[170525] MALAM MENTION7HARI

Assalamualaikum readers ... masih ingat tak hari tu sis cakap sis ada buat short film or else ada tak sis cakap sis ada production which is our assignment yg kena buat short film?

Oh korang tak baca eh entry sebelum ni? kantoi...ok sis maafkan, so blh tekan link bawah untuk baca balik keh ..


If korang tak baca juga sis nak merajuk sebab korang tau tak betapa penatnya sis spent masa untuk tulis benda ni hiihihihi ... plezzzzz baca ... 

okay untuk Malam Mention7hari ni actually adalah sebagai tanda penghargaan kepada production yang dah bersusah payah menyiapkan filem pendek diorang. Superb awesome sis cakap ... hahaha so sebelum sis share keputusan untuk anugerah2 yang ada, sis nak cakap dulu siapa Juri2 istimewa untuk Short film ni .. 

Juri-juri Short Film @Mention7hari


Hasrul Hashim - Phd Candidate The University of Western Australia


Dr. Rosya Izyanie Shamshudeen - Lecturer, Faculty of Modern Language & Communication UPM


Alfie Palermo - Award Nominated Scriptwriter (Penulis skrip Hikayat Putra Shazlan, Juvana)


Khir Rahman - Actor


Datuk Ahmad Izham Omar - CEO Primeworks Studio


Antara tema filem yang kitorang dapat untuk setiap production (Based on cabut undi keh)


UNICORN PRODUCTION - HORROR (BANGKIT)


LEGIT PRODUCTION - HOLIDAY FILM (IF)


TEN PETALS FILM - BUDDY  (TERBANG)


VARSITY PRODUCTION - COMING OF AGE (JANTAN)


KERABAT PRODUCTION - FISH OUT OF WATER (TERIKAT)


MINUS PLUS PRODUCTION - ROAD MOVIE (JEDA)


OH! EH! PRODUCTION - FILM DE FEMME (NISA')

If korang tanya sis short film mana best, sis suka semua sebab memang production masing-masing terbaik . Bukan senang utk buat filem dalam masa 7 hari keh. Berat jugak nak tentukan jadual antara member dalam group tapi demi assginment dan kegigihan, kita kena buktikan kita blh buat. Betul tak?

Secara keseluruhannya sis sangat suka dengan tema yang setiap orang bawa, movie ni kena tonton dgn baik bukan sesaja (kata Abg Khir Rahman), so sebagai penggiat seni (ecewahhh..) kita kena hargai even short film. Oh ya untuk pengetahuan readers, kitorang ada syarat tertentu dalam pembikinan short film ni which is 

Prop WAJIB : BERUS JAMBAN 

Dialog WAJIB : BAGILAH! BAGILAH PEGANG! 

Watak WAJIB : PEMAIN BOLA 

Mula2 rasa susah je nak buat dialog ni tapi sebenarnya untuk buat filem korang kena kreatif dan inovatif seyh... bukan ikut cerita yang selalu kau tengok kau TV tiap petang tu tapi kau kena fikir di luar kotak. Untuk hasilkan sebuah filem yang menarik, dan penuh dengan mesej tersendiri. Gituuuuuuu.... cakap macam pengarah filem berpengalaman hahaha ( inshaa Allah one day keh) 

So ini adalah keputusan akhir untuk semua anugerah yang ada ... ohoooooooooo


BEST DOCUMENTARY AWARD - ASING (TEN PETALS FILM)


BEST POSTER AWARD (BASED ON LIKES) - TERBANG (TEN PETALS FILM)


BEST USE OF PROP AWARD - JEDA (KERABAT PRODUCTION)


BEST USE OF LINE AWARD - JANTAN (VARSITY PRODUCTION)


BEST CINEMATOGRAPHY AWARD - TERBANG (TEN PETALS FILM)


BEST SETTING - TERBANG (TEN PETALS FILM)


BEST SCRIPT AWARD - IF (LEGIT PRODUCTION)


BEST EDITING - TERBANG (TEN PETALS FILM) 


BEST ACTRESS - DIANA JOHARI (KERABAT PRODUCTION)


BEST ACTOR - SYAFIQ SALLEH (KERABAT PRODUCTION)


BEST DIRECTOR - IF (LEGIT PRODUCTION)


BEST SHORT FILM - IF (LEGIT PRODUCTION)




Dr Sabb & Danish (Ketua Pengarah MM7h)

Terima kasih buat Dr Sabariah Salleh selaku pensyarah subjek Penulisan Skrip & Apresiasi, memang best sebab subjek ni tak ada exam tapi kena terlibat dengan semua fieldwork yang beliau tetapkan. Kena ikutlah. Siapa kata jadi budak Media kena abaikan disiplin? Kitorang la yg kena ad deadline bagai tu . Kena hantar ikut waktu, tak ada masa untuk last minute call. Huhuhuhu

Terima kasih juga buat talent2 yang terlibat untuk production especially Filem Nisa', walaupun kita tak menang tp sis yakin kita dah buktikan kita mampu juga hasilkan filem yang berkualiti. If bukan sekarang pun, in shaa Allah one day keh. 



Terima kasih buat coursemate yang dah bersusah payah untuk adakan Malam Mention7hari ni, korang memang superb awesome and terbaik weyh. Seronok juga dapat pengalaman baru bekerja dengan korang daripada mula sampai akhir. 


Terima kasih buat teammate, Oh! Eh! Production yang sama2 bersengkang mata shooting, menulis skrip, perah otak sampai mereng. Berhuhu haha ditengah malam di fac macam fac tu kita punya, bersusah payah demi teammate lain. Aku tak boleh buat tanpa korang, seyes talk weyh. Sayang sangat dengan team ni sampai rasa nak buat sampai akhir study kat sini.  Sorry juga if aku tak banyak bantu korang. 

Sorry untuk semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sumpah Sayang! 

Oh ya tema kitorang utk Malam Mention7hari ni ialah 'EVENING DRESS' so sorry la x ikut tema hahahaha, and sis nak share short film diorang but tak jumpa plak link yg diorang bg. Nanti if diorang bagi izin and sis dah jumpa link tu, sis share keh~ 


SALAM RAMADHAN MUBARAK to all muslim around the world~ 

Thank you for reading this entry~











Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~