[151001] Lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf
Assalamualaikum uollll, acane cuti midsem??? *okay uni aku je.. korg tgh final kan?? huhuhu
Untuk entry kali ni, nak bawa korang join aku ke Program Ekplorasi Kerjaya siri 2 ...ke mana? Ke Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Shah Alam. Well sblm ni kan dah buat siri 1? tak ingat or x baca? kalau belum baca, sila tekan link bawah yer
Untuk entry kali ni, nak bawa korang join aku ke Program Ekplorasi Kerjaya siri 2 ...ke mana? Ke Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Shah Alam. Well sblm ni kan dah buat siri 1? tak ingat or x baca? kalau belum baca, sila tekan link bawah yer
Okay, untuk kali ke 2 ni, sekali lagi aku sebagai pengarah program telahpun memilih Kumpulan Media Karangkraf sebagai destinasi lawatan kami yang kedua... well dalam Komunikasi, kitorang belajar tentang 3 jenis unsur media iaitu media cetak, media elektronik dan media interaktif. Kepada mereka - mereka yang blur - blur ayam tak faham, hah ni sy nak cerita.
Untuk ke angkasapuri, unsur yang di guna adalah media elektronik kerana ia mempunyai stesen tv, radio dan sebagainya.. lebih kepada bidang penyiaran la, tapi untuk Lawatan Ke Karangkraf ni merupakan unsur pertama media cetak.... namapun cetak, mestilah lebih kepada penulisan. Jujur aku cakap, untuk lawatan kedua ni memang mencabar kredebiliti aku sebagai pengarah program kerana ia tak semudah yang disangka memandangkan aku buat kerja semasa aku sedang menjalani praktikal di Muzium. Memang pening!
Okay, masalah jangan cerita sini la sebab lawatan telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Bersyukur semuanya berjalan lancar. Untuk program kali ni, pelajar Komunikasi Islam telah berbesar hati menjemput pelajar Multimedia Dakwah (MMD) untuk bersama - sama menyertai program ini. Disebabkan ada kaitan dengan bidang kerjaya diorang ,jadi kita telah membawa lebih kurang 7 orang pelajar MMD ke sana.
Masa nak pergi, berkumpul di lobi pentadbiran jam 7 pagi.... dan aku lah orang pertama tu... hai lah kalau dah nama manusia, janji tu ttp janji Melayu....
Jangan cakap hakak tak payung eh..... gambar sebelum pergi ...semua muka segar je yer ~ fresh in the morning gitu....
byebye Kuala Kangsar Bandar DiRaja~
tak amik google eh, Selamat Datang ke Kumpulan Media Karangkraf~ wow tercengang tengok bangunan,belum masuk lagi~
Masa mula2 datang, hujan so kami berteduh di Karangkraf Mall sementara tunggu person in charge, Puan Kesuma untuk turun bagi taklimat~
Front desk okay... kau hado???
sedikit taklimat daripada Puan Kesuma... teruja weyh... thumbs up untuk Puan Kesuma, memang sporting habis~
sesi bersama dengan Puan Kesuma untuk permulaan taklimat sebelum di bawa melawat ke dalam bangunan dan jabatan2 yang ada di dalam Media Karangkraf ni ~
Untuk tempat pertama kami melawat ke Bahagian Editor Majalah, wartawan dan orang2 yang termasuk dengan kerja2 penulisan majalah lah...segala artikel, berita datang dari department ni~ hebatkan diorang...masa kami masuk tu, memang semua pandang teruja, walhal bukan retis pun, orang jugak tapi muka tu teruja sungguh~ hehehehe first time kan...
setiap kali di permulaan atau penghujung jabatan, Pn Kesuma akan bagi taklimat untuk pengetahuan dan segala apa yang menjadi kemusykilan korang, silalah bertanya, malu bertanya sesat jalan yer kawan2~
Creative Studio and Art~
Bahagian ini adalah favourite aku dalam banyak2 tempat sebab bahagian ni bahagian editing. Segala gambar, tulisan, style sesebuah majalah memang proses kat sini. Teruja dkt bahagian sini 4 kali ganda dari bahagian penulisan majalah tadi.
Untuk pengetahuan korang, Kumpulan Media Karangkraf ada lebih kurang 20 Majalah , 1 Suratkhabar dan satu kilang percetakan terbesar. Terbaik lah !!!!!
Taklimat lagi sebelum kami masuk ke Kilang Ultimate Print, kilang untuk cetak majalah2 ni dan untuk gambar kilang memang tak ada atas faktor menjaga etika kerahsiaan syarikat lah.. korang2 yang nak tahu kena datang sendiri untuk buat lawatan ke sini ,....
sebelum kami ke Kilang, sempat tau jumpa dgn Zizan~ *opsss Zizan ke?
Meriah hah, ni bahagian photographer~ jurugambar majalah Karangkraf ada 20 orang. cuba cari mana Abg Zizan yg aku cakap tadi?? hehehe...
Kat sini ada sesi soal jawab sikit pasal taklimat yang Pn Kesuma bg td... seronok adik2 yang aku bawa ni ... korang mmg sporting dik.. aku pun dapat jugak hadiah okay...
'Berapakah jumlah studio untuk shoot yang terdapat dalam Karangkraf?' (angkat kening!!) hehehehe
Lepas dah masuk dalam Kilang, tibalah di penghujung yer... bukan penghujung rancangan tapi penghujung lawatan. Sesi bergambar ~
Barisan peserta lawatan 28 orang pelajar Komunikasi Islam, 7 orang pelajar Multimedia Dakwah diiringi pensyarah pengiring 2 orang~
Sesi pertukaran cenderahati bersama Puan Kesuma~
Terima kasih Kumpulan Media Krangkraf kerana sudi menerima kunjungan kami~ sampai jumpa in shaa Allah kalau ada rezeki utuk bekerja dengan organisasi ni pada masa hadapan~
Gambar dengan pengarah program mesti kena payung okay~ hehehehe~ dpt goodies berupa majalah Maskulin dan majalah Nur@Dara
Team sem 5~
kredit gambar kepada sahabat dan adik2 yang sudi bg gambar~
feedback dari Kumpulan Media Karangkraf~
sebarang maklumat mengenai mereka, sila tekan link bawah yer~
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment