[160327] SELAMANYA PEWARIS~
Assalamualaikum w.b.t settle
program lepas, so program ni adalah program terakhir sis.. in shaa Allah, tak
mau ada job lain dah unless penting sangat2 ..
Btw, untuk entry kali ini, mohon
sedia tisu sebab blogger tak dapat nak sediakan since ia akan nampak pelik dan
sangat menyeramkan kalau laptop korang tetiba ada orang sua tangan bagi tisu ..
huhuhu
Pertama sekali, sis akan bahagi
kepada dua bahagian iaitu FAMILY DAY & LE’ MASQUARADE … Nak cerita campur
nti korang tak faham so kita terang satu2 bagi semua faham.. hehehe
FAMILY DAY
Program
ini sebenarnya telah dirancang sejak sem lepas lagi tapi asyik tertangguh dek
beberapa faktor tambahan. Pada awal sem hari tu sis telahpun mengambil
keputusan drastik untuk meletakkan jawatan (sembang macam jawatan kerajaan..lulzzzz)
sebagai Unit Protokol program ni tapi sis tarik balik sebab nak last program
sama2 dengan kawan2 plus Pengarah Program pulak saudara Basir Arsat, kawan sis
yang paling setia… ewahhhhh
Sis pun teruskan even memang
kerja sis tak jalan dengan sebaik mungkin, bukan apa, sis tak sihat plus MUET,
plus pindah rumah bagai.. mahu tak pishangggg tapi rasa ‘malas’ tu act makin
meninggi since dah last sem .. okay nampak tak permainan dia.. maafkan saya
Basir~ (alasan..alasan)
Proceed
kepada program eh~ masa last meeting tu agak jammed otak sebab ada unit tak
datang, ada yang tak settle lagi.. macam2 la masalah yang timbul pokoknya tapi
jangan risau semua unit kami adalah berpengalaman dan majoriti pernah menjadi
pengarah program..huhuhu..masuk bakul angkat sendiri nampak...*angkat kening*
Kami
siap masak lagi jam 4.00 pagi tak hengat dunia, orang tidur, kita berpung pang
pung pang di dapur, membantu unit makanan, bantu si Alia Natashah menyiapkan
sosej goreng.. sebab jam 7.00 pagi nak
kena ada di Lobi Pentadbiran kolej..
Sebagai
unit protokol, memang kena titik beratkan soal masa , masalahnya jam 7.45 pagi
pun orang masih tak cukup.. masa tu rasa nak pi rumah ke rumah kejutkan diorang
bangun. Sudah tahu ada program, minta la kawan kejutkan *Fuhhhh relaks2 jangan
marah..okay x marah* Apa-apa pun sis ucapkan terima kasih dekat Fithri a.k.a
Tenten dan Razizan Razak a.k.a Faiz Jjang sebab tolong sis atur peserta. Protokol sorang je kelam jugak kadang-kadang.
Akhirnya setelah berhempas pulas menelefon, wassap dan menggunakan segala
teknologi media yang ada, jam 8.30 pagi baru gerak.. (Maafkan Protokol yer Tuan
Pengarah) ..
Siapa punya kerja gi snap masa ni?
Hanya Tuhan je tahu masa dalam
bas dapat tahu ada budak kena tinggal.. nasib Shahrul dapat cover (Thanks
Shahrul Shahperi) .. siap berhenti dekat RnR lagi .. okay itu sis tak nak
cerita … skippppp ~
Sampai dalam 9.45 pagi macam tu~
Turun je dari bas, terus feeling
berada di taman impian dan sedang shooting lagu Najwa Latif, Satu Hari Nanti hehehe…
bukan apa…sebab banyak sangat belon helium dekat situ.. best2 (Tahniah unit
yang buat hiasan gitu)
Basir jual belon ke?
Banyak juga akitviti yang kami
buat, dan yang paling penting sis nak ucapkan WELL DONE pada senior-senior yang
sudi turun padang.. kadang2 kita ni bila dah habis kerja kita, teruskan kita
tak join dah tapi mereka adalah senior daripada batch pertama yang tubuhkan
Kelab PEWARIS ni .. Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi my senior ..
kumpulan SENIORITA....
Masa ni jawatan Unit Protokol
sudah ‘ditinggalkan’ jauh- jauh sebab on the spot kena turun pangkat masuk Unit
Pengisian Aktiviti bantu si Shazwan Hamzah a.k.a Epy hehehe ..
Berbincang untuk next game..abaikan aura retisss tu..
Antara aktiviti yang
dipertandingkan adalah :
KASI SUMPIT ITU STRAW, ELEPHANT
WALK, TIUP BELON SAMPAI PECAH, KASI MASUK ITU BENANG, BELON AIR, ISI AIR DALAM
BOTOL…
Demo cara-cara menyumpit..
Tembak doa untuk finallll...fuuuhhhhh
even elephant cannot walk straight...hahaha
hah macam ni la dia elephant nya..
Takut belon adik Aisy kita ni..hehehe..
Apabila lelaki cuba untuk memasuk kan benang ke dalam jarum..hahaha..
Ni urutan tunjuk langit ke apa?
kakak payung satu gambar ATTACK ATTACK!! eh eh eh ewaaahhh...
Kita layan satu enrgizer ..dan sampai sekarang sis masih dok eh eh ewaah lagi ...kihkihkih
Dan petang itu lepas solat Jemaah
di Taman Tasik tu, aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingan
SUCI DALAM DEBU, MENCARI SI
KARUN, MUSIC CHAIR DAN TARIK TALI….
1,2 TARIK!! *kasi tumbang itu lembu*
Antara gambar kumpulan yg sempat di rakam
Kumpulan je? Mana adil.. krew pun nak jugak payung gambar...
Tulang belakang saya!!
Seronok sangat, nak tahu ke
kumpulan mana yang menang bagi tiap pertandingan? Hah aktiviti sebelah malam
nanti sis cakap keh, kita bagi suspen .. Jeng jeng jeng~
Habis semua aktiviti dalam jam
4.30 petang dan kami masing-masing naik bas untuk ke Masjid Daerah Taiping yang
terletak berhadapan dengan Stesen Bas Taiping.. rehat dan siap2 di sana Malam
Gala Warna Warni atau Le’ Masquarade .. kenapa Masquarade? Sebab tema kami
adalah The Phantom of The Opera, hah pernah tengok filem Princess Protection Program? Lakonan
Selena Gomez dengan Demi Lovato tu .. hah, tema macam tu lah, pakai topeng..~
LE’ MASQUARADE
Jam 7.45 malam selesai solat
Maghrib di masjid, kami terus bergerak ke Hotel Seri Warisan Taiping,
julung-julung kali jugak la diadakan dinner di hotel.. kalau sebelum ni, kami
hanya buat di Restoran Nasi Ayam di Ipoh. Malam ni punya unit adalah orang lain so sis tenang la sikit sebab jadi
VIP .. hek hek hek..
Permulaan majlis agak drag masa
mungkin atas faktor menunggu kedatangan VIP kot… hah, masa ni semua pakat-pakat
nak selfie dekat pelamin yang disediakan di tepi pintu masuk dewan.. pelamin
weyh! (Tahniah unit Hiasan Pentas kerana menyediakan hiasan yang awesome
kebaboom, nanti kalo sis kahwin, jemput team korang boleh? Hehehe)
Selesai ketibaan tetamu kehormat,
,majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Saudara Akmal Fahmi, our Exco
Nasyid yang baru .. moga Allah s.w.t jadikan majlis berjalan lancar dan diberkati
.. in shaa Allah ..
Oh ya lupa nak cakap, partner sis
untuk Unit Protokol di sebelah malam ni adalah Ra’a *Buat elok2 jadi unit
Protokol tu*, jangan pelik keh, sis pun tak sure nama penuh beliau apa tapi junior
sis la. He’s funny keh. Selamat belajar
menjadi Unit Protokol~
Emcee pada Le’ Masquarade pada
malam tu adalah Abg Adil dan Atul (both are my partner in Emcee..all the best)
Seronok eh dengar gandingan mereka berdua.. tahniah both of you. Nervous tu
normal. Selesai ucapan Pengarah program Le’ Masquarade, Saudara Solihin. Ucapan
Penasihat 1, Puan Rosdiana Shaharum dan ucapan perasmian oleh Yang Berusaha, En
Saiful, penolong pengarah BTN negeri Perak.
Tayangan montaj memang sis bagi 5 bintang woi… menarik gila .. yang tak hensem, tak cantik tu boleh jadi smart, kasual dan hensem lah.. hehehe .. penyerahan sijil kepada Mantan Pewaris (eh..eh.. sis la tu ..) juga penyerahan sijil kepada tampuk kepimpinan yang baru..
Rasmi sudah~
Tayangan montaj memang sis bagi 5 bintang woi… menarik gila .. yang tak hensem, tak cantik tu boleh jadi smart, kasual dan hensem lah.. hehehe .. penyerahan sijil kepada Mantan Pewaris (eh..eh.. sis la tu ..) juga penyerahan sijil kepada tampuk kepimpinan yang baru..
Mantan ke??? huhuhu..
Tak dilupakan kepada tetamu yang
lain, Puan Rohaniza dan keluarga, penasihat 2 Kelab PEWARIS, seterusnya Saudari
Diana Erdayanti , Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 2016/2017 ..Saudara
Basir Arsat, Pengarah Program Family Day .. terima kasih atas kesudian
menghadirkan diri ke majlis kami..
our presiden
En Saiful Bakri dan isteri~
Perut pun dah lapaqq, melantak
dulu diiringi dengan persembahan ThreeFour, our nasyid group. Sis tak boleh
makan sebab nervous, next is my turn with Fithri a.k.a Tenten untuk penyampai
Anugerah Pengarah Program Terbaik bagi tahun 2015 dan Anugerah Program Terbaik
2015…
Tahniah dan syabas kepada sahabat
baik saya, Saudara Shahrul Nizam bin Shahperi kerana telah berjaya memenangi
Anugerah Pengarah Program Terbaik untuk program beliau Silver Youth Islamic
Festival tahun lepas (sis bangga la sis Unit Dana program tu …ewahhhh)
Juga tahniah kepada si kecik
molek, Saudari Nursakinah Khalil Aznan, one of my best friend juga kerana telah
memenangi Anugerah Program Terbaik bagi tahun 2015 sempena program Konsert Aman
Palestin semasa pesta konvokesyen hari tu (masa ni sis jadi Unit Protokol tak
diiktiraf dan emcee pada sebelah malam)
Tahniah my bro and sis~
Juga tidak dilupakan kepada
anugerah seterusnya,
Anugerah Ahli Paling Sporting
yang disampaikan oleh Faiz Badri dan Farah Wahidah dan dimenangi oleh my
partner a.k.a adik junior coursemate, Saudara Fithri (kesian dia sakit akibat
aktiviti Family Day, semoga cepat sembuh adikku)
Alolo sakit dia...huhu
Sebelum kita pergi kepada
Anugerah terakhir, sis dah janji nak cakap pasal pemenang pertandingan Family
Day kan? Okay, this is the list.. Tahniah dan syabas semua sekali~ korang
adalah ahli kelab yang paling sporting dan hebat ~
KASI SUMPIT ITU STRAW
11) Kump
7
22) Kump
2
33) Kump
1
ELEPHANT WALK *game ala-ala
RunningMan*
11) Kump
5
22) Kump
7
33) Kump
3
TIUP BELON SAMPAI PECAH
11) Kump
1
22) Kump
7
33) Kump
4
KASI MASUK ITU BENANG
11) Kump
4
22) Kump
7
33) Kump
5
BELON AIR
11) Kump
8
22) Kump
5
33) Kump
1
ISI AIR DALAM BOTOL
11) Kump
1
22) Kump
4
33) Kump
3
SUCI DALAM DEBU a.k.a Tiup Gula2
Dalam Tepung
11) Kump
4
22) Kump
5
33) Kump
7
MENCARI ‘SI KARUN’
11) Kump
1
22) Kump
7
33) Kump
8
MUSIC CHAIR (Muslimat shj)
11) Kump
5
22) Kump
7
33) Kump
8
TARIK TALI (Muslimin shj)
11) Kump
3 & 4
22) Kump
5 & 6
33) Kump
1 & 2
Tahniah sekali lagi yang menang,
adat pertandingan ada kalah dan menang tapi apa yang penting ukhwah dan
hubungan yang kita bina itu. Berkasih sayang kerana Allah s.w.t . Moga hubungan
ini berterusan, saling bantu membantu, saling menegur antara satu sama lain
agar menjadi insan yang lebih baik. In shaa Allah mudah-mudahan..
Penyampai Anugerah terakhir
adalah Saudara Fahtin Farahana dan Saudari Ummi Kamila bagi Anugerah Busana
Terbaik. Terbaiklah diorang kalau ganding dua, sel-sel otak tu berhubung kot..
Tahniah untuk Saudara Basir Arsat
dan Saudari Atikah Shazwani kerana mendapat Anugerah Busana Terbaik malam tu.
(Memang tidak dinafikan lah… admit it)
Penyampai Anugerah Busana ~
Seperti Dinner PEWARIS sebelum
ni, ada anugerah istimewa yang akan disampaikan oleh Penasihat 1 Kelab PEWARIS,
termasuk lah aku (Dulu aku dapat ANUGERAH SETIA MEMBANTU, seyesly cakap tak
sangka boleh dapat sebab ye lah, kita ni siapa nak dapat..tak penting pun tapi
Alhamdulillah atas segala usaha selama ni dibalas dengan penghargaan yang tidak
berbelah bahagi) so untuk kali no expectation untuk dapat Anugerah lagi sebab
banyak sangat pelajar-pelajar baru yang meningkat naik, mendahului langkah sis
*hakak proud dengan korang dik* ..berikut adalah penerima ‘ANUGERAH KHAS’
tersebut~
ANUGERAH DRAMA KING – SAUDARA ADIB
HUSSAINI ALIAS
ANUGERAH ‘SETABAH KASIH IBU’ –
SAUDARI MARDHIAH MOHAMAD
ANUGERAH ‘TAK APA PUAN’ – SAUDARI
NURSAKINAH KHALIL AZNAN
ANUGERAH ‘KAU KUNCI CINTAKU’ –
SAUDARA SYED MOHAMMAD IFWAT SYED JAMIL KECHIL
ANUGERAH ‘KAU HADIR DALAM DIAM’ –
SAUDARA MOHD SOLIHIN MOHD NADZARI
ANUGERAH ‘SAYA ADA DENGAN DIA’ –
SAUDARA ABDUL BASIR ARSAT
ANUGERAH 'TAK APA PUAN' - SAUDARA SHAZWAN HAMZAH
ANUGERAH ‘SUARA EMAS’ – SAUDARA AKMAL
FAHMI
Masa ni sis menanti lama kot so
bosan gila, sis pun pergilah dekat pelamin tu kononnya nak amik gambar sebab nampak
Mardhi tetiba..
“… Saudari Alisya.” Weyh masa tu ‘jammed’
.. sel-sel otak tak nak berhubung untuk 5 saat. Ye la, kita dok sibuk nak
selfie tetiba orang panggil. Dah la masa tu tengah pegang bunga di pelamin,
ala-ala pengantin ekspress. Berlari kau ke pentas, sampai kat tangga first tu ‘…eh
aku ke? Konfiden je naik…’ hahahaha masa tu kawan-kawan semua macam “Hah betul
la kau, naik la. Topeng tu buka..” lulzzzz weyh..
KLIK ATAS~
Masih terngiang apa Puan Dee
cakap
“…Beliau seorang yang tabah dan berjaya dalam
lapangan yang beliau ceburi…. Anugerah ini tidak lain dan tidak bukan diberikan
kepada Saudari Alisya… tak habis-habis dengan Korea dia…”
ANUGERAH JASAMU DIKENANG
subhanAllah , lagi sekali. Hanya Tuhan je tahu apa rasanya. Terharu, sedih, gembira semua ada sebab apa ? sebab sis bukan siapa2 dulu tapi dengan kata2 meraka sis bangkit, sis cuba untuk jadi yang terbaik.. sis happy bukan sebab menang je tapi sebab kawan-kawan sis turut menang. Mereka adalah orang-orang yang susah senang sama-sama. Terima kasih Puan Rosdiana dan kawan-kawan atas Anugerah yang terindah ini. (Jangan nangis Lisya, please)
Akhir majlis, tetiba ada
persembahan Sajak dan Nyanyian daripada mantan-mantan dulu. Rupa-rupanya inilah
dia.. inilah dia HIGHLIGHT of the event. Lagu CINTA dendangan Melly Goeslow dan
Kris Dayanti buatkan tetiba air mata ni dok bergenang je dekat tubir mata.
Masa
tu terflashback masa-masa lepas di mana masa mula-mula dulu masuk KELAB
PEWARIS. Platform yang mengangkat kerja dan bakat sis dan kawan-kawan selama
ni.
Masa dulu tak ada orang yang kami mampu berharap untuk bantu kami melainkan daripada Puan Dee dan mantan. Sangat berbeza dengan hari ini apabila junior-junior di bantu untuk melaksanakan program. Kudrat dulu rasa terbayar malam tu. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila dikhabarkan ini adalah tahun terakhir Puan Dee berkhidmat dalam Kelab PEWARIS sebagai penasihat. Kontrak Puan Dee sampai di sini. Masa diminta untuk buat ucapan pada Puan Dee, diri ini rasa terpanggil nak cakap tapi tak mampu diluahkan. Hari ini sis nak cakap, sis nak semua orang tahu apa yang sis rasa… dan mungkin apa yang kawan-kawan jugak rasa.
SEM 1
SEM 2
SEM 3
SEM 4
KLIK ATAS~
SEM 5
SEM 6
Masa dulu tak ada orang yang kami mampu berharap untuk bantu kami melainkan daripada Puan Dee dan mantan. Sangat berbeza dengan hari ini apabila junior-junior di bantu untuk melaksanakan program. Kudrat dulu rasa terbayar malam tu. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila dikhabarkan ini adalah tahun terakhir Puan Dee berkhidmat dalam Kelab PEWARIS sebagai penasihat. Kontrak Puan Dee sampai di sini. Masa diminta untuk buat ucapan pada Puan Dee, diri ini rasa terpanggil nak cakap tapi tak mampu diluahkan. Hari ini sis nak cakap, sis nak semua orang tahu apa yang sis rasa… dan mungkin apa yang kawan-kawan jugak rasa.
“Puan Dee, terima kasih untuk
segala-galanya. Terima kasih untuk tiap kata semangat dan motivasi yang puan
bagi pada saya. Sejujurnya, pada awal-awal dulu saya rasa puan macam tak sokong
saya tapi bila saya muhasabah diri balik ‘Itulah apa yang Puan Dee nak kau buat
Alisya, jangan biasakan diri kau bergantung pada orang lain’. Bila saya cakap
dekat puan yang ‘Anak buah saya tak buat kerja..’ Puan mesti akan cakap ‘Alisya,
kamu tak boleh samakan diri kamu dengan
orang lain. Tak semua orang mampu buat banyak kerja dalam satu masa macam kamu.
Belajar menerima kelemahan orang lain’. *Nangis kot masa tu sebab ye lah give
up rasanya but now, even apa yang saya akan buat, saya akan letakkan diri saya
di tmpt orang lain*
Dengan kata-kata itulah saya bangun puan, saya tak peduli apa orang kata. Bila saya sibuk dengan kerja, buat kerja untuk orang lain dan tetiba saya rasa putus asa, puan akan cakap ‘Alisya, bila kamu buat kerja untuk orang lain dan kamu hendakkan balasan, itu bukan IKHLAS namanya’ #Deep #Deep .. saya minta maaf puan kalau tak mampu berikan yang terbaik kepada puan dan kawan-kawan sepanjang saya berkhidmat. Puan salah satu pensyarah yang yakinkan saya untuk masuk bertanding dalam pilihanraya kampus dulu, walaupun saya rasa saya tak layak,bermatian saya tolak tapi puan cakap ‘Alisya, bila kamu dipilih bukan sebab diri kamu tapi sebab orang lain percaya yang kamu mampu dan mereka percaya dengan kebolehan kamu’. Allahu, hanya Allah je tahu betapa saya tak kuat untuk berdiri masa tu.
Ujian demi ujian datang tapi kata-kata puan, kata-kata kawan-kawan yang buat saya bangkit berjuang sampaikan saya jadikan ujian macam satu kebiasaan supaya saya kuat di kemudian hari. Allah s.w.t tak akan uji melebihi had kemampuan saya. Terima kasih puan untuk anugerah SETIA MEMBANTU dan Anugerah JASAMU DIKENANG. Lapangan emcee yang saya mulakan saya harap mereka akan bawa legasi tu dengan baik. Adat hidup, patah tumbuh hilang berganti tapi jasa kita tetap akan dikenang orang sampai bila-bila. Terima kasih puan, terima kasih yang tak terhingga. I Love You Puan Rosdiana”
Dengan kata-kata itulah saya bangun puan, saya tak peduli apa orang kata. Bila saya sibuk dengan kerja, buat kerja untuk orang lain dan tetiba saya rasa putus asa, puan akan cakap ‘Alisya, bila kamu buat kerja untuk orang lain dan kamu hendakkan balasan, itu bukan IKHLAS namanya’ #Deep #Deep .. saya minta maaf puan kalau tak mampu berikan yang terbaik kepada puan dan kawan-kawan sepanjang saya berkhidmat. Puan salah satu pensyarah yang yakinkan saya untuk masuk bertanding dalam pilihanraya kampus dulu, walaupun saya rasa saya tak layak,bermatian saya tolak tapi puan cakap ‘Alisya, bila kamu dipilih bukan sebab diri kamu tapi sebab orang lain percaya yang kamu mampu dan mereka percaya dengan kebolehan kamu’. Allahu, hanya Allah je tahu betapa saya tak kuat untuk berdiri masa tu.
Ujian demi ujian datang tapi kata-kata puan, kata-kata kawan-kawan yang buat saya bangkit berjuang sampaikan saya jadikan ujian macam satu kebiasaan supaya saya kuat di kemudian hari. Allah s.w.t tak akan uji melebihi had kemampuan saya. Terima kasih puan untuk anugerah SETIA MEMBANTU dan Anugerah JASAMU DIKENANG. Lapangan emcee yang saya mulakan saya harap mereka akan bawa legasi tu dengan baik. Adat hidup, patah tumbuh hilang berganti tapi jasa kita tetap akan dikenang orang sampai bila-bila. Terima kasih puan, terima kasih yang tak terhingga. I Love You Puan Rosdiana”
Hari ini kita menangis bukan untuk
dikesalkan perkara lepas tapi untuk kuat berjuang di masa kelak.
PEWARIS,
DI SINI JUA MEMORI TERCIPTA,
WALAU SEKETIKA,
TERJALIN KASIH KITA,
MUNGKIN DISINI, KITA KAN TERPISAH
KENANGAN BERSAMA
TIADA KU LUPA
(Memori Tercipta oleh Shila
Amzah)
Perjuangan ini belum selesai
kawan-kawan. Andai hari ini, perjuangan aku terhenti disini , kalian yang akan
meneruskan legasi yang kita bawa bersama-sama. Kenangan itu simpanlah untuk
kerinduan di masa akan datang. Andai kita jatuh, ingatlah saat kita mula
menapak bangun dulu. Saat kejayaan itu milik kita dan in shaa Allah dengan
usaha dan redha Allah s.w.t, menapak lah membawa jalan dakwah mengikut haluan
dan bakat diri sendiri.
SEMPENA HARI MULIA INI,
AKU TERSENYUM LALU MENGIMBASI KEMBALI,
SEMUA YG KERAP KITA MENGADUKAN,
KINI JADI BAHAN RINDU YANG KU SIMPAN…..
(TEMAN oleh The Lion Story ft Zahidah)
(TEMAN oleh The Lion Story ft Zahidah)
Di kesempatan ini sis nak ucapkan terima kasih pada semua, andai ini
yang terakhir maafkan lah segala khilaf diri ini. Thank you Family Day krew
& Le’ Masquarade krew esp kepada Basir dan Solihin.
“Tugas pemimpin ini berat, ia adalah satu amanah…. Semoga berjaya di
masa hadapan”
Kepada kawan2 program..
“Hari ini adalah kenangan, tak sangka perjalanan 2 tahun lebih itu di akhiri
dengan kemanisan hari ini. Dalam kita belajar menerima dan memberi, kita sedar
kita bukan yang sempurna, belajarlah menerima kelemahan dan kelebihan diri atas
apa yang kita pegang. Moga terus sukses dalam bidang kalian dan jangan lupa tiap
jalan itu, legasi dakwah kita tidak akan hilang. Sentiasa berkongsi. Ilmu,
bakat dan kebolehan dalam diri.. selamanya PEWARIS dan sayangnya saya pada
awak2 semua..”
Buat adik2 junior yang baru dalam dunia program..
“Inilah tempat kamu menimba ilmu, mempraktik teori yang kalian
belajar. Belajar lah menghargai yang lain, jangan pernah meninggi diri kerana
kamu juga dulu pernah menjadi orang bawahan.. jangan lupa diri esp ibu bapa,
penyarah dan kawan2 kerana kamu tidak akan tahu siapa yang akan menjadi regu
kamu di kemudian hari. Mereka adalah segala-galanya.”
Disebalik tabir OUR D’DAY~
p.s : Maaf lah kalau gambar korang yg tak ada, byk sangat gmbr pun~
#Sila #LIKE #SHARE #FOLLOW
Thank you for reading this entry~
Bissmillah
ReplyDeleteSubahanaullah
Terharu.. sebak.. n lastly masuk habuk
Salam Sayang buat Alisya dan kawan2...
Terima kasih sebab sudi dengar nasihat saya & apply nasihat2 tu
seriuss terharu beb!!!
With love,
Mama Dee
Terima kasih Puan.. selamanya akan kami ingat siapa diri kami dan puan... ewww saja bg kita nangis lagi...
DeleteAlisya you words make me "maigoshhh" penulisan yang baik. Tahniah!
ReplyDeleteJzkk kerana sudi membaca.. follow key...hehehe
DeleteDaebakk....Tahniah sis comel....hehe....
ReplyDeleteDaebakk....Tahniah sis comel....hehe....
ReplyDeleteThanks adik comel... follow key...
ReplyDelete