Ladies AT1-22
Assalamualaikum w.b.t....
Hello, hai readers~ lama tak update blog so malam ni even penat, sis nak update jugak sebab masa sis tak lama dah di bumi KUISAS.... sob sob sob ...
Malam ni kita nak penuhi permintaan adik bilik yang nak sangat 'masuk' blog kakak dia ni ....ahaks~ terharu sis tau dia nak...hek hek hek...
So nak cerita daripada mana? mohon flashback balik jap... erm sis tak ingat la bila tapi sis masuk bilik AT1-21 pada asalnya masa sem 5 sebab sis kena habiskan praktikal dekat muzium untuk 10 minggu so minggu pertama kuliah sis tak dapat masuk kelas. Masa sis masuk bilik tu, kak Umirah (MPM Kesiswi) yang tunjukkan bilik... (masa praktikal sis dah diberitahu duduk dengan exco asrama yakni mereka2 inilah ...huhuhu) Macam biasa,first impression sis adalah, "Mereka sekepala dengan aku tak?" lulzzzzz, sis sangat takut kalau dapat jumpa orang yang tak faham perangai sis yang tingtong ni ...
Alhamdulillah sis kenal sorang je budak bilik iaitu Fatin Azreen sebab kami pernah masuk Kelas Pertolongan Cemas sama2 .. hahaha tapi tak la rapat mana... yang paling sis fikirkan masa tu adalah :
'Konfirm aku dapat katil atas,'
'Kalau diorang tak masuk dengan aku, kau move on je Alisya,'
'Kalau sekepala, masyukkkk,'
Macam2 tau sis fikir sebab kita tak kenal orang kan, dah tu nak duduk satu sem plak kena la kamceng a.k.a rapat ...Satu semester duduk sekali, seyesly sis cakap, diorang memang AWESOME!! sekepala kot...
Perkenalkan la ahli bilik AT1-21 (Masa sis sem 4)
Azmatun Addawiyah dan Fifi Wafiah (Dua2 budak pengajian Islam)
Fatin Azreen (budak Kaunseling)
Masa duduk dengan diorang tu rasa kesian kot sebab sis selalu balik lewat malam atas faktor meeting dan perjumpaan persatuan bagai... maaf yer ... tapi tak sangka dapat jumpa dengan kawan bilik yang sangattttt sangattttt prihatin macam Erin (Fatin Azreen), si budak Kpop, Adda dan pendiam macam Fifi .. sangat baik well sebab diorang tahu jenis sis yang sangat suka skip makan dan sibuk tak tentu masa...wakakaka ...
Masa nak masuk sem 6, sis dan diorang ni nak letak jawatan dah untuk jawatan kami masing2 so kami plan nak stay asrama untuk sem akhir sis... dukacita la kena berpisah dengan si Fifi sebab Fifi akan duduk dengan kawan2 dia so bilik kosong lagi satu, alang2 si Fahtin Farahana pun kosong, kami ajak sekali ...
Disitulah bermulanya LADIES AT1-22 ....
Ya Allah, yang ni bukan setakat sekepala, tingtong semua sekali ada... dengan gabungan Erin dengan Fahtin, memang bilik tak pernah senyap ... (akan dirindui gaduh2 manja korang, plus lakonan korang, sitkom kita di petang hari) And bila sis dah start buat part time job, diorang mula panggil Mama (alasannya sebab sis cari rezeki untuk keluarga) melarat sampai ke ada Along, Angah dengan Adik, mashaa Allah akan rindu mereka, seyesly akan merindui mereka yang sentiasa amik berat tentang sis..
Baru2 ni kami ke Taiping untuk final hang out atau sis panggil Grils Day ... seronok sangat even mula2 kata nak ajak makan je tapi melalut buat benda lain .... *tapi nak minta maaf kat atin sebab x ada hadiah macam Adda dan Erin bagi* sob sob sob
Untuk sahabat2 bilik yang sangat disayangi kerana Allah s.w.t,
(Ni nukilan aku sebagai kawan bilik yer bukan MPM)
Terima kasih sekali lagi sebab sudi jadi roomates dengan aku sem akhir ni, aku tahu kita tak sekepala, banyak benda. Pada awal sem duduk sebilik, seyesly rasa tak masuk tu tapi aku cuba sebab bagi aku, bukan persamaan sahaja yang mampu mewujudkan hubungan yang baik tapi juga perbezaan dan kerana perbezaan itu yang menjadikan kita lebih menghargai antara satu sama lain. Sentap, terasa, marah memang akan ada bila kita berkongsi, aku minta maaf kalau2 aku pernah menyakitkan hati kau dalam bilik, usik2 kau dengan sesiapa dan yang paling penting adalah mesti kau tak tahan bila kena kejutkan aku kan? Hehehe.. Maaf atin tapi i need a time and effort to do that cuma satu nasihat aku "Belajar menerima kelemahan aku tu.." (Well, ada la sikit terasa tu tapi aku tak ambil hati lama2 sebab aku tahu kau pun tak maksudkannya, tolong maafkan aku sekali yer) .. Jujurnya walau aku tak rapat dengan kau, kau selalu ada kalau nak dengar cerita aku dan sorry to say kau selalu jadi orang yang terakhir dengar cerita aku ..lulzzzz (Aku tak salahkan kau sebab kau memang jenis tak amik tahu kalau benda tu tak melibatkan kau, that's good for you dear....sometime) . Terima kasih sebab bertahan ada budak ni atas katil kau setiap malam sampai bunyi krek krek krek, Dah la kau jenis senang terjaga. (Walaupun disaat2 akhir, jarang ada di bilik ..huhuhu) Thanks sebab jadi Along yang baik untuk adik2 masa mama pi kerja~ *emoticon tutup mulut* Lastly, semoga awak berjaya diluar sana lepas ni, mungkin kawin dulu berbanding kami yer sebab awak sorang je lagi yang tak kahwin dalam family kan?? huhuhuhu (Cepat mama dpt cucu..hehehehe). Semoga berjaya dalam perniagaan dan kerjaya awak yer sayang. I LOVE YOU SOOOO MUCH ATIN~
"Awak jgn pandang lama2 takut sy rindu cia cia cia"
Fatin Azreen,
Ni first time aku nak luah pasal kau ni ... *Baca tau* Thanks sebab sudi jadi roomates untuk dua sem ni.. kau memang kawan yang sangat2 caring weyh .. aku terharu plus happy sebab ada juga orang igt aku... bila aku tak makan kau bising? bila aku makan pun kau bising? (Maggi je kot...hehehe) First time aku jumpa kawan yang terlebih caring ni.. aku ingat lagi masa aku nak pi kerja, tapi aku tak breakfast lagi, sanggup la dia bagi dia punya kerepek apa ntah nama tu... lepas tu, ada satu hari yang aku dengan Atin nak pi balik rumah aku juga malam tu then kau bekalkan kitorang dengan bekalan macam nak pi trip 3 hari 2 malam (kata kau 'Takut korang mengantuk dalam kereta') seyes sweet sangat ada kawan macam ni, yang paling best, aku study 2 hari tapi tetap kau dapat full mark kuiz (Moral dia, markah tak mengenal tempoh masa study....lulzzzz). Dan aku paling seronok tengok kau happy, sebab kau masam kau x comel kecuali yg dibuat-buat... Aku minta maaf kalau ada buat kau terasa weyh, walaupun luarannya kental tapi aku tau hati kau lembut macam kapas beb *Sweet lak* Jangan selalu tengok telefon kalau kau tak nak power spek kau naik, jangan selalu sakit tau sebab lepas ni aku dah tak ada nak bagi koyok... Aku doakan kau berjaya jadi apa yang kau inginkan, mungkin seorang kaunselor atau pensyarah atau munkin juga guru kaunseling... huhuhu... Terima kasih jadi Angah yang kelakar dan Happy Virus dalam bilik kita...juga minta halal makan minum eh, ku pun sama...I LOVE YOU SOO MUCH ERIN~~~
Last but not least,
Azmatun Adawiyyah
Satu2 nya adik dalam bilik ni, akk nak ucapkan terima kasih sebab kamu bertahan dengan perangai sengal kakak kamu ni ... Akak tahu kadang2 kamu tak berani nak cakap apa yang kamu rasa since semua pangkat kakak dalam bilik but sometimes you need to tell us directly or maybe in private... Terima kasih sebab selalu ingatkan akak tentang solat dan banyak benda la... Lepas ni akk dah tak ada so jgn tgk KPOP sorang2...huhuhu.. jangan selalu hadap laptop, karang mama jual laptop tu *tutup mulut* huhuhu.. Akak minta maaf juga kalau akak ada guna barang kamu tanpa izin kamu dan terima kasih sebab jaga akak masa akak gastrik dulu..Allah s.w.t je mampu balas sebab sanggup kamu jaga akak sampai sanggup turun ke bawah untuk beli air susu bagi akak minum lapik perut,sapu minyak angin... subhanAllah, masa tu baru akak kenal adik akak ni baikkk sangat, selama ni jiwa tu kental je, jalan pun tak pandang kiri kanan. Dan akhirnya ikut jejak langkah dua orang kakak dia jadi MPM. Akak doakan kamu berjaya grad sama macam kami dan teruskan legasi kamu dalam bidang yang kamu pilih, inshaa Allah akan dipermudahkan. I LOVE YOU SISTER, URI DONGSENG~ (sebut macam Kim Jong Kook buat dekat Haha dalam Runningman tau)
malam2 buat sis nangis je la diorang ni, dah la tggl berdua je dlm bilik *sebab Adda dengan Fahtin dah balik*
Pesan aku :
"Jangan pernah lupakan aku kalau nanti korang dah pergi jauh or maybe aku yang pergi jauh. Jaga diri korang dan sentiasa jadi diri sendiri. Belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang. Kenangan tu akan ada sampai bila2 in shaa Allah akan dititipkan dalam tiap doa selepas solat. Kalian sebahagian daripada anugerah yang Allah kirim untuk bersama2 dengan aku mungkin bukan selamanya tapi cukup untuk seketika. Terima kasih kerana mengajar diri ini erti sebuah perhubungan dan kesabaran. Halalkan duit, makan dan minum aku sepanjang kita berkongsi bilik, dan aku halalkan apa sahaja perkara, barang yang korang pernah guna, ambil,pinjam. Chaljayo~~~~ Saranghae-yo uri chingu-deul~
Thank you for reading this entry~
Thank you for reading this entry~
Wahhh.... Sedihlahhh.. Maafkn kite jugakkk... Nk nangis tau time bace ni.. Halalkn makan minum n everything.. Kite doakn akk dpt ape yg akk impikan
ReplyDeleteHailah sedih membacanya kak
ReplyDeleteHailah sedih membacanya kak
ReplyDelete1/7/2016, 8.53pm,,, kite bace lg sekali,, sedih tau,, nangis ni.. ;(
ReplyDeleteassalamualaikum awk.. sy suka blog awk.. sy nak tanya sesuatu.. yuran pengajian untuk setiap semester berapa harganya erkk..??
ReplyDeleteuntuk kemasukkan yang baru ni harganya lain sikit daripada kami yang lama ni,
Delete