BLACK LISTED OPSSSSS….
Assalamaualaikum w.b.t well hello
readers, makin rajin nak menaip satu2 ni… btw lusa sis akan balik ke rumah yang
dirindui yakni itu adalah hari terakhir la nak jmpa kawan2, nak hang out, nak bayar hutang bla bla bla…
So untuk entry kali ni sis nak
cerita lagi, like always, pada awalnya sis nak share pasal life dekat kolej
dari semester 1 sampailah semester 6 tapi sis tak ada masa nak upload, nak
karang cerita ala2 novel Tundukkan Playgirl Itu, Love You Mrs Cute…eh eh silap
tajuk pulak. So sis ingat nak make it short and simple just to appreciate those
yang sis sangat2 sayang, bukan nak kata yang sis tak tulis tu makna sis tak sayang
tapi sebab mereka ni kawan daripada semester 1 lagi, diorang la yang selalu
tegur bab aurat, bab akhlak, bab study…semua la pokoknya…
Diorang adalah kawan yang membawa
sis ke syurga..in shaa Allah Aminnn *mohon jangan kecam sis sebab bak kata
Raihan ‘Iman tak dapat diwarisi…..’*
[AMARAN KERAS : JANGAN PERNAH
MENILAI YANG LUARAN KALAU TIDAK PERNAH CUBA UNTUK MENDEKATI DAN MEMAHAMI HATI
BUDI MEREKA]
Allah s.w.t je yang layak untuk
menghukum not uolls keh…
Kenapa blacklist? Yang pastinya
mereka2 ini bukannya tak bayar yuran atau tak daftar untuk calon mengundi tapi
sebab mereka telah pun di blacklist kan di dalam hati sis yang mereka adalah
kawan sejati cia cia cia… hehehe terbuat pick up line plak ..okay sembang
matang keh…
I’ll make it short who are the 20
friends [both boys and girls] that I will not forget and important in my life
sepanjang di KUISAS…sebelum baca mohon pasang lagu Shila Amzah – Memori
Tercipta dan The Lion – Teman .. sambil tu kot2 korang ada lagu2 medley boleh
pasang keh… *Jangan la pasang lagu Worth It by The Harmony plak*
Here we go ……. [Ni bukan ikut
ranking okay, just baca leisure2 je]
1) MOHD
ALIF HAIQAL MOHD SHUHAIMI [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Nama ni memang tak
asing lagi dalam blog, facebook sis sebab memang dia la yang selalu sis cerita
pun *maksud sis kawan lelaki la*. Alhamdullilah perangai dia yang bersahaja
memang buatkan kadang2 sis menyampah dengan dia plus annoying giler tapi dari
dia la sis belajar erti sabar, tak putus asa dan terus maju ke hadapan. Menjadi
orang yang dibenci bukan sesuatu yang sukar tapi sis nampak dia yang dulu bukan
yang sekarang. Sis kalau di beri peluang sekali lagi, mesti rasa nak tebus
balik rasa silap pada dia.. banyak sangat dah sis cerita pasal dia dalam blog
so kalo nak cerita pun tak tahu nak cerita apa kali ni. Dulu sis panggil dia,
Alip *bajet baik la yer* tapi lama2 sis penat nak taip, melekat sampai sekarang
‘Qal’ ..Habis pendek kalau taip dekat wassap.. Dua hari lepas Qal dah balik dan
sempat jumpa kejap, punya beria nak jumpa kawan2 dia, anak kelahiran Johor, so
memang jauh nak datang Perak balik. Thanks for the farewell gift.
2) SITI
NUR NABILAH ISMAIL [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Nama ni jarang
ada dalam blog dan facebook tapi sentiasa ada di dalam hati …ewahhhhh hehehe,
orangnya lembut je kalau pandang tapi cuba datang dekat, mak aih garang macam
kucing *emoticon tutup mulut*. Sis panggil dia BI which stand for Bella Ismail.
BI seorang yang sangat pendiam, kalau dia duduk hadap phone mesti dia main
game, kalau dia hadap laptop mesti buat assignment atau tgk anime. BI suka buat
origami, seronok tau sis pernah dapat bunga, anak ayam, bintang daripada BI. BI
suka sorang2 sometime so buatkan sis rasa serba salah biarkan dia sorang2 even
sis tahu dia boleh jaga diri tapi finally sis Berjaya ‘CULIK’ dia untuk gi date
masa sem akhir… huhuhu… Oh ya sebelum balik hari tu, sis dapat ‘surat’ daripada
BI. Thanks BI untuk the meaningful words. Sis tak akan boleh survive masa awal
sem kalau BI taka da because sometime she can be mother to me, always taking
care of me and make sure I’m eating well. *Gemok dah sekarang, BI asyik hidang Nasi
Goreng kalau sis singgah rumah sewa diorang.*
3) ABDUL
BASIR ARSAT [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Ni kawan yang
selalu juga viral di blog dan facebook sis, dan Basir adalah PEMBACA SETIA BLOG
sis *yeah tepokkkkkkkkkk* Thank you sudi singgah baca tinta aku ni walaupun
kadang2 senget sikit, Basir ni memang kawan yang setia dan baik gila2, dia
lebih kurang Qal tapi tak ada lah annoying.. *Maaf Qal, setiap kawan tu berbeza
perangai nya, kalau tak ada perbezaan tak manis la hubungan tu* Basir ni anak
jati Kuala Kangsar, rumah dia dekat sangat2 .. hahaha dan untuk 3 tahun ni
Basir dah banyak tolong kami kawan2. Satu yang sis suka tentang Basir ni, walau
se’dasyat’ mana pun perangai kami, kaum perempuan ni, dia jarang tinggi kan
suara tapi dia akan cakap elok2. That’s the point why I like to be friend with
him. Lawak dia bersahaja tapi adakala tak jadi jugak. Normal2. Apa lagi yer
tentang Basir ni? Basir suka sangat menyanyi sebab dia one of the group member
of 3 4 iaitu kump nasyid Kelab PEWARIS. Lepas ni jadi artis recording la.
4) NUR
AINA BT SALEHUDDIN [DIP PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM]
Member dari form
1 kot, giler tak sayang. Yang ni pun macam mak2 sebab suka berleter kat aku
tapi dia sweet, dan sangat matang. Kadang2 je rasa nak manja dengan sis. Masuk
degree ni sis tak tahu nak buat apa sebab kos kami lain2 melainkan dia nak ikut
sis sekali…hehehe.. single? Korang rasa? Hahaha No komen!! Antara kawan2 lain
sis lebih suka bercerita dan minta pendapat dia. Bukan nak kata kawan lain tak ada
cerita, ada je cuma Aina lebih tahu perangai sis dan cara sis. Aina ni kawan2 akan
panggil Ena atau Yin, itu nama yang akan kitorang guna. Si Ena ni memang pandai
berlakon even masa sekolah pun dia ada ‘berlakon’. *Geram je rasa* Sis tak suka
yang part dia ‘berlakon’ tu sebab jantung tu rasa nak tercabut je. Mohon jangan
buat kat aku, buat dekat orang lain please. Kau tahu aku sayang kau kan. Sebut
je Aina, mama ayah mesti tahu sebab dari sekolah lagi memang nama dia je
disebut ‘Aina tu Aina ni’ ..mungkin kahwin nanti pun jadi flowergirl
ni..hehehe. Ena win kalau bawa kereta manual, cer korang bagi sis bawa mesti
mati enjin punya. CONFIRM dan tak dapat disangkal lagi.
5) ABDUL
AFIQ SHAH RODZUAN [DIP USULUDDIN]
Yang ni kawan
dari kelab STEADFAST, well dia sangat banyak membantu sis esp bila sis sangat2
perlukan pertolongan dia. Dia tak lokek nak bagi bantuan tapi kena bagitau la
bantuan apa. Sis suka kawan dengan dia sebab dia pendengar yang baik, well
caring tu semua orang ada dan dengar cerita makin happy dia sekarang. Ehem, sis
tumpang gembira dengan kawan sis seorang ni. Oh ya, dia one of the friend yang
boleh tulis bahasa Korea so apa2 boleh je nak tanya dia keh. Afiq ni boleh jadi
pelik, boleh jadi gila kejap, boleh jadi seyes tiba2 tapi sis tak suka yang dia
seyes tu sebab seyesly tak lawak weyh. *Scary giler* Disebabkan Afiq ni kadang2
terlebih baik, sis selalu rasa serba salah sebab cuma datang minta tolong dia
je, tak pernah pulak tanya dia ada masalah ke tak. Teruk kan sis ni? Sob sob
sob.. sis tak minta lebih cuma nak Allah
s.w.t bagi kebahagiaan je pada kawan2 sis dan lindungi serta pelihara mereka
dari bahaya.
6) SHAHRUL
NIZAM BIN SHAH PERI [DIP SYARIAH]
One of my friend
yang banyak menegur, thanks to Allah s.w.t that send him to make me realize how
beautiful Islam it is. Masha Allah sangat beruntung la siapa bakal Zaujah tu. *emoticon
tutup mulut* Shahrul ni mostly dalam meeting seyes tapi lately ni mungkin sebab
kami dah nak pisah, dia makin suka tersenyum dan gembirakan kawan2 dia. Kalau
tak, dulu sis stress je kalau cakap dengan dia. Sis tak pandai melawak dengan
dia, tengok kos la. Seram nak bergurau lelebih tapi lama2 kenal, si Shah ni
memang normal person, saja buat nerd.. hehehe gurau2. Nak cerita lelebih pun
tak tahu untuk si Shah ni, tapi yang pastinya setiap kali prank birthday orang
kami dua mesti ada termasuklah prank birthday dia. Shah kalau bagi idea, mostly
memang tip top la, kalau tak, tak akan dapat Anugerah kan? Untuk sem last ni,
rasanya Shah mencari seseorang untuk dijadikan bakal zaujah *berminat pm tepi
keh*
7) NUR
HAMIZAH HASSHIM [DIP KOMUNIKASI ISLAM]
Kawan yang ni
macam bayang2 sebab ke mana sis pergi, dia mesti ada *esp kelas la* daripada
semester satu lagi memang berdua je pergi kelas, daftar subjek sama2, dapat
dekan sama2, so yang paling sis takut kalau kawin pun sama2 ..payah la kalau
sis nak datang walimah dia. Kawan sis ni satu2 nya yang lebih tua dari sis so
sis panggil Kak Mizah. Kak Mizah anak kelahiran Pulau Pinang. Mami Jarum kot.
Hahahaha.. apa yang sis boleh sharekan pasal kak Mizah ni adalah dia sangat
sangat ikut cakap mak dia which is baik la. Apa2 dia mesti cakap dulu dekat mak
dia. Sis memang respect lah dia. Kak Mizah ni boleh jadi manja, boleh jadi
happy dan boleh jadi seyes. Sis dengan dia sama je perangai, seyes cakap sebab
rasa macam tak boleh baca sikap dia. Kak Mizah kalau sampai tingtong dia, kita
layankan je tapi seyes dah mula rasa rindu dekat kak Mizah sebab esok kak Mizah
balik Penang dah. Kenapa sis cakap dia bayang2? Sebab lect selalu tanya dia
bila sis jalan sorang2 tanpa dia sebab orang dah kenal dan selalu tengok sis
dan dia sama2. Kak Mizah sangat minat dalam bidang penyiaran jadi mohon doakan
dia dapat jadi pemberita eh, mungkin dekat Tv Alhijrah ke. Siapa tahu ye dok?
*angkat kening*
8) MUHAMMAD
KIFAYATULLAH MOHD NASIR [IJAZAH USULUDDIN HADIS]
Perkenalkan
abang lain mak, lain bapa, sama nama ayah. Hahahaha lulzzzz pelik giler
introduction. Akhi Kifa I’ve called him even berapa ribu kali dia suruh panggil
Pa.. sis dok pandang pelik sebab kenapa PA?? Personal Assitant ke? Hahaha, tak
mampu nak panggil Pa je sebab dah terbiasa respect senior, wuuuuuuuu… *tapi
Bainun tak ajar pula kena panggil Akhi, just hormat je* [Emoticon tutup muka].
Kenapa sis rapat dengan dia? Hah semua orang macam pandang pelik gila sampai rasa
nak telan kot. Ni nak habaq *sejak bila speaking Kedah ni*, sebab Akhi Kifa ni
bukan semua orang boleh kenal dan faham dia. First time kenal pun rasa dia
pelik tapi why not kita cuba kawan kan. First time dapat jumpa orang Klate. Even pangkat senior tapi Akhi Kifa once memang
seorang abang yang protective. Seyes talk. Ini memang sembang matang punya. Tapi
kalau dah namanya lelaki, mestilah ada part nakal dia dok usik orang, bahan
orang. Sis pun tak terlepas kena weyh. Kau hengat sedap kena ‘bahan’. Ayat
biasa dia ‘Bukan senang nak jumpa orang jujur macam Pa,’ Masalahnya jujur
sangat kot. Satu lagi sebab Akhi Kifa, one of the member yang aktif
perbandingan agama. Sis suka tengok orang yang simple tapi hebat agama. Both of
it but I’m not said he’s perfect (kejap lagi ada lah yang kondem sis dok puji
lelebih), just respect to those yang
macam tu, buatkan sis nak belajar dan belajar lagi. Dengar cerita macam nak
jumpa jodoh dah so readers, tolong doakan yang terbaik untuk my big brother ni.
Satu2nya kawan baik dalam kalangan pelajar ijazah.
9) FAHTIN
FARAHANA ABDULLAH SANI [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Rasanya baru
cerita pasal Atin ni dekat entry sebelum ni tapi nak cakap jugak yang dia
adalah kawan yang sis blacklist kan sebab jadi kawan baik sis. Sis panggil
atin, one of my friend yang pakai niqab tapi sangat sporting dan suka share
ilmu. Sis sangat suka cerita dengan dia kalau bab kawan2 tapi bukan semua lah. Atin
ni sis suka jadikan dia rujukan in certain issue tentang agama esp bab
perempuan dan sebagainya. She remind me tentang solat buatkan sis selalu cuba
untuk perbaiki diri. She inspired me to be a better person. Semua manusia tak
sempurna tapi kita berhak untuk melakukan sesuatu agar menjadi yang lebih baik.
Atin pun kadang2 boleh jadi macam Akhi Kifa, macam Qal tapi much better la cuma
banyak sangat pickup line, tak tahan perut nak gelak. Sis suka atin ni jenis
yang positif kadang2, ceria dan tak pernah nampak macam ada masalah. Best kalau
dapat jadi macam tu tapi kita faham, manusia ni ada macam ragam, perangai so
nak tak nak just be yourself okay *Kun Anta satu sekali* Siapa kata wanita
berniqab dilarang untuk bersosial, buktinya Atin ada perniagaan sendiri tau,
selalu sangat berbisnes, ada la tiap2 hujung minggu orang datang beli barang.
Well sis doakan yang terbaik untuk dia.
10) NAZIRUL
AUNI BIN LAILY [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Nazirul Auni
atau kitorang panggil Auni adalah kawan sis yang sangat berwawasan. Dia tak
pernah meletakkan sesuatu perkara itu sebagai beban tapi sebagai cabaran untuk
diri sendiri. Apa yang sis belajar daripada Auni adalah berani mencuba dan
terus mencuba. Berani membuat perubahan ke arah sesuatu yang lebih baik. Mostly
sebenarnya kami tak sekepala pun. Sis sendiri tahu yang Auni tak suka perangai
sis, betulkan? Tapi siapa kisah tentang perbezaan dan salah faham. Asam garam
persahabatan dan dari situ sis belajar sesuatu iaitu erti MENGHARGAI. Auni
adalah kawan yang sangat low profile *perhaps* Jarang dia nak tunjuk yang dia
pernah buat program di Sabah Sarawak, pernah jumpa dengan Tun Mahathir. Kau
hado? Kalau tak ada baik diam. Susah sis nak hurai sikap kawan sis sorang ni
tapi sis tahu dia nak kan yang terbaik untuk kawan2 dia even kadang2 kata2 dia
sangat melekat di hati. Sis makan hati kadang2 tapi sis bukan seorang pendendam
atau berfikir negatif sepanjang masa. Dari situlah sis belajar muhasabah dan
refleksi diri. Belajar bersabar dan memahami karakter kawan2 sis. Auni yang sis
suka adalah senyum tu, senyumkan sedekah tapi senyuman dia tu buat air yang
pahit pun rasa manis. Eh pick up line ke? *Terikut2 kawan la ni..huhuhu* Nama je budak
Pengajian tapi rasanya lebih berbakat ke arah kaunseling. Lulzzzz
11) UMMI
KAMILA HASIBUAN THAMRIN PARLINDUNGAN HASIBUAN [DIP PERBANKAN & KEWANGAN
ISLAM]
Jangan tanya pasal
nama dia okay. Tak nak cakap, just nak bagitau yang kawan sis sorang ni antara
list stock yang paling garang. Hahahahaha, dia je yang berani bersuara kalau
one of us tak berani cakap. Garang dia dahsyat tapi sangat tinggi manner dia
sampai pakcik2 dan makcik2 pun boleh rasa seronok sembang dengan dia.(boleh
buat menantu ni) Sis suka tengok dia,
garang2 dia tapi pandai masak, suka kucing. Don’t even dare comparing me with her
*Sis tak pandai masak sob sob sob* dan sis bukan tak suka kucing tapi sis tak
berminat nak addicted la, boleh nak pegang tapi jangan suruh sis main dengan
kucing sebab sis takut kena cakar. Hehehe .. Ummi boleh, Mila boleh tapi better
Ummi je, nanti korang kena marah jangan salahkan sis tak bagitahu yang dia
lebih suka orang panggil dia Ummi. Ikut je nanti kena marah. Ummi ni seorang
yang bersahaja dan simple sampaikan ada seorang senior kitorang cakap macam ni “Aku
rasa Ummi dengan Alisya ni macam kembar je, style tudung sama, garang sama…..”
well yup kami memang sama dari segi style tudung dan gaya plus perangai garang
tu lebih kurang tapi compared Ummi much more garang.. berani kau kacau kawan
dia, hadap dia nanti. *Emoticon lari* Part yang paling susah kami nak tengok
kat Ummi ni adalah ‘Bila Ummi nak ada someone special?’ sebab sangat susah nak
tengok Ummi ni ada orang istimewa yang dia suka even jokes dia kadang rasa
macam tak kena pun. Garang2 dia, sentimental juga orangnya, masa nak pisah2 ni,
kitorang dapat farewell gift sorang satu, sis cakap tak ada benda nak bagi dan
Ummi cakap “Kawan bukan sebab kaya, kasih sayang kau dah cukup…” see!! Brutal gaya
cakap tapi makna tu boleh bawa nangis kot…
12) SYAFIQ
ISMAIL HAMZAH [DIP MULTIMEDIA DAKWAH]
Kawan ramai
sangat plus karakter diorang pun berbeza, yang ni kawan lelaki yang pendiam.
Antara kawan2 lah sebab seyes cakap memang dia ni jenis tak banyak mulut, dan
sangat2 ambil berat dalam diam. Boleh dikatakan dia berbakat dalam diam sebab
dia kalau bab editing sis bagi 10/10 lah. Orang cakap, orang pendiam kalau
marah naya kau so memang tak dinafikan jarang sis tengok Mail ni marah tapi
kalau dia dah mula perangai pelik dia, sorang pun tak berani weyh. Sis sendiri
tak suka bila dia marah Cuma masalahnya, orang lain yang buat dia marah, sis
kena tempias.*Okay nangis* Mail ni pun lebih kurang Basir sebab kalau cakap
dengan perempuan tu memang lembut lah. Tak adanya kasar2 dan yang paling
penting loghat Kedah tu melalut2 sampai sis terikut sekali. Lulzzzzzzz . Apa
yang best tentang Mail? Mail kawan yang baik dan sis tak tau nak describe macam
mana. Kitorang tak la serapat mana,nak pi jalan sama2 or what else tapi sis
rasa dia adalah one of the kawan lelaki yang sis rapat and senang nak minta
tolong dan sebab kami dah lama kawan so rasa serasi tu cepat la bila
bekerjasama dalam kerja esp masa jadi MPM dulu. Yang penting senyuman tu.
13) NURSAKINAH
BINTI KHALIL AZNAN [DIP KAUNSELING ISLAMI]
Ni pun one of my
friend dalam kalangan pelajar kaunseling, kecik je orang dia. Lembut dan jarang
marah sebab she’s like someone that can’t say NO even dia rasa benda tu tak
patut. Kot yer pun nak jadi kaunselor Sakinah oi. She’s too cute okay, no
wonder kawan sis ni ramai peminat…ahakss~ She also soft spoken dan memang padan
la dengan title kaunselor tu sebab lembut je, always bagi nasihat, always
senyum and always give moral support. Sakinah ni nampak je kecil tapi anak
sulung tau dan garang bila dengan adik2 tapi rasanya tak adalah garang mana
just orang kata ‘Marah tanda sayang’ kan? Baru2 ni juga selain sis dapat
Anugerah, Kinah pun dapat Anugerah Program Terbaik masa Konsert Aman Palestin.
Maigadddd dear, terharu sebab kita yang sampaikan anugerah tu… ewahhhhhhh~ you
deserve it girl~ Nama seindah orangnya tau, moga Kinah kecik ni dapat jodoh
yang terbaik *tetiba* sebab dah tak ada benda nak di cerita. Oh ya, Sakinah ni
dengan member2 rapat lain tau, hanya kami yang perempuan je la tahu …shutttttt
rahsia *tak boleh cakap sini* Sakinah ni tak minat Korea tapi disebabkan sis
paksa, akhirnya dia cakap jugak dia suka Kai EXO… haahaha maaf memaksa awak
tapi nak jugak ada geng nak cerita pasal EXO .. hehehehe dalam minat tak minat
Korea tu tapi suka tengok drama Korea ‘My Girlfriend is Gumiho’, minat sangat
dengan Lee Seunggi katanya, rasa macam nak bagi Lee Seunggi sebagai hadiah hari
jadi tapi tak mampu la (sebab kalau mampu, sis pun nak BEAST dengan EXO depan
mata..hahaha juz kiddin)
'
14) MUHAMMAD
IZZUL BIN ZAINAL ABIDIN [DIP PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM]
Salah seorang
member yang sukar dibaca dan dijangka. Itu benda pertama dalam fikiran sis.
Tapi sis senang dan selesa dengan dia bila masuk bab kerja, dia sangat tak
lokek ilmu tapi jangan bermain dengan api okay, nahas jawab dia. Izzul ni kawan
kampung, sama tempat tinggal tapi tak pernah la kenal sebelum ni. Dekat KUISAS
baru kenal, lepas tu dalam sukar dijangka tu, dia sangat suka makan plus sekali
bagi Wadey Kepeng, makanan banjar kegemaran sis. Memang tak miss la makan tu.
Sedap gila. Kenapa nak kawan dengan dia? First orang akan ingat sis kawan sebab
dia banyak duit. Confirm akan ada la yang cakap tapi biar lah mulut orang nak
cakap sebab sis ada reason sendiri. Selain daripada baik hati, well Izzul ni
jenis ikut kepala sendiri dan adakala sis rasa nak bagi penumbuk satu kali
*just kidding* Bukan apa, Izzul ni suka sangat la berperang mulut dengan sis,
tapi mostly sis tak suka la perang dengan dia, sebab tahu mesti tak akan ada yang
menang. Dalam perang2 tu, dia one the member yang suka sangat tanya soalan
favourite.
‘Cik Alisya dah
makan ke hari ni?’
‘Kenapa tak
makan? Nanti gastrik siapa susah?’
Hah caring kata
kau, kena bebel 24 jam, belum cakap masa betul2 sis sakit dulu, lagi banyak
pula kena bebel siap kena marah. Jujur cakap nangis la sebab kita tengah sakit
orang marah pulak. Tapi sis bersyukur ada kawan2 yang suka ambil berat pasal
sis, bukan senang nak cari. Satu dalam sepuluh. Thanks bro~ yang paling penting
dia tahu macam mana nak bagi marah sis reda.
15) TUAN
NUR MARDHIAH BT TUAN MOHAMED [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Kan sis dah
cakap, kawan2 sis semua lain jenis, kalau ada yang jenis garang, pendiam,
pelik, kelakar tapi kawan yang seorang ni betul macam ibu2 orangnya. Lawak dia
kadang menjadi tapi mostly menjadi, kita panggil punchline gitu. Memang kena.
Mardhi ni sangat diam dan lembut je orang. Betul peghok piorrr kalau nyembang.
Sis pun kadang2 terikut. Even ada kakak2 tapi still Mardhi macam mak2 je
orangnya, dan tak pernah la menonjolkan diri. Mardhi kalau bab surat menyurat
dan paperwork memang tiptop. Kasi 5 bintang kat Mardhi. Sentiasa tenang walau
dalam keadaan kita semua tegang or kelam. Itu Mardhi or else kawan2 panggil
Mama. Alahai rindunya dengan mama. Mardhi pun sukar dijangka, tak tahu nak
expect dia happy ke, sedih ke, marah ke sebab muka dia tenang je. Well berkat
tu … rahmat dari Allah s.w.t . Kami yang kenal Mardhi ni akan tengok dia selalu
dengan jubah dan tudung hitam masa awal2 semester tapi Alhamdulillah sekarang
makin bergaya la. Almaklum dah jadi super super senior …hehehe.. Mardhi is so
simple. Kalau A, A je. Kalau B, B je.. tiada masalah dan sentiasa boleh on je
dengan semua orang. Dan kalau dalam kelab persatuan, Mardhi adalah orang
terpenting. Kerja memang jalan dan lancar, tak ada masalah la …
16) MOHD
SOLIHIN MOHD NADZARI [DIP SYARIAH ISLAMIYYAH]
Solihin atau
Coin, anak jati Kuala Kangsar sama macam Basir. Seorang yang kelakar dan first
time kenal dia masa semester 1 dan memang kaw2 punya lawak. Punchline memang
merata2. Part paling best kalau dia kelam, comel loh… bab aktiviti dalam
program memang bagi kat dia handle, confirm masyuk … Well, Coin yang sis kenal
memang sedia lawak la dan sporting. Jarang tengok dia marah, merajuk or sedih2 …
Allah s.w.t kirimkan kawan2 yang positif Alhamdulilah. Diorang la pemberi dan
penyuntik semangat dalam hidup kadang2. Cara diorang buat sis rasa bersyukur
dengan hidup ni. Cukup Allah s.w.t kirimkan nikmat, Allah s.w.t kirimkan ujian,
tak lain dan tak bukan untuk kita mensyukuri apa yang ada di sekeliling kita. Bila
Coin seyes, boleh jadi lawak dan boleh jadi mantpppp tapi mostly dia tak
mampu..well, kalau dah Happy Virus tu memang kita tak boleh nak cakap apa la…
17) NUR
ASHIKIN MD JAMIL [DIP TEKNOLOGI MAKLUMAT]
Serasa macam
lengkap je sebab sis kawan dengan semua kos, masyuk je otak tu dengan semua
orang termasuklah kawan sis yang sorang ni, kecik comel orangnya tapi kuat beno
merajuk dengan sis..well, saja nak manja2 plus dia suka Lee Kwangsoo.. Ekin ni
Happy Virus dalam kalangan kami yang perempuan tapi tak seronok bila dia tak ada
mood, dah nama pun Happy Virus so dia ter’effect’ kawan2 sekeliling.. seorang
yang simple dan sangat manja dengan family dia. Hahahaha… seronok kalau naik
motor dengan dia dan paling best kalau main pick up line sama2. Dalam group
wassap kami, dia almost all the time ada dan akan buat kelakar, sis akan save
gambar or audio dia sebab she kind of cute tau kalau dia merajuk or kasi
audio..well, yang lain pun sama (sis memang akan simpan la gambar2 dan audio
yang best2 dari wassap ni). Seronok sangat dapat kenal budak Ipoh mali ni..
sebabkan dia punya phone paling besar dan kamera cantik, selalunya kitorang
akan pakai phone dia je untuk ambil gambar. Wakakaka, perempuan kan. Jangan
cakap lelaki pun tak selfie, sama je. Lepas dah habis ni, entah dapat jumpa tak
dengan kawan yang gila2 macam ekin ni.. in shaa Allah semuanya akan dirindui.
18) SITI
NUR ALIA NATASHAH RAMLEE
Ini adalah
kembar sis dari segi nama la.. sebabkan dia la sis terpaksa tukar nama Alisya
sampai melekat sampai sekarang nama tu and most people said my real name is
Alia Alisya. Omaigaddd~ real name sis lagi better kot tapi tak nak hampakan dia
dan kawan2, kita redho je la. Okay je Alisya tu. Sis panggil kembar sis ni
dengan nama Tasha sebab kalau panggil Alia rasa macam cakap dengan cermin
*tutup mulut* Tasha ni once jatuh hari tu, udoh bertongkat. Buat orang risau
je. Dan tahniah for your MUET dear, like twin,like twin (eh asal bunyi macam
pelik pulak ayat tu) Dah tak lama rasanya nak makan nasi minyak, lama betul sis
tak merasa pi kenduri or mungkin ad orang nak import kita jadi flowergirl.
Tasha sangat suka dengan gadjet sampai sis rasa macam nak pinjam je, teruja
gila tengok gadjet2 dia. Bersinar mata ala shinbae dalam Ninja boy~ Tasha suka
masak especially desert sama macam Ummi dan sis sekali lagi jeles dengan mereka
berdua sebab kalau sis masak, mesti tak jadi because I’m not the type to masak
campak2. Si Tasha ni jarang cakap tapi bila sis buat pickup line, dia gelak kejap je. Kadang2 seyes plak. Tu lah. Orang
cakap kembar tak semestinya sama semua benda contohnya sis suka KPOP tapi Tasha
suka HAHA je (Runningman kot).. sis suka cakap ,dan Tasha cakap bila perlu..
huhuhu.. one of the pemantun kelab PEWARIS tau , siapa sangka diam2 ubi berisi
gitu..
19) NUR
NABILAH ANUAR [DIP PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM]
Ramainya kawan2
yang macam mak2 ni, matang cepatnya korang ni. Kalau Nabilah Ismail sis panggil
BI, kali ni sis panggil BA stand for Bella Anuar .. senang nak ingat
*peringatan untuk tidak memanggil mereka berdua secara serentak kalau tak nak
kena kecam* hehe.. BA ni caring, baik dan nama je duduk KL tapi loghat tu sis
pun tak faham dia cakap Kelantan atau Terengganu. Lulzzzz seyes sis ni buta
loghat. BA pun rajin dan pengemas orangnya. Cantik dan paling tinggi dalam
kalangan kami. *but not model type, itu tinggi sangat* BA kalau dah jumpa, dia
punya bebel tu lain macam, sebab mungkin jarang2 jumpa. Pernah sekali tidur
rumah BA dekat KL masa sem 3 *tak silap* sangat rapat dan manja dengan adik2
dia. Well, both of us anak kedua okay, so that’s why serasi je.. ehem2.. BA
kalau sis tengok KPOP, dia akan cakap ‘Tak habis dengan KPOP dia,’ well sis
belajar bahasa kot, kena la tengok ..*alasan* BA jenis cakap lembut je, nak
marah pun macam tak marah and she be like ‘Tu la kamu, aku cakap mu x nok
denghor ..’ and sis be like ‘Dia cakap apa ntah aku tak faham…’ Ni pun sorang
lagi dah bau nasi minyak.. bila ntah dapat pi KL lagi , jalan2 Pavilion dengan
Time Square..serumah dengan Ena yang ni.
20) SYED
MUHAMMAD IFWAT BIN SYED JAMIL KECHIL [DIP PENGAJIAN ISLAM]
Hah, selain
daripada dapat kawan daripada pelbagai negeri, sis juga ada kawan full package
SYED, TUAN ,CHE, SITI, TENGKU, PUTERI.. semua ada. Ni sorang lagi keturunan
SYED yang sangat hardworking, rajin betul buat parttime, suka buat lawak dan
kalau seyes rasa macam nak gelak but he’s kind. Really mean it. Tak tau nak
describe Cowat ni sebab kalau describe lebih2 takut kena kecam *emoticon jelir
lidah* Seorang yang senang untuk bekerja perhaps sebab kalau dia kerja Unit
Teknikal msti mantop lah.
Well, dah sampai ke penghujungnya
but really sad to said that SESIAPA YANG TIDAK DISEBUT BUKAN ANDA TIDAK
PENTING. Please don’t be sad sebab anda sentiasa ada tempat dalam hati sis.
Seyesly cakap. Anda adalah kawan terbaik dan anugerah terindah yang Allah s.w.t
kirim. Jangan bersedih hati okay. Korang sentiasa ada dalam doa walaupun tak ada
dalam blog. Senyum sikit. *Hah, kan comel tu*
To those yang mengenali diri ini,
Korang adalah terbaik dan
teristimewa. Semoga Allah s.w.t pelihara dan jauhkan kalian daripada bahaya.
Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t hendaknya termasuklah yang
mengenali saya sepanjang 3 tahun di bumi KUISAS. Perjalanan 3 tahun itu terasa
singkat dan kini sudah sampai ke penghujungnya. Bukan mudah untuk berjaya tapi
tidak mustahil ketika kita mula mengorak langkah yang pertama. Terima kasih
untuk 3 tahun bersama kalian. Terima kasih untuk segala2nya, minta halalkan
makan minum dan hutang korang pada saya, saya pun sama. Minta maaf untuk
terlebih dan terkurang. Moga hubungan ini tidak terhenti di sini tapi
berterusan hingga ke Syurga. Ya Allah, sampaikan salam dan rinduku pada mereka
tika ini kerana mereka adalah insan yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Mereka
yang mengajar aku erti sabar, tabah, sentiasa positif dan berani mencuba.
Korang tahu aku sayangkan korang kan? Well, this time I will said my farewell
goodbye. I love you.
p.s : Jangan rindukan budak Korea
ni tapi kalau rindu tahu eh nak cari mana?
Till we meet again,
ALISYA NASIR
Thank you for reading this entry~
tq .... malas nk komen panjang...
ReplyDeleteBilik Aku banjir
ReplyDeleteHuuuu. Untuk jugak sbb depa dpt kwn mcm akak. N sya nk ucpkn trima ksih sbb jdi mentor sahsiah sya. Menyor plg terbaik yg penah sya dpt akak la. heeee. Eh. Jgn bgithu abg 'qal' plak. Sbb dya pun penah jdi mentor sya. Hurmmmm. Surat yg kami tulis waktu kelas terakhir tu jgn crita kat sni tau. Malu. Haha
ReplyDeletehaha...setelah berbulan2...barulah bayang baca...so sweet...tq...will miss u...mmmmmuah! :*
ReplyDelete