MOMENT OF 2016 (PART 2)
Assalamualaikum wbt..
Sambung balik part 2 untuk moment
sis yang bulan 10 sampai 12 keh. Keep on reading~~ Hwaiting~
Banyak jugak moment 2016 ni, tp
korang tak tengok planner. Penuh dengan tulisan. Kalau yang 2015 tu sis pun
pening nak baca. Hehe~
01 Oktober 2016
Hari Interaksi MENTION and I’ve
met Izzat Basar for the first time selepas 4 tahun tak jumpa. Nasib senior
setahun, kalau tak buat2 tak kenal terus. Cissss !! Hehe ~ (Redha je, siapa
suruh masuk Diploma dulu)
02 Oktober 2016
Wani J datang UKM visiti her
sister, Syazana. Lah, satu batch dgn adik dia pulak. Adeh.
ADAKAH INI JODOH?
Semalam jumpa bekas Ketua Batch,
hari ni jumpa Timb Ketua Batch. Korang berjanji ke apa ni?
2016
2012
04 Oktober 2016
KLCC Project. Satu group dengan
Anuar, Farnas, Anis, Yaya dan Evelyn.
05 Oktober 2016
Meet Mr Haikal@Jinwon and eat his Jajangmyeon.
Masshisoyo~~~
09 Oktober 2016
Cousin datang hantar kamera, Aiman Razeeq
12 Oktober 2016
Going to Taylor University for
culture programme.
13 Oktober 2016
I’ve met my team Usrah for the
first time. MashaAllah. They are so kind.
15 Oktober 2016
Met my officemate IAMM …..miss
them already. Almost 1 year dah.
18 Oktober 2016
Kerja lapangan di Pasar Malam
untuk subjek Komunikasi Efektif.
19 Oktober 2016
Jadi emcee untuk Majlis Pembukaan
Malam KPZ15 with Najwa Latif. Nervous gilorrrr! Met my partner emcee, Andy.
Unpredictable betul budak ni. I know he must be younger than me but he pretend
to be older. Choiiii!!
20 Oktober 2016
Andy message me saying that Abg
Azerai suruh mesej dia. Ah sudah!!
‘Aku buat masalah ke kat kolej?’
‘Aku kena buang kolej ke?’
Banyak sangat tengok drama ni.
But then….
“Ni yg emcee semalam kan? Malam
ni free tak? Abg nak minta dtg screentest teater……”
*gulp*
Memandai andaian kau,
Lisya. Tapi aku pernah nampak viral mesej pasal screentest ni dulu, berminat
jugak, cuma aku memang tak nak masuk teater. Kalau tolak, takut kena buang
kolej pulak. Try je la dulu.
Alkisah terus masuk teater~
22 Oktober 2016
Again, emcee for Malam Penutup
KPZ’15 di Grand Hall. Nak marah dekat Andy pun tak boleh. Partner tak ada malam
ni. Aish!!!! Sabo je la. Nasib adik~
27 Oktober 2016
Surat KONVO sampai rumah.
Mahalnya nak kena bayar. Adoiii!
02 November 2016
Ayah said Wafiy masuk wad sebab
sesak nafas. Terhenti jantung. Hope semua okay je, kalau duduk KK boleh la
balik tapi ni jauh nak balik pun. Syafakallah Acu.
05 November 2016
Member sekelas masa F1-F3, Afiqah
Alya kahwin. Barakallahu lakhuma wa barakah. Dah kahwin weyh. Teringat zaman
kita nyanyi lagu BPR dalam kelas dulu. Gangster2 kita, kau kahwin dulu.
TAHNIAH!
Photoshoot untuk teater. Adehh
tak pernah la kena posing macam2 gaya ni.
08 November 2016
My best friend konvo, Shahirah
Aqilah. Maaf tak dapat datang awak. TAHNIAH! Awak dah selamat konvo.
Sehari bersama wartawan with En
Azzman daripada Kosmo (Wartawan Meja Jenayah).
11 November 2016
Balik Perakkkkk. Eksited lepas
sebulan tak balik. Jumpa lect. Ya Allah rindunya.
12 November 2016
Amik jubah konvo.
14 November 2016
Appointment at Kajang Specialist
15 November 2016
Ayah said can’t come to konvo
*Mental breakdown*
18 November 2016
Taklimat konvo, rehearsal &
Makan Malam Alumni.
19 November 2016
Majlis Istiadat Konvokesyen USAS
kali ke 9. Ayah come. No! The whole family came for my big day. I love you~
Thanks for coming *nangis*
25-27 November 2016
Hiking to Gunung Ledang for citra
sukan. Need to skip Latihan Teater and Perkampungan IFEZ. Asif jiddan. *tepuk
bahu*
Injured!! Kena marah pulak balik
tu. Apalah dosa kau buat Lisya oi?? *tepuk bahu sendiri*
28 November 2016
Pementasan Teater Dima Apandi.
Nervous!! Hope it goes well~ *deep breath*
01 Disember 2016
Malam Penutup FESTER 2.0. Hanya
dapat Publisiti Terbaik. Tak menang dan I’m not hoping high because I know it
will hurt but feel sad at others esp Andy. You did well. We did well. Tapi
rezeki kita bukan kat sini. Sabar keh.
GOOD JOB THE PENDETA THESPIAN.
02 Disember 2016
Birthday ayah tapi kena jadi
moderator pulak untuk Chit Chat Corner with Ustaz Fauwaz dan Ustazah Fatimah
Syarha (serasa macam dah kali ke 3 or 4 prog dengan ustazah).
2016
2013
2015
03 Disember 2016
Dinner MENTION
04 Disember 2016
Malam Penutup IFEZ with UNIC.
Emcee partner with Faka.
05 Disember 2016
Malam Antarabudaya MENTION (first
year)
09 Disember 2016
Dinner Krew Dima Apandi
#RestInPeaceDimaApandi
11 Disember 2016
Daurah with team Usrah
14 Disember 2016
Emcee for Malam Apresiasi SUKEM
2016 and ayah mesej “Mak Tam sudah kembali kee rahmatullah…” and I didn’t sleep
the whole night because I miss umi. *nangis kuat-kuat*
16 Disember 2016
I’ve make a decision to go back.
Rasa tak sedap hati.
19 Disember 2016
Abg Fitri message in wassap group
‘Mohon doakan kesihatan Pak Su, sekarang di wad kecemasan Hospital PB… sesak
nafas..” (01;31am) and within 15 minutes, telefon ayah bunyi. I know something
went wrong when phone ayah bunyi jam 1.40 pagi.
‘Pak Su Lah meninggal…’
Innalilahi wa inna illahirajiun.
We are heading to hospital right
away.
Alhamdulillah itu je setakat 2016
ini. Banyak cabaran dan dugaan yang sis lalui. Walaupun bukan semuanya berlaku
pada sis tapi tetap memberi kesan dan peringatan kepada sis.
Tahun 2016 tahun sis sedih di
awal sebab dah masuk final year, tapi dipertengahan sis gembira sebab sis
dapat konvo dan sambung ijazah di UKM, di pengakhiran sis diuji dengan
kehilangan saudara terdekat. Sis tahu ada hikmah yang Allah swt nak tunjuk.
Yang paling penting, kita kena bersyukur dengan tiap apa yang kita dapat dan
terima. Ujian bukan bermakna Allah benci tapi sebagai tanda sayang kepada
hambaNya serta ujian untuk kita didunia. Bagi sis, selain daripada ujian, ia
juga peringatan kepada kita yang selalu leka dan alpa agar sentiasa mengingati
mati.
Mati itu pasti.
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya“. (Surah Ali Imran : 145)
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan“. (Surah Ali Imran : 185)
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”. (Surah Al Ankabut : 57)
Sama-sama kita renungkan kembali
apa yang kita dah buat pada tahun ini.
Adakah kita dah bersyukur dengan nikmat
Allah swt bagi? Atau kita masih merungut dengan ujian Allah swt?
Adakah amalan kita bertambah dari
semasa ke semasa atau iman kita masih berkurang dan bertambah ataupun terus
menurun? Nauzubillah, minta dijauhkan dari berkurang.
Adakah kita masih memikirkan soal
jodoh, soal masa depan sedangkan soal kematian kita tolak tepi walaupun umur
bukan syarat untuk mati?
Adakah kita masih marah orang
yang berdakwah dengan alasan ‘kubur lain-lain’ tetapi mengharapkan syurga Allah
swt?
Adakah kita istiqamah dengan
perubahan kita atau kita kembali kepada Jahiliah?
Sis mengingatkan kepada diri
sendiri dan readers supaya kita sama-sama perbaiki diri. Kalau kita bukan orang
baik, berusaha untuk jadi baik.
Kalau kita sudah baik, usaha
untuk jadi lebih baik dan berterusan.
Sekarang musim exam, sis tahu
ramai daripada kita yang belajar untuk lulus. Kalau kita tengok senarionya
adalah masing-masing mampu untuk dapat pointer baik jika berusaha untuk
belajar. Begitu juga dengan akhirat, anggaplah kehidupan kita didunia sebagai
STUDY WEEK dan Syurga sebagai ‘pointer terbaik’ kita suatu hari nanti. Mudah-mudahan kita juga mampu untuk 'study' bagi mendapatkan 'pointer terbaik'. In shaa
Allah amin.
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment