MOVIE REVIEW : MUNAFIK

Assalamualaikum w.b.t ...seperti yang dijanjikan sis nak buat movie review untuk filem yang sis tengok....

hoyeah, tanpa dapat disangkal lagi, cerita MUNAFIK !!! (Maaf kepada peminat BOBOIBOY THE MOVIE)



AMARAN!
Untuk ibu-ibu mengandung, kanak2 dan orang yang lemah semangat tidak digalakkan untuk menonton terutama di panggung wayang!! 

Sis bukan pencinta wayang, macam sis cakap dekat akaun IG sis, ini adalah filem kelima yang sis tengok dipanggung sepanjang hidup dan ini juga merupakan filem seram pertama yang sis tengok di panggung wayang .. *dengan sound system yg kuat, siapa berani nak tengok weyh, mau terkucil*




Alhamdulillah, untuk review filem ni, sis memang teruja gila nak cerita.. sebelum sis tengok di wayang, sis dah pun follow up review daripada orang lain dan ternyata tidak menghampakan .. (kredit kepada followers @syamsulyusoffilm yang buat movie review) so kebanyakkannya dah kupas lebih dalam, cuma sis akan tulis balik and tambah sikit daripada pandangan sis.. 


Kupasan Ilmu #MetafizikSainsPenomboranIslamik daripada filem MUNAFIK

Pertama, Plat kereta dinaiki Ustaz Adam dan keluarganya yang terlibat dalam kemalangan 8331 [83:31] Surah Al Mutaffifin, Ayat 31 

"Dan apabila mereka kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan riang ria.."

Kedua, Plat kereta Ustaz Adam 6025 [6:25] Surah Al An'am, Ayat 25 

"Dan ada diantara mereka yang mendengarkanmu (membaca Al Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapisb atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah kepada orang-orang yang kafir: 'Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu'. "

Ketiga, Plat kereta Maria 7004 [70:04] Surah Al Ma'arij, ayat 4

"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya)".

Keempat, plat kereta polis 9764 [9:76] Surah At Taubah, ayat 76

"Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya : dan sememangnya mereka orang yang sellau membelakangi (kebenaran)."


Itu antara review yang sis dapat dekat instagram dan memang awesome la siapa yang buat review macam tu .. 

Okay pada pendapat sis sebagai pelajar Islamic Communication dan juga pelajar kolej Islam dan in shaa Allah sebagai seorang muslim, cerita ni memang bawa nilai pengajaran yang sangat-sangat baik .. kalau dulu kita faham munafik ni dalam skop yang sangat-sangat kecil tapi Bro Syamsul Yusof boleh olah cerita ni supaya orang lain boleh faham dengan mudah konsep munafik.. 

Ayat atau dialog yang sis masih ingat dalam cerita ini adalah ayat Ustaz Adam (lakonan Bro Syamsul Yusof) 

"Syaitan rasuk bukan sebab Islam itu lemah tapi sebab kita yang lemah..." perghhhhh masa ni gugur jantung sebab ye lah, kita sebagai Islam pun tak persiapkan diri sendiri dengan agama yang tetap.. bak kata orang , 'Jangan hanya Islam pada IC ..' 

Sis memang tabik dan sokong sepenuhnya kalau Bro Syamsul Yusof nak buat cerita Islamik lagi lepas ni .. sis kalau boleh nak je minta kerja dekat SKOP Production lepas dah habis belajar ni tapi sis sendiri tak minat bidang Seni ni (risau sebenarnya kita tak boleh bawa diri ,, kau hengat senang nak jaga diri dengan dunia yang semakin maju ni?) *Tepuk dada tanya IMAN* 

Tak cukup kalau kita hanya kata "Aku beriman kepada Allah s.w.t ..." lisan kita boleh jadi tak selari dengan hati kita.. buktinya, berapa ramai yang boleh khusyuk solat sehingga ke habis. Yakni beberapa orang je mampu, sedangkan Nabi dulu pun mengadakan pertandingan siapa yang paling khusyuk dalam solat, akhirnya tiada siapa yang berjaya .. SubhanAllah, susah untuk khusyuk tapi tidak mustahil okay ... (mudah2an)


Definisi MUNAFIK
Secara bahasa, kata Munafik berasal dari kata Nafaqa (نَفَقَ), Nifaqon (نِفَاقًا) yang mengandung erti Mengadakan, mengambil bahagian dalam, membicarakan sesuatu yang dalam pandangan keagamaan. Pengakuannya dari satu orang berbeza-beza dengan yang lainnya. Adapun dalam pengertian syara’, Munafik adalah orang yang lahirnya beriman padahal hatinya kufur. 

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Ciri-ciri orang munafik sangat banyak tersebut didalam al Qur’an, dan Rasulullah SAW juga menyebutkan sebahgian diantaranya digunakan untuk memperingatkan umatnya dari ciri-ciri tersebut, jangan sampai mereka terjatuh kedalamnya sehingga mereka akhirnya menjadi mirip seperti mereka. Padahal sungguh Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah menyatakan bahwa barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut.
Diantaranya ciri-ciri orang munafik yang dijelaskan dalam al Qur’an adalah 

  1. 1) Bermuka Dua
  2. Bermuka dua adalah ciri orang yang membentuk penampilan lahiriyah dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hati nuraninya. Misalnya : seseorang mungkin memberikan kesan persahabatan dan kasih sayang serta bersikap tulus dan simpatik, padahal dalam hatinya ia menyembunyikan perasaan yang sebaliknya.
  1. 2) Berlidah Dua
  2. Berlidah dua adalah sifat orang yang memuji dan menjunjung orang lain ketika ia berhadapan dengannya, tetapi mencela dan mengumpatnya bila ia tidak ada.
  1. 3) Berdusta
  2. Berdusta atau berkata bohong merupakan ciri-ciri kemunafikan yang sangat menonjol. Orang yang munafik selalu berkhianat, tidak dapat dipercaya atas segala apapun yang diamanatkan kepadanya, berdusta bila berbicara, dan tidak dapat dipercayai setiap perkataan yang keluar dari penuturannya.
  1. 4) Sumpah Palsu
  2. Orang-orang munafik tidak segan-segan bersumpah palsu untuk menguatkan kebohongan-kebohongan yang mereka lakukan, sumpahnya hanya sebagai perisai untuk menyelamatkan diri
HADITS TENTANG CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ اِذَاحَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَحْلَفَ وَاِذَااؤْتُمِنَ خَانَ
Artinya :
“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar dan jika dipercaya ia berkhianat”. (HR. Bukhori).

 siapa yang berjaya .. SubhanAllah, susah untuk khusyuk tapi tidak mustahil okay ... (mudah2an) .


Dah baca kat atas tu kira dah faham la kan maksud munafik.. minta dijauhkan daripada sifat munafik ni.. memang rasa kita dah buat betul tapi sekecil perkara kalau kita pandang remeh boleh jadi munafik.. Nauzubillahi Minzalik.. 


Okay sis rasa sis nak bagi 10/10 untuk cerita ni .. sebab jalan cerita yang sarat dengan nilai dan pengajaran plus pelakon yang semuanya menutup aurat dan tidak bersentuhan.. siapa cakap berlakon wajib pegang-pegang..buktinya bro Syamsul buat cerita ni dan mampu pecah panggung dan mengatasi filem Polis Evo... kau boleh buat ke? Apa-apa pun keep on berdakawah dengan cara begini. Yes, kami pelajar Komunikasi juga belajar bagaimana besarnya pengaruh media kepada masyarakat dunia.. 

p.s : Bro Syamsul, kalau ada kerja kosong boleh minta tak? hehehe.. 

In shaa Allah umtuk kali ni kita sediakan sikit kata2 motivasi~


Ini pun adik beradik munafik, mohon fahamkan..

Moga kita semua dijauhkan daripada sifat2 Mazmumah yer ...



Thank you for reading this entry~


Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~