[151007] Bicara An Nur & Smart Halaqah

Assalamualaikum w.b.t ...


Disebabkan aku dah tertinggal banyak program tak update so terpaksa la update satu entry~ huhuhu... dah tu update dua entry dalam satu hari plak tu...

Btw, sis baru habis meeting untuk Liga Festival Islami yer, sempena Pesta Konvo ke 8 ...

Penat tak penat, dengan midterm Fiqh Muamalat esok so redha je la... eceeehhhhhh , acah je ...study la sikit2 ...in shaa Allah boleh.. macam entry lepas, jgn tiru yer sis study last minit...*emoticon tutup mulut~


Pada 07 Oktober 2015, pihak kolej telah adakan program Bicara An Nur di mana moderator dan ahli panel nya adalah ustazah - ustazah solehah kolej. Alhamdulillah, suka sangat dengan program macam ni tapi dukacita untk dimaklumkan, saya ada kelas dan ada urusan di jabatan makanya bila saya datang dewan, slot dah habis... sobsobsob



Comel tak ustazah sis? 

'Comel tak kak Ton?' *ok kak Ton jgn marah, gurau jew~



Sepanjang majlis berlangsung~ meriah tak? Ustazah pakai baju sama...





ingat muda remaja je boleh bergambar, ustazah pun nak okay....


Tahniah Pusat Islam Masjid KUISAS dengan barisan ustazah dan pensyarah - pensyarah yang mantap ilmunya, moga apa yang disampaikan kena di hati pelajar agar mereka dan kita semua sama - sama dapat ubah daripada tidak baik kepada yang lebih baik~

Ustazah cantik sangat~~~~~~

huhuhu......

p/s : Oh ya, program ini bagus sebab aku suka tagline dia 
"Ajarkan pada lelaki kalian surah Al Maidah dan ajarkan pada perempuan kalian surah An Nur"





Next programme ---->



Untuk program tadi sebelah pagi, kita pergi sebelah malam pulak, dulu Majlis Perwakilan Mahasiswa ada bawakan program Travelling Light Campaign? amsih ingat atau dah lupa terus? okay kalau tak ingat, mcm biasalah.... sis dah sediakan siap khas utk readers yang malas nak flashback balik masa ....



Okay, dah bacakan so program ini adalah kesinambungan kesah TLC tadi di mana kami bawakan Smart Halaqah sebagai salah satu elemen dalam mencapai mahasiswa biah solehah... in shaa Allah mudah - mudahan dengan program ini akan menjadi saham kami di akhirat nanti



Program Smart Halaqah ini telah dirasmikan oleh Syeikh Zainul Asri ...

oh ya tak lupa untuk Kelab Furqan yang sudi bekerjasama dengan kami.... syukran jazillan ~





Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan Allah masih membuka hati - hati mereka untuk menimba ilmu di rumah Allah s.w.t

Terharu ramai orang kerana bukan semua sanggup datang ke majlis ilmu macam ni, moga majlis - majlis ilmu lain juga akan dihadiri oleh belia - belia negara yang akan memimpin negara kelak... aaminnn~




Pandangan dari saf muslimat di sudut atas masjid ~

Allahu, ramai yang ingin bersalam dengan orang agama seperti beliau, saya hanya mampu memandang dari jauh ~


Sebahagian besar urusetia dan aku juga cumanya aku balik awal atas faktor yang tidak dapat dielakkan ....

Apa - apa pun Mabruk Kelab Furqan dan MPM juga kak Basirah terutamanya yang bertungkus lumus untuk menjayakan perasmian Smart Halaqah ini~

Bagi yang blur - blur tak nampak lagi Smart Halaqah ni, ia merupakan cara untuk mendidik pelajar berusrah, Empat hari juga diambil untuk interview naqib dan naqibah bagi kumpulan usrah ni. Tahniah kepada yang berjaya~

Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung .... juga buat kelab Furqan terutamanya dan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang berjaya membawakan majlis ilmu seperti ini~



Thank you for reading this entry~





Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~