MALAM ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR (HEP) 2015

Assalamaualaikum, bloggersss...

Last entry aku cerita pasal apa eh? oh okay pasal MPM di Kolej aku... now, aku nak share dengan korang tentang program2 yang telahpun dijalankan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2015/2016...

Last week kitorang ada BPO atau Bengkel Pengurusan Organisasi di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Sebahagiannya adalah Kepimpinan MPM yang uruskan seperti riadah petang. Fuhhhhh!!! Pengalaman pertama menguruskan pemimpin - pemimpin mantoppppp KUISAS....


ni kitorang main permainan 'KAIN PELIKAT' diilhamkan oleh Exco Kelab & Persatuan, Akhi Kifayatullah *saja mention nama Akhi Kifa, maaf2



sesi maklumbalas peserta. Mereka adalah PEMIMPIN HEBAT


Sebenarnya, Bengkel Pengurusan Organisasi ini adalah program tahunan yang dihadiri oleh setiap wakil Kelab & Persatuan yang ada di kolej. Oleh hal yang demikian, memang WAJIB la kami semua pergi *ayat pemahaman sangattttttt, A Bahasa Melayu aku ni....

Next Programme MPM adalah pada 26 Mac 2015... 

Guess what??? Yarrhhhh Betul.... 10 Markah untuk anda... Malam Anugerah HEP telahpun diadakan di MH Hotel, Ipoh dengan tema Ekskutif Korporat. Ini adalah pertama kali, aku rasa kena pakai dress code macam ni. Terasa seperti ahli korporat pulak. *Almaklum, pegang jawatan pun Exco Perhubungan Korporat, memang serasi di jiwa.

Nak cerita panjang pun tak perlu kot, kitas kasi gambar je lah sepanjang program berlangsung. Jujurnya, aku tak pandai nak update2 dekat facebook, twitter bagai. Kalau dekat blog mungkin aku selesa.. lagipun, siapalah yang baca blog aku yang hanya ada 10 follower ni? *sayu hati*


bergambar ketika watikah perlantikan bersama Rektor KUISAS, Yang Berbahagia, Tan Sri Prof Dr Nordin bin Kardi dan Timbalan Rektor, Yang Berbahagia, Prof Dr Wan Sabri bin Wan Yusof.


Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2015.2016 bergambar bersama En Ahmad Zaki bin Hasan, Dekan Hal Ehwal Pelajar. *Teka 'Where am i?'

Walawehhhhh, korporat sangat... hensem2 dan cantik2 belaka mereka semua pada malam ni dan untuk pengetahuan uolsss, yang datang pada malam anugerah ini adalah mereka2 yang hebat. Herm, aku ni memang duduk berdiri dalam kalangan mereka - mereka yang HEBAT lagi MANTOPP ... 


bergambar dengan Kelab Penggerak Warisan Sastera Siswa (PEWARIS).

Ni lah dia Kelab PEWARIS yang aku bergiat aktif, Kelab PEWARIS telahpun dinobatkan sebagai Kelab & Persatuan Terbaik untuk kali yang KEDUA. Sungguh aku terharu *even jadi Timbalan Setiausaha je dulu.

Mereka2 lah yang susah senang bersama2 dengan aku. Tahniah PEWARIS. Jangan tak tahu, Kelab PEWARIS juga telah memenangi Anugerah Kesenian dan Kebudayaan. THORRRRBAIKKKKK!!


bergambar bersama keluarga STEADFAST

Kalau tadi, aku ada Kelab PEWARIS, kali ni aku ada Keluarga STEADFAST. Kelab Kepimpinan dan kelab yang melahirkan fasilitator yang berkualiti. Tidak ketinggalan yer, Kelab STEADFAST telah menang Anugerah Laporan Terbaik dan Anugerah Pengerusi Terbaik. *Okay2, kalau dalam PEWARIS, aku sebahagian daripada Majlis Tertinggi tapi kali ni, aku memegang taklifan sebagai Exco Tugasan Khas bersama - sama dengan Saudara Muhammad Aqil bin Tarmizi. Mantap STEADFAST...

Lulzzzz, aku tak kesah sebenarnya diorang nak labelkan aku sebagai 'Pengkhianat' dalam kelab tapi aku sayangkan kedua2 nya. Dan sekarang aku tambah lagi satu iaitu KELUARGA MPM ...In shaa Allah, mudah - mudahan semuanya berjalan lancar untuk tahun ni. Doa - doakan.

Okay uollssss, nantikan next programme MPM yer. 

#MahasiswaProfesionalMenerajuiPerubahan

Thank You for Reading this Entry.


Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~