TRIP TO TELUK SENANGIN

Assalamualaikum wbt .. Cuti 3 mingu terus lupa eh nak update blog...

Kisah mingu lepas tapi baru nak update. Jangan marah hah ..

4 Februari hari tu kitorang ke Teluk Senangin. Mula2 sis tak nak pergi asbab yg tidak dapat dielakkan. Sampai kawan sis, si Mardhi dengan Ummi Kamila pujuk bagai nak gila. Sis fikir dulu. Adeh. (Pujuk sampai sanggup call, giler tak giler)

Bila sis tanya Ummi, dia cakap 8 orang je pergi. Masa tu sis berbelah bahagi nak pergi ke tak nak sebab tak ramai maksudnya sorang kena bayar lebih hehehe.Tapi bila difikir2 balik sis tak tahu bila sis dapat jumpa diorang pulak. Dengan kesibukan program di U lagi. Cuti sem pun paling lama 2 bulan so sis decide nak pergi. Tahu bila?

DUA HARI SEBELUM TARIKH TERSEBUT. *gigih nok.. masa tu hanya bagitau Mardhi dengan Ummi je. Yg lain tu sis suruh diam je dulu sebab nak suprise .. hahaah suprise sangat ..

3 Februari malam tu sis, Mardhi dengan Ifwat ke Ipoh untuk ambil Sakinah dan Ummi. Nak shopping bahan buat BBQ katanya ..



Bila sorang lelaki dengan 4 orang perempuan shopping memang ke laut citer dia. Hahahaha. Dekat Mydin tu macam 'berperang' padahal nak beli barang je pun. Menggamit memori betul.

Indeed, cara lelaki dengan perempuan shopping memang berbeza. Nak marah dia pun tak sampai hati. Tabah lah nak.

Jyeahhhhhhh it's 4th Februari.. pagi tu bangun lepas subuh, sis dengan Mardhi siapkan sandwich untuk kitorang berkelah kat tepi pantai Teluk Senangin. Memandangkan di saat akhir Basir dapat join so kami terpaksa bahagi kereta kepada dua.



Kereta Mardhi (Team Kuala)
sis, Mardhi --> ambil Saadul dengan Faez dekat rumah Ifwat --> Ambil Basir --> Bergerak ke Bota untuk ambil Shahrul



Kereta Ifwat (Team Ipoh)
Ifwat --> Ke Ipoh untuk ambil Ummi dengan Sakinah --> Ambil Aiman --> Ke Sri Iskandar untuk ambil Alia Natashah


Rindunya bila tengok muka2 diorang, rasa macam baru first sem kat kolej. *Lap air mata*

Plan awal nak tunggu kat Masjid Bota untuk  gerak sama2 tapi at last, kereta diorang gerak dulu ke Teluk Senangin. Pergi awal pun bukan boleh check in chalet lagi sebab masuk pukul 2petang.


De'Idaman Chalet


Kami sampai je, masing2 acah retis .. bentang tikar je terus 'BREAKFAST' weyh jam 12 tu .. hahaha .. macam-macam makanan ada.





Petang mandi laut. Lelaki je la. Kitorang duduk saja tunggu sunset.



SUNSET~ 

Sy tak perlukan matahari kalau awak dah menerangi hari2 saya cia cia cia ... hahahahaha



Malam ada BBQ, part paling best sis dapat tengok member lelaki tolong potong kobis, masak ayam, buat air (Lelaki lembut? oh please, siapa cakap perempuan je boleh masak? See the leg la. Respect tau).




Api boleh menjadi penerang di kala malam gelap tapi ia boleh menjadi musuh dengan membakar.

Hope 'Cerita sini habis sini' 

tapi kalau 'Cerita sini, sembang dalam group je boleh kot'



5 Februari

Bangun pagi dengan hujannya, sejuk bak hang --> Breakfast --> Get ready untuk check out



Balik pun berpecah jugak sebab nak hantar Shahrul di Bota. Then lepak dekat Ipoh kejap for the last. Hantar Aiman, Ummi, Sakinah, Saadul then baru gerak ke rumah sis. Thanks sebab hantar sampai depan pagar. Rumah sis satu2 nya belah utara so agak kesian dekat member yang kepenatan. Tapi kepenatan tu Allah swt moga Allah swt balas dengan berkekalannya ukhwah kita.


Basir belanja~ thanks


Allah swt sebaik-baik perancang tau. Pada awalnya sis, Basir, Saadul dengan Faez tak dapat pergi tapi lastnya jumlah bertambah jugak. Thanks.

Pada orang lain, mungkin menganggap vacation ni sebagai membuang masa tapi Alhamdulillah ada antara kami yang menggunakan masa yang ada untuk pengisian yang bermanfaat. (Kalau cerita sini, jadi riak pulak so abaikan)

Tahu tak apa yang paling sis syukur? 

Allah swt hadirkan kawan2 yang bukan sekadar ada waktu senang tapi ada waktu kau susah. Sis akui banyak kelemahan sis pada mata kawan2 tapi diorang terima seadanya (selepas di 'bahan' la). hahaha..

Banyak nasihat diorang untuk sis di tempat baru. Buat itu buat ini. Ada yang boleh buat, ada yang tak boleh buat. Hadoiii Jangan lupa makan, biar gemuk asal makan. bla bla bla ... banyak weyh pesanan. Kalau boleh buat pesanan khidmat masyarakat ni dah lama sis buat.

Serasa cepat masa berlalu dan masing2 dah besar. Entah dengan siapa diorang akan end up cuma doa sis untuk diorang untuk dapat yang terbaik dunia dan akhirat. Kawan selamanya. Aminnnn .. (Readers tolong amin sekali keh)

Image result for ukhuwah persahabatan

Terima kasih Allah swt sebab hadiahkan mereka semua

cc kepada mereka yang bergelar sahabat. Love you~ 

Thanks Love

Thank you for reading this entry~ 



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~