[160229] FORUM KEPIMPINAN : PEMIMPIN AWESOME

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tamat Pilihanraya Kampus (PRK) dan keputusannya memang di luar jangkaan, jangan risau, sis tak nak share dkt entry kali ni. 

For the time being, orang sibuk membentang manifesto, sempat sis di jemput untuk menjadi moderator, walaupun tiada bayaran, siapa kisah? yang penting pengalaman, buat apa bayar 2K, 3K tapi program tak dapat sambutan pun ..ewahhhh #JanganKecamSis

Okay move on, actually ni antara salah satu program daripada idea my dear friend, Saudara Nazirul Auni.. last minute punya program sampaikan tetiba jadi program sahsiah. Tak salah pun since this programme really open up our mind. Yang salah bila uolls jadi pemimpin yang diktator atau tak jalankan amanah dengan baik .. 




my pic tak ada tapi sis still credit nama sis ada.. hehehe~

Untuk pengetahuan, ni adalah pertama kali sis dijemput jadi moderator. Actually, dulu pun ada satu jemputan daripada Yb Kamil (ADUN Manong) di kediaman beliau tapi atas faktor kesihatan, sis terpaksa minta kawan sis gantikan .. *rugi la jugak* sebab ada bayaran ..ehem, baca balik ayat dekat atas Alisya (geleng kepala)



Sepanjang forum berlangsung, Alhamdulilah semuanya hadir..

'TERIMA KASIH ADIK2 SAHSIAH'




Pengalaman jadi moderator pada kawan sendiri memang tidak dinafikan sis asyik gelak je, bukan apa, diorang ni buat statement yang lawak (Nama pun santai) .. but sis tak pernah tak cakap yang mereka ini adalah diri mereka sendiri. Sis suka kawan dengan diorang sebab diorang jadi diri sendiri, tak perlu hipokrit. Mungkin orang yang pertama kali kenal Saudara Nazirul Auni akan kata dia jenis tak jaga mulut, mulut lepas dan banyak lagi la tapi bagi sis once dia cakap, apa yang dia cakap semua betul. Yang cakap lepas tu bukan apa, mungkin bagi yang perempuan macam sis, first time dengar akan sentap tapi kata2 dia banyak motivate sis. 

Dia antara orang yang percaya sis boleh pergi jauh dan cakap dia bangga dengan sis. Sis kenal Saudara Nazirul Auni dari semester 1 lagi cuma tak rapat masa tu. Sama2 join Kelab Steadfast .. Finally, dia juga rakan siswa MPM sis.. well, kalau dah namanya Exco Perhubungan Korporat memang tak akan lari dari muka kami berdua ...ewahhhh masuk bakul angkat sendiri.




Selesai Majlis, bersama moderator yang kiut miut dan Ahli Panel yang super duper awesome :


Ahli Panel 1 : Saudari Fahtin Farahana Abdullah Sani (tak kenal buka balik entry MPM sis okay)

Ahli Panel 2 : Saudara Nazirul Auni (ni pun sis ada cakap pasal beliau di entry sebelum ni)

Ahli Panel 3 : Saudara Adib Hussaini (Mantan Pengerusi Pewaris)




Thank you siapa yang hadir memberi sokongan kepada program ini dan masa ni masih ada lagi bahang-bahang pilhanraya.. bersama-sama dengan calon MPM kita .. hoyeahhhh~

[FORMAL STATE]



Kami ni jangan diberi gambar tak formal, habis semua perangai gila tu datang .. hehehe .. 




Ni roomates sis untuk semester ni, Salam perkenalan yer.. in shaa Allah atas permintaan dari adik dorm, sis akan tunaikan nanti untuk entry roomates yer tapi kena tunggu hari terakhir la.. sebab nanti sob sob sob... nangis lohhh~ kantoi la nangis ...


Apa pun terima kasih kepada Pengarah Program, Saudara Aqil Tarmizi yang berjaya melaksanakan program yang menarik serta rakan-rakan mentor yang turut mengambil bahagian antaranya adalah Farah Syakirah, Fatin Azreen, Shahida Samad, Ummi Kamila ..special dedicate untuk En Hafis, our councelor yang memberi keizinan untuk pelajar sahsiah turut serta. Kepada adik2 sahsiah yang sudi hadir esp adik2 sahsiah 1 (Kump 2) dan adik2 sahsiah 4 (kump 1) , korang adalah bakal pemimpin awesome.. jangan risau, kalau tak awesome pun, kalian tetap awesome di hati sis ..cia cia cia #PickupLine pulak.. 


Satu perkongsian yang sis nak kongsi masa sesi soal jawab hari tu, ada seorang pelajar Syariah yang bertanya :


"Kenapa dan bagaimana kita nak mengajak orang yang agamawan ini untuk sama2 turun main bola di padang misalnya, supaya mereka bercampur dengan pelajar2 biasa,"


Sis terkesan dengan soalan adik ni, disebabkan sis bukan ahli panel jadi sis buka pada ahli panel 3, Saudara Adib Hussaini.. jawapan beliau 


1) Orang agamawan khususnya menganggap diri mereka ni lebih baik sebab ilmu mereka lebih tinggi berbanding orang lain. Bercampur dengan orang-orang biasa buatkan mereka tak biasa.

2) Hudznuzon/ Bersangka baik (Mungkin tak pandai main bola kot)


Sis tak ingat semua jawapan tapi sebahagian yang boleh sis simpulkan kepada jawapan Saudara Adib ni,

Sebelum kamu bertindak, berfikir sebagai seorang manusia, seorang khalifah dan seorang hamba di muka bumi. Ilmu Allah s.w.t sangat luas. Kalau kamu duduk di dalam suasana kolej Islam, kalian yang agamawan ni pasti tahu semua pelajar di sini Islam, kenapa takut nak bercampur dengan mereka? sedangkan kalau kos Kaunseling misalnya, mereka juga ada tertulis Diploma Kaunseling Islami (subjek yang mereka ambil juga, subjek-subjek Usuluddin, mungkin tidak sedalam apa yang kalian belajar tapi mereka belajar asas subjek tersebut). 

Malah, kalau belajar subjek Dakwah Islamiyyah yang sis ambil dulu, ada tugas2 sebagai seorang pendakwah. Jadi apa kiranya kalian belajar agama tetapi duduk dalam kelompok agamawan semata-mata? Bukan semua tapi kebanyakkannya. 

Wahai sahabat2 agamawan sekalian, pesan sis, Nabi memang ajar supaya memilih kawan yang baik tapi Nabi tidak pernah ajar untuk tidak berkawan dengan mereka yang tidak baik amalannya. Boleh jadi orang yang kalian nampak jahil, tidak menutup aurat, tidak solat, dia yang akan ke Syurga dulu apabila dia melakukan taubat nasuha. Apa kalian boleh jamin kalian masuk ke syurga? Sis sebagai sebahagian daripada golongan mereka sebenarnya terkesan sangat2 sebab sis bukan dari sekolah agama tapi sis nak belajar sesuatu tentang agama dengan lebih mendalam tapi disebabkan sikap-sikap kalian yang agamawan buatkan ramai takut untuk mendekati Islam, takut untuk mempelajari agama sendiri. 

Sis harapkan dengan ayat-ayat sis mampu membuka mata mereka2 yang ada sikap2 seperti ini. Jangan bijak berhujah di laman Facebook, Twitter, Wechat tapi tidak pernah cuba menyelami hati orang yang kalian dakwah. Bimbinglah mereka selagi mampu, walaupun sedikit. Kalian bercakap soal hati tapi adakah hati kalian bersama-sama mereka? Fikir2 kan.. Wallahualam~






p.s : Dulu sis suka buat novel tapi sis suka simpan sendiri je, so korang kalau nak, sila komen NAK dekat komen bawah yer~



Thank you for reading this entry~






Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~