Pilihanraya Kampus KUISAS 2015/2016
Assalamualaikum w.b.t ... Alhamdulillah akhirnya dapat peluang untuk meng'update' blog aku ni. Bercerita pasal tajdid niat bagi entry yang lepas, entry kali ni aku nak cerita kaitan yang sama dengan NIAT.. tapi pertama sekali, patutnya panjatkan syukur pada Allah s.w.t dulu sebab dengan iziNya, aku dapat bertahan.
Mungkin ada yang tak tahu atau x ambil tahu tapi aku dah pun berada di tahun kedua semester 4, makanya aku tiba - tiba telah dicalonkan dalam Kerusi Umum Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi sesi 2015/2016. Pertama kali aku dengar, macam - macam aku rasa. Marah, sedih, bengang dan semua rasa tu buatkan aku jadi tak rasional. Pergh ayat kau Iesya...hiperbola sangat.
*Cakap senang sedara, meh duduk tempat ceq, rasa macam mana*
Seriously, aku jadi betul - betul tak rasional. Kawan - kawan sekeliling yang tak ada kaitan pun kena marah. Aku tak tahu kenapa? dan sampai sekarang, aku masih memikirkan kenapa la aku jadi tak rasional padahal Allah jadikan manusia itu berakal untuk berfikir. Allah Taala.
Well move on next chapter.......
Nak dijadikan cerita, aku bersetuju untuk masuk bertanding...saingan aku bukan calang - calang orang tau dan aku sendiri tak berminat untuk menang. Aku satu - satunya Mahasiswi jurusan Diploma dalam calon Kerusi Umum tu. Istighfar banyak - banyak masa tu. Aku hanya fikir pengalamn baru. Tahu kenapa? Aku ada Allah, aku ada ibu bapa, pensyarah, senior2, kawan2 yang banyak sangat bagi kata - kata semangat pada aku dulu... *terharu weyh*
Ini antara calon yang bertanding Calon Kerusi Umum dengan aku. Allah Taala. Siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka2, ilmu yang aku ada belum cukup untuk aku berdiri menjadi pemimpin. Aku cukup 'RESPECT' dengan mereka berdua dan juga calon lain.
Bendahari Kehormat MPM 2015/2016
Kalau aku diberi peluang, memang aku nak tarik diri. Tapi beberapa hari sebelum Hari Mengundi, aku terima banyak sokongan daripada kawan2, senior2 dan junior2... x lupa pensyarah... malah calon2 lain pun bagi sokongan. Aku teringat lagi kata2 seorang sahabat yang bertanding bersama2 aku.... Kata beliau...
"Biar kalah tapi sekurang2nya berusaha"
Allahu, serasa mahu aku pinjam kekuatan dari dia. Finally, aku hadapi juga. Keputusannya?????
Daripada 8 orang calon, aku tak tersenarai dalam pemenang calon 4 tertinggi dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Bahasa yang paling mudahnya,aku KALAH la.
Ramai yang beranggapan perjuangan aku sampai di situ tapi siapa sangka perancangan Allah itu Maha Hebat. Atas faktor penglibatan aku dalam kolej ni, aku di pilih dalam Calonan Rektor. Bukan senang tau nak dipilih oleh Rektor ni.
Terima kasih siapa yang sudi bersama - sama saya sepanjang tempoh Pilihan Raya Kampus
Alhamdulillah dah hampir 2 Minggu aku berada bersama barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa sebagai Exco Perhubungan Korporat. Untuk pengetahuan korang semua, gambar yang dua di atas tadi adalah Presiden dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi sesi 2015/2016 dan aku totally RESPECT them. They teach me a lot.
Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku, bertindak menggunakan akal dengan rasional bukan dengan emosi. Setiap yang berlaku berhikmah, jadi percayalah dengan apa yang terjadi. Moga kalian dapat ambil iktibar daripada cerita yang saya kongsi ni. Okay????
So betul la macam entry yang lepas, aku kena tajdid niat aku kerana "MPM bukan ANUGERAH tapi AMANAH untuk BERKHIDMAT" Semoga penglibatan aku dalam pimpinan ini dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.
Kepada barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2015/2016,
Bersama - sama kita menghadapi tahun 2015 ini dengan Tagline "Mahasiswa Profesional, Menerajui Perubahan"
RabbiYassir Wa'la Tu'asir, Rabbi Thamim bil Khair
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment