Tahniah!!!!!!

Assalamualaikum wbt ..

Entry kali ni nak share pasal kawan2 sis yang berjaya melayakkan diri ke menara gading. Alhamdulillah. Sis nak ucapkan tahniah pada diorang sebab atas usaha diorang, diorang dapat jugak masuk IPTA.
Siapa kawan sis tu?

First thing first, Siti Nur Nabilah Ismail (atau sis panggil BI je)





Bi senyap-senyap je isi kemasukan ke uitm. Sis tak tahu pun. Lama Bi mendiamkan diri. Lepas konvo je terus senyap tambah pulak Bi bukan sosial person kan. Sis pernah tanya dia nak sambung belajar ke tidak and masa tu dia cakap her parents tak bagi. Siapa kita nak paksa, tapi mungkin rezeki Allah swt nak bagi, finally dapat jugak Bi masuk ke UiTM Shah Alam dalam jurusan Pemprosesan Makanan (perhaps) sis tak tahu nama kos tu tapi lebih kurang dengan makanan halal kot.
Sis rindu giler bila Bi mesej sis. Nak nangis pun ada sebab setelah masuk semester kedua baru Bi mesej. Sis ada mesej tapi dekat wassap. Adoi, susah jugak kalau nak mesej biasa. (Student kan. Berkira sikit bab duit.. hehehe okay gurau )

Second person is Siti Alia Natashah Ramlee .. (Sis panggil dia Tasha supaya tak tersilap panggil nama sendiri)



Tasha ni pun one of my roomates sekali dengan Bi dan Alhamdulillah dapat jugak masuk ke UiTM Shah Alam, cuma berbeza bidang dengan Bi. Tak silap bidang computer gitu. Sis tak tahu la dia nak buat apa dengan computer tu (Okay gurau).
Tasha ni ada je masa trip ke Teluk Senangin hari tu. Diam je orangnya tapi boleh tahan la masakan dia. Mesti sis akan rindu kimbap dia. Hahaha. In shaa Allah kalau ada rezeki, jejak la kaki sis ke Uitm tu ketemu kalian berdua. Apa yang penting, korang Berjaya memenuhi cita-cita korang nak sambung belajar.

Third person is Aiman Najib Zahar.


Foto Aiman Najib.

Erm nak citer apa eh ? To be honest, kitorang kenal secara tak sengaja dan tak rapat pun mula-mula. Disebabkan program, dari situ mula kenal dari kawan2 . Alhamdulillah Aiman dapat ke UiTM Jasin, Melaka. Sorang la weyh. Sabar2 .. kami sentiasa ada. Wassap penghubung kita. Tak pun doa kami sentiasa untuk korang yang duduk jauh tu .

Aiman ni budak multimedia masa diploma. Sis kenal dia jugak melalui Shafiq Ismail. Ingat tak? (Okay kawan MPM sis tu.. tak ingat minta maaf la)

Aiman ni kecik je orang dia tapi dia buka mulut, aiseyman keluar segala kata falsafah, kata mutiara imam Shafie. Diam terus. Alhamdulillah Aiman sambung study dalam jurusan yang sama. (Multimedia kot) hihihi..

Apa-apa pun untuk korang bertiga (dan mungkin yang lain yang dapat jugak)

1)     Tahniah dan syabas sebab korang dah selangkah ke hadapan
2)     Jaga diri di tempat orang. Moga jadi insan yang kami kenal
3)     Jadi diri sendiri because we never knew others. We know you well and just be yourself.
4)     Jangan cepat terpengaruh (Ni berkat pengalaman kat sini)
5)     Jangan lupa kan kami of course. Hehehe


Sayang kan nak tinggalkan kawan sampai ada yang left group, moment sedih bagai. Kena pujuk lagi. Tapi walaupun kita jauh, ukhwah yang kita bina selama 3 tahun masa zaman diploma akan kekal utuh. Doa kalian penting, cara kalian menjaga hubungan ini juga penting. Moga kita sentiasa dalam perlindungan Allah dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Lumrah dalam perhubungan, setiap yang bertemu akan berpisah termasuklah kematian. Dan inshaa Allah akan dipertemukan di Syurga, kalau bukan di dunia.



Image result for ukhwah fillah


Alamak ai sedih pulak kan?




Image result for rezeki Allah bgt

To those kawan2 yang masih menunggu UPU. Jangan bersedih. Percayalah pada rezeki kalian, percaya dengan rahmat Allah swt. Setiap apa yang kita lalui ini penuh liku dan cabaran, ujian yang diberi untuk menguatkan kita. Okay? Teruskan berusaha, doa dan selebihnya berserah kepada Allah swt. As a friend, sis sentiasa sokong apa sahaja rancangan kawan2 (yang baik2 je la). Apa pun keputusan korang sama ada nak kerja, nak jaga keluarga, tak nak belajar bahkan nak kahwin pun, SILAKAN! Sis sokong 200%. (Yang penting, kenduri jemput huhu)

Sekian untuk entry kali ni. Hihi


Thank you for reading this entry~ 

Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~