita sebagai orang yang faham agama untuk cuba
masuk ke dalam dunia MEDIA SOSIAL yang sangat orang takut. Takut terpengaruh
katanya. Tak dinafikan orang akan bersikap sosial, bersentuhan dan ada yang
lebih parah terus tidak bertudung, nauzubillah minta dijauhkan. Bagi sis, belum
cuba belum tahu.
Syamsul
Yusof boleh buat filem MUNAFIK dengan cerita berkonsepkan patuh syariah. Kenapa
kita tak boleh?
Cerita
Cinta dan Wahyu, adaptasi novel , cerita patuh syariah yang mampu mempengaruhi
penonton. Kenapa kita tak boleh?
Sebenarnya
nak dan tak nak sahaja. Nawaitu seseorang yang membantu. Sebagai pelajar
komunikasi Islam, sis boleh cakapkan yang kami belajar menulis skrip, menjadi
DJ radio, menjadi wartawan tapi dengan cara yang dibenarkan agama bukannya
melakukan perkara –perkara yang dilarang. Boleh je kan kita ubah dunia perfileman
negara dengan mewajibkan pelakon menutup aurat dengan sempurna? Bukan tak
boleh, malah kalau mereka berhijrah dengan bertudung asbab dari perkara yang
kita laksanakan, kredit tau di akhirat. Bukan senang.
Kesimpulannya
kepada adik2 yang kat luar sana masih keliru nak pilih dan buat keputusan
mengenai bidang masing-masing, solat sunat dan tanya pada Allah swt. Setiap
bidang itu penting bukan sis nak highlight pada komunikasi dan media semata,
tapi ikut pada kelebihan masing-masing dan apabila kita diberi sesuatu yang
kita tak suka, bukan bermakna kita tak boleh. Selagi mana kalian berusaha dan
mencuba in shaa Allah kursus yang ditawarkan tu mampu membantu kalian melaksanakan
sesuatu demi agama. Yang penting jangan lupa kita HAMBA TUHAN.
Cuma diingatkan semakin tinggi tahap yang kita ambil, semakin tinggi cabaran yang kita akan lalui. sis harap doa dari kalian untuk sis teruskan apa yang sis nak dari dulu. Komunikasi Media adalah pilihan sis dan sis harap ia mampu membantu sis untuk bawa Islam ke seluruh dunia. Doakan keh..
Waallahua’alam
Thank
you for reading this entry~
Comments
Post a Comment