Raya di rumah sahabat baik, Arwah Amsyar Suhaimi~

Assalamualaikum w.b.t

       Erm,saat aku tulis blog ni,aku baru je sampai rumah dalam 15 minit yang lalu.....baru balik dari rumah sahabat baik aku,arwah Amsyar Aniq.
       Dengan kawan - kawan??? tak lah! aku pergi seorang je....kawan - kawan yang lain tak dapat datang atas kekangan masa....aku memahami jadi aku sampaikan salam diorang pada ibu dan kakak arwah....
Seyesly,seronok berborak dengan ibu dan kakak arwah...bercerita mengenai arwah masa kecil dan selepas habis SPM dan 40 hari sebelum Allah S.W.T menjemputnya ke Rahmatullah....nak kata sedih tu memang la tapi biarlah perbualan itu ke arah kegembiraan....
      Alhamdulillah,aku tengok pun ibu arwah tenang,pada asalnya aku tak nak buka mulut tapi akhirnya aku sendiri turut bercerita...
     Jangan terkejut! Ibu arwah tunjuk jugak gambar arwah masa kecil,masa sekolah rendah dan masa sekolah menengah...terkejut aku tengok gambar kelas ada dalam album gambar yang ibu arwah tunjukkan..malu pun ada,entah pa pe gambar tu....ahaks *gigit bibir~


dengan muka x berapa malu,aku snap gambar nari album tu,siap depan mak nya lagi...

    Sempat aku hulurkan pendrive untuk Kak Husna copy gambar arwah sepanjang bersama - sama kami....herm...
    Dalam pada aku berborak tu,Abang Asyraf keluar dari dalam rumah, Abang Asyraf yang nombor 3...weyyh,dia kata "Ni yang tulis blog pasal arwah tu kan??" #alamak mana nak letak muka....blushing~
    Then,aku terdengar suara dari dalam rumah....sebijik sejibik macam suara arwah....aku macam !@#$%....dengan muka sedikit terpana gitu, aku tanya "Eh,suara siapa tu makcik?"
    "Suara Afiq,bawah Amsyar...." aku angguk la...adik arwah ni la yang muka iras dengan arwah....gelak pun sama....

Macam faham - faham je aku teringin nak tengok muka Afiq dari dekat....ibu arwah panggil kan dia keluar bawa tisu....alahaii sebijik kot...maybe dia pemalu....dia hulur tisu then masuk dalam...
       Sebelum balik tu aku salam Kak Husna,dengan confident cakap, "tak payah kasi duit raya,Axxx dah besar la," eh sekali masa salam maknya,aku dapat sampul raya...alahai,nak tolak rasa tak manis pulak *ye ke??? hehehe....


Terima kasih,makcik!

Tepat jam 12.45 tengah hari,aku ingat nak balik terus tapi alang - alang peluang datang sekali,aku singgah kubur Masjid Sg Bogak....orang dah ada nak pergi Solat Jumaat,pelik je diorang tengok orang perempuan datang kubur tengah - tengah panas membahang tu.....
         Aku singgah kejap je,baca Al-Fatihah then ada la sikit 'Komunikasi Interpersonal' dengan errrrr......faham2 la....nak menitis air mata tapi tahan weyh.....dekat kubur kot....sedar diri ler,tak elok nangis - nangis ni....aku ambil sekali je gambar batu nisan tu,bukan untuk suka - suka yep tapi memori yang aku ada,entah bila nak datang lagi....
    Btw,tadi ibu arwah ada cakap,kawan baik dia ada datang setiap hari,semalam pun ada...aku teringin nak jumpa tapi maybe bukan sekarang~ lain kali je kot.....


dalam kenangan, antara sahabat baik saya
Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh,
AMSYAR ANIQ BIN SUHAIMI

Thanks 4 reading this entry~

Comments

  1. Aku teringin nak pergi juga. Insya-Allah, bila ada kelapangan aku contact kau ye. Lama aku pendam ni. Btw, lepas baca ni, aku nangis. Hurm.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~