[PROMO] Teater Dima Apandi

Assalamualaikum wbt readers~

Rajin tak sis update entry?  Hahaha actually sis dilanda kemalasan melanda tahap langit ke 7 (Hiperbola weyh …) untuk menulis dan menaip termasuklah menyiapkan assignment ni… maaf prof ~~~

Sambil-sambil siapkan proposal ni sis cuba juga la selitkan masa sebab internet tak ada so sis ambil kesempatan nak update entry baru.

Tak adil la kalau semalam update pasal IFEZ tapi tak update pasal teater Kolej Pendeta Zaba. Banyak naww event bulan ni termasuklah assignment dan proposal yang minta disiapkan secepat mungkin. Semua benda nak cepat sampaikan jadi mamai sat, ceq dok mana sekarang. *Mohon sedar diri Alisya dah degree… tampar pipi banyak kali.*

Okay back to tujuan asal, nak promote Teater Dima Apandi.


Kepada readers tak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang pertengahan usia, sis nak jemput korang untuk sama-sama tengok teater Kolej Pendeta Za’ba yang akan dipersembahkan (Lulzzz ayat aku) pada :

TARIKH : 28 NOVEMBER 2016 (ISNIN)
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : PANGGUNG SENI, UKM

Disebabkan ni pertandingan anjuran Teater Rimba UKM so ada bayaran masuk which is sangat murah if nak dibandingkan korang pergi Istana Budaya … hehehe

UKM Student (With student ID) – RM3
Student (With student ID) – RM5
Orang Luar – RM10

Korang juga boleh dapatkan tiket on the spot waktu hari kejadian and if korang ada member UKM, minta tolong diorang belikan keh. Atau terus je hubungi Sis Maryam di talian 0183267520
Tak susahkan ???

Okay sis share sikit teaser Teater Dima Apandi….



Rembulan retak seribu,
Dimana lagi untuk merindu?
Mengharapkan sinar sang mentari
Bisakah siang kan berpelangi
Bagai melanda kelam.. bergelora… mendung akhirnya

Kenapa ukiran patung Almarhum Mura Apandi seorang penulis puisi yang mati dibunuh di abadikan dalam Galeri Seni Dima dan kenapa Salina Assagoff bersungguh benar meminta Dima melukis potretnya sedangkan dia sendiri tahu Dima adalah pelukis antirealism serta tundukkah kekasih Dima iaitu Ani Imani pada takdir hidupya selepas dia diperkosa?
Pementasan teater #DIMAAPANDI oleh #THEPENDETATHESPIAN bersempena #FESTER2016 #FESTER2UKM anjuran #TEATERRIMBAUKM
#welovekpz #thependeta #teater #sayasayangukm

‘Rembulan retak seribu .. di mana lagi untuk merindu? Tuhan …. Hukumlah aku….”


Jangan lupa tau …save the date and jumpa sis kat sana… if tak jumpa tu redha je la …ahaks~~~~

 VIDEO SUPPORT UNTUK TEAM THE PENDETA THESPIAN.. *Korang datang nanti mana tau dapat jumpa diorang dekat Panggung Seni tu .. huhuhu


Video support from Emma Maembong, Yaya Maembong & Hisham Hamid



Video support from Shafie Naswip



Video support from Model & Face of Shell, Ridwan Mustafa


TEASER 




Thank you for reading this entry~

Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~