ACTIVITIES DURING MID SEM BREAK [SEM 6]

Assalamualaikum w.b.t readers.. Alhamdulillah tinggal berapa bulan je lagi nak masuk Ramadhan, hope dah ganti puasa yer… *tashabarrr nak puasa tahun ni*


[160312] MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST

                Okay, last  two weeks sis telah pun selesai mengambil MUET a.k.a Malaysian University English Test .. so MUET ni kalo adik2 nak tahu WAJIB ambil kalau nak sambung Degree/Ijazah (Ayat nak bagi senang faham) Sis ambil MUET last minute, sedih la jugak sebab kalau tahu baik ambil awal sem..


Candidates~

                Pengalaman pertama sis actually even dah banyak kali exam tapi ni exam English woi… siapa tak takut? Sis kalau exam biasa, okay lah dpt A masa zaman sekolah tapi tak pernah lepas pun exam besar (PMR,SPM) asyik dapat B .. *sis rasa bukan masalah pada speaking tapi grammar… kot la*
                Sis suka speaking even masa intern dulu pun seronok jumpa foreigner tapi entah lah.. maybe sis kena tanamkan suka English tu dalam hati kot ..


Love this couple, husband is architect while his wife is lect .. She superb!!



Meet this kid at Children Library 


This is my friends from South Korea, ANYONGGGG!! hehehe


Okay act bukan sis nak cerita pasal MUET tu je tapi sis nak cakap yang masa MUET tu sis demam … Allahu, hanya Tuhan je tahu macam mana rasanya berhempas pulas nak dapat Band yang okay tapi DEMAM.. ujian kecil dari Allah s.w.t .. lepas dah baik demam tu, sis fikir-fikir balik.. Sis terima kalau dapat band 1 sekalipun, sis memang tak mampu jawab masa exam sebenar sebab pening kepala yang amat .. ada la tu hikmah Allah nak tunjuk.. redha dan tawakal la lepas dah usaha.. (Plus sekarang ni cuaca tak menentu, panas sangat2, sis nasihat kan korang minum air banyak2)
Lepas habis je MUET, gigih angkat beg ke stesen bas, nasib tak pitam.. panas weyh toksah habaq..
Alhamdulillah sampai jugak ke rumah.

Btw, mesti ingat sis gila sanggup balik dalam keadaan demam di tengah panas terik tu kan? Actually, sis nak meraikan kenduri kahwin sepupu sis di kampung… ingatkan sempat la pergi tapi balik tu terus collapse.. btw, Alhamdulillah …mabruk my cousin, Kak Farah Syuhada dengan pilihan hatinya, Abg Ewan .. ewahhhhh *latar belakang lagu Saloma –Selamat Pengantin Baru*


Majlis Akad Nikah 


Apabila ibu dan bapa saudara bergabung .. wakakaka *find my dad!!*



Keluarga Besar Mat Saaid *12 Beradik lullzzz*




Kak Farah & Abg Ewan

Barakallahu Lakuma Wa Barakah Alaikuma Wa Jama’ Bainakum Fi Khair (tetiba lagu Maher Zain)… Moga Allah s.w.t. jadikan kedua-duanya pasangan yang disatukan sejak di Loh Mahfuz, moga berkekalan hingga ke akhir hayat, ke Syurga Allah hendaknya.. berikan mereka anak,cucu yang soleh dan solehah juga tuntun hati mereka ke arah keluarga Sakinah, menjadi suami dan isteri yang taat kepada pasangan, juga taat kepadaMu .. aminnnnn

p.s : Maaf Kak Farah dan Abg Ewan.. tak sempat pergi kenduri, tak sempat jumpa even tak sempat cakap pun .. hanya wassap pengganti diri ini …


Next, masa cuti mid sem break hari tu jugak, dengan secara rasminya, sis telah berpindah ke rumah baru yakni ke kampung la.. hahahah nak tahu kat mana? *pm bawah* hahahah .. dengan keputusan drastik itu, sis terpaksa la menyibukkan diri mengemas segala barang-barang purba / khazanah lagenda dalam rak buku tu… jumpa la balik kertas2 zaman SPM, buku sahaja dah 2 kotak besar.. (Kena faham la sis ulat buku) … memang penat dia menyebabkan sis terus baik demam … 

(sis nak minta maaf pd kawan2 sis sebab tak tolong diorang cari dana program masa cuti ni, lullzzzz maaf sesangat)



p.s : Jemput la datang la rumah kalau sudi~ Muka mereka kepenatan walaupun nampak ceria, maafkan saya .. 



Sis tak habis kemas lagi, so kalau kawan2 nak tolong pun boleh ..ewahhhh.. masa dah nak hujung-hujung cuti tu, kakak sis yang sulung balik ke rumah, cuti jugak so kami pun hang out (bukan berdua tapi berempat)

Sebelum tu masa cuti ni jugak sis kena jagakan sepupu sis.. Nana, idok ler jaga budak pun, dah besar dah dia.. dulu kecik je .. sekarang mkin cantik kot... sis kena hantar dia balik ke asrama memandangkan ibunya ke luar negara ...



Pertama kali masuk ke kawasan MRSM, dulu sis asrama jugak tapi bukanlah MRSM .. huhuhu..






Buah hati sis!


Konon nak tengok wayang cerita MUNAFIK tapi terbawa si Irfan so mula la sesi ber’gaduh’ depan kaunter tiket, nak MUNAFIK or BOBOIBOY THE MOVIE .. sangat-sangat pening akak cashier tengok weollss gaduh, ghope gaduh rampas laki orang je.. hahaha.. lastly, tahu ke apa weolls tengok? Hah , tu lah dia.. next entry sis akan share dengan korang Movie Review filem yang kitorang tengok .. tunggu keh .. 

Teka la dulu ~ 

MUNAFIK atau BOBOIBOY THE MOVIE?


Thank you for reading this entry~

Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~