HIKING GUNUNG LEDANG

Assalamualaikum wbt .... 

Nak share la baru2 ni sis ada hiking with my classmate of Citra Sukan iaitu subjek Asas Medikal Rekreasi. Kalau tanya sis pasal hiking memang sis ke laut... (Thanks to someone yg bg nasihat macam2, daripada beg sampai ke baju dia pesan... huhuhu)

Bukan setakat tak ada pengalaman, tak ada geng hiking, tak ada peralatan hiking dan sebagainya ... pokoknya memang sis ZERO bab hiking. 

Nak jadikan cerita, subjek ni kena pulak hiking dan our lect pilih GUNUNG LEDANG dekat Johor ... sis bukan nak cakap apa tapi ini adalah kali pertama sis naik GUNUNG ... *tepuk bahu* sob sob sob 

Baca balik "....KALI PERTAMA NAIK GUNUNG" 

Kitorang pergi masa 25 Nov 2016 dalam jam 9 malam bas dah gerak ke kolej2 kediaman untuk ambil student. First time juga program ada 3 orang je urusetia termasuk sis (asalnya ada 6 tapi 3 orang tak sihat dan tak dapat pergi so drpd mula2 jadi S/U terus jadi Bendahari dan Timb Pengarah ... gigih )

Sampai di tapak kem jam 3 pagi gitu dan kitorang tak ada tempat tidur lg so boleh dikatakan 'merempat' jap ... again, sis berjaga sebab takut apa2 jadi (bertanggungjawab la jugak dah jadi 3 in 1 ni) Berjaga sampai subuh dek ada pelajar yang nak balik rumah, ada yg tak sihat dan sebagainya. (Masa tu minta gila jgn tingtong masa naik Gunung Ledang)


Sebelum naik pun dah penat, penat menjerit suruh 'anak2' masuk ke kumpulan...hahaha nasib ada Kamal dan Fika untuk bantu... 

Sebelum sis terus bercerita memang sis nak habaq awal2, kepada korang yang baru nak berjinak2 hiking dan first time naik gunung, mental kena kuat keh.. esp perempuan la.. Lelaki sis tak heran (eh, jgn marah ar)

Pendakian kitorang mula agak lambat dalam jam 9.15 - 9.45 pg .. sis tak ingat.. estimate mcm tu la agak2 yer. Mula2 naik semangat tapi nak ke Check Point 1 rasa dah nka give up. Ni apa yg sis rasa la sebab sis kumpulan ke 4 naik daripada 5 kumpulan. Huhuhu.. bila usha belakang, member dah tak ada ... (Tak kelakar weyh...)

\

Okay ak tak sure akk ni geng mana tapi aku main snap je asal nampak CP 1 tu...


Nama pun Bukit Semput, memang semput citer dia ... kitorang tengok belakang, memang separuh dah hilang tak sampai2 ke checkpoint tu .. Daripada 50 lebih student, 30 je yg ada kat CP1 .. Sis punya muka memang jenis merah2 kalau panas so member semua macam 

"Kau ok tak?"

"Minum air dulu," 


Even kenyataannya memang sis okay bila dah sampai CP 1. Naik ke CP 2, gigih weyh abg guide tu kata lagi 10 minit tapi sis tunggu tak nampak2 jugak sign CP 2 ... adeh~ cramp kaki


Okay abaikan model dalam gambar, sis nak tunjuk CP 2 tu je which is Hentian Meranti ... Tahniah Lisya~ *tepuk bahu sambil kesat air mata* tsk tsk tsk 


Masa ni kan, sis dah mula rasa mental jatuh separuh, member sebelah kasi support pun rasa nak tumbuk muka dia, dia tolak kita dari belakang memang rasa nak tampar awal2 (tapi tak buat la, mindset nya gitu la nak cakap.. nak membayangkan betapa mental breakdown dah start)


Masa dekat Simpang Pedita ni sis dah okay sikit sebab jalan dia mendatar plus jarak dia tak jauh dari CP 2 ... tapi berita tak bestnya bila Mr Guide tu cakap, kitorang terpaksa ikut jalan shortcut since kitorang mula lambat dan tak dapat la nak melalui Batu Hampar yang dibayang2 kan tu ... okay moody terus~ hehehe 


 Image result for batu hampar gunung ledang

Nah ni Batu Hampar (ehsan Pakcik Google)

So kitorang tak lalu la Batu Hampar ni ... lepas daripada CP yang ni , sis dah tak ingat dah CP lain sebab phone tak ada bateri, semua benda tak kena, sis pun penat nak melayan, penat nak cakap dan penat nak ambil gambar ... masa tu fikir "Cepat sampai, cepat balik" 

MIND WILL CONTROL YOU IF YOU DON'T CONTROL YOURSELF


Masa nak sampai atas tu dugaan paling besar adalah kau tak jumpa2 jalan ke puncak. Guide kata lagi 45 minit tapi sis tunggu tak sampai2.. Peluh dengan air mata pun tak tahu mana satu, dasyat sangat tu... Jalan terbaik bila sis solat dulu berbanding member lain sebab kita tak tahu apa akan jadi lepas tu ... ikut kata hati beb, moga Allah permudahkan hendaknya .. 


I should be thankful to this kind of things sebab sepanjang mendaki tu memang pakai benda ni supaya dapat bertahan... Sangat membantu. Selain daripada air dan zikir.. (Nak sampai atas memang mental breakdown betul.. )


Okay finally dalam jam 3.30 petang macam tu 

ALISYA, YOU DID IT~ 


Jangan cakap sis amik kat google eh, penat sis snap, siap pinjam powerbank orang sebab nak amik view ni .. 

Alhamdulilah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! 

Masa ni selain ucap syukur sebab dapat tengok ciptaan Allah swt, sis juga dapat berzikir sepanjang perjalanan. Zikir penguat untuk sampai ke atas.. MashaAllah amazing view, lega dia tu hanya Allah swt je tahu. 


Nah, lanje gambar kasut yg dah 'selamat' masuk tong sampah, sebab muka dah penat, tak kuasa nak selfie ke nak apa. View ni pun dah cukup bukti sis dah berjaya menawan Puncak Gunung Ledang.

Puncak cinta kita je belum sis tawan ciaaaaaaaaaaa ciaaa ciaaa

*Gelak la, sis buat lawak ni*


Turun bawah sampai 8.45pm dan tahniah kerana sis injured my ankle .. nangis weyh ... tak malu dah nangis masa ni sebab penat sangat bermain dengan mental. Kesian dekat member lain yg susah2 tolong papah sis .. Yg usik pun ada jugak. Turun tu sis memang tak nak makan, nak tidur je sebab sis tak tidur kan malam sebelum tu. En Alif, my lect kasi pelekat untuk letak kat kaki. Terima kasih juga Syahmina (if sis tak silap) sebab dia yang urutkan kaki, letakkan ubat dan suap sis makan malam tu, ikutkan memang tak nak makan dah tp sebab dia berkeras nak suap, tak sampai hati. Thanks dekat fika juga sebab orang lain tidur dalam khemah tapi dia kesejukan temankan sis tidur atas tikar kat luar. Sis memang buat kerja gila tak tunggu khemah siap, tidur atas tikar kat dewan terbuka tu. (Saya memang anti-sejuk, tapi kesian kat orang lain la). Terima kasih kat my leader team, Amirul tak silap namanya sebab sepanjang sis naik dan turun, dia sentiasa make sure sis okay. Sis berhenti pun dia berhenti. Nasib lelaki tau, kalau perempuan dah peluk ucap Thanks~ 

Moral of the story, prepare for the worst kata En Aliff .. tahniah kepada semua pelajar Asas Medikal Rekreasi yang join dan moga2 dapat result cantik untuk subjek ni sebab tak ada exam dan hanya bergantung pada penilaian dalam kelas dan pensyarah sahaja. GooD Job guys~ 


p/s : Act, sis ada ambil gambar dekat member lain tapi sis tak jumpa folder tu, sorry meh!! 


Thank you for reading this entry~ 







Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~