[160420] MALAM ANUGERAH JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar readers?? Hope semua masih sihat la dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni .. seminggu dah berlalu dari tarikh di atas yakni sis terlalu MALAS nak update (oh, minta2 final tak malas macam ni…sob sob sob)

Actually, dah seminggu lebih tak update blog, seem like bersawang dah blog ni…hahaha hiperbola gilor bersawang walhal sibuk menyiapkan segala assignment, presentation dan kuiz yang datang secara serentak *okay baik mengaku kau buat kerja last minute* (Adik2 mohon jangan tiru, ini bukan SIKAP yang patut dicontohi)  Minta maaf Lects~~~~


Ingatkan dinner PEWARIS lepas adalah kenangan terakhir tapi ada lagi satu dinner yang sis tertinggal iaitu MAJLIS MALAM ANUGERAH JABATAN HAL EHWAL PELAJAR… Actually, dinner ni memang akan ada setiap tahun untuk meraikan Mantan2 dan Kelab Persatuan yang sudah gigih, lelah dan perit mengadakan program.. wakakaka ayat tak boleh blah~



                Dengan bertemakan SMART CASUAL RED BLACK untuk Muslimin dan FAIRYTALE untuk Muslimat, ia sangat-sangat membawa kelainan kepada sis dan mantan-mantan ni, bukan apa, kalau dah namanya dinner, formal je la, ghapo di pakainya dress ala-ala Cinderella ataupun Princess Anna dalam Frozen tu (Itu Mindset la bila dgr tema Fairytale okay). Tapi tema punya pasal kita ikutkan je. Last dah~

                Petang tu bertolak jam 6.00-6.30 petang macam tu, tapi pergi sendiri, orang kata biar lambat asal selamat so drive mungkin dalam kiraan 80km/j (Tak gitu Fahtin?? Hahahaha)

Malam tu tepat jam 8.00 malam kitorang sampai kat depan MH Hotel, Ipoh. First jejak tu, mula la flashback setahun yang lepas sebab kami buat disini jugak. Bezanya, sekarang kami datang sebagai VIP . (Hah, macam tak kenal sis yer yang suka buat drama swasta flashback2 ni…)


Setahun berlalu~

klik atas


                Dekat parking terserempak dengan ThreeFour (Alaaahh, kumpulan nasyid PEWARIS yang sedap suaranya tu..ehem, bukan senang aku nak puji..huhu), jumpa Basir dan Faiz ..decidenya nak naik la sama2 tapi diorang turun tingkat lain so kami terus gerak ke tingkat 5. Oh ya, sis datang dengan kawan MPM sis yang sis pernah cerita dulu, Fahtin Farahana dan Ummi Kamila. (Muka tembok weyh datang lewat, title VIP punya pasal…) ‘Minta maaf semua’
Buka je lif, daftar dulu lah… kesian receptionist cari nama kitorang sekali partner dia datang….


“Eh, nama mantan MPM mana?”
“Mantan tak ada, terus masuk…”


*Angkat kening* KUASA VIP (Masuk terus…kikikiki, kesian awak tercari2 nama kami, minta maaf yer)

Dah dapat meja tepi langsir tapi tetiba di minta tukar ke meja tengah dewan, lagi sekali KUASA VIP tu… (Jelas kau nampak pentas,  tak payah pakai spek mata, almaklum sis ni rabun juga kadang2)



                Majlis dimulakan dengan ketibaan, Yang Berbahagia, Tn Hj Anas bin Md Yusof – Timbalan Rektor Kewangan KUISAS dan Yang Berusaha, En Ahmad Zaki Hasan, our Dekan Hal Ehwal Pelajar bersama2 isteri dan anak. Alunan asmaul husna dan bacaan ayat suci Al Quran oleh Saudara Arif, Johan Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan .. subhanAllah, moga istiqamah dik. (suka dengar surah yg dibaca~) Selesai majlis pembukaan, co-emcee, Abg Shuk terus serahkan kepada Main Emcee, Abg Firdaus Mansor dan Farah Wahida.. 



kalau dah majlis rasmi tu, maka adalah ucapan oleh Ustaz Zaki dan ucapan perasmian oleh VVIP kita, Tn Hj Anas … tahun ni punya gimik perasmian tak ada tekan-tekan butang, lampu menyala bagai tapi JHEP import binatang-binatang dari Zoo Taiping (Ehem, gurau2). Sedikit persembahan dari Kelab Teater KUISAS. Masa ni, sis dan kawan2 mantan dah kena ready dekat tepi pentas sebab ada penyampaian sijil kepada mantan..ketaq woi~ kau hengat mantan tak nervous ke?


Alhamdulillah banyak kejayaan KUISAS dalam tempoh setahun yang lepas... tahniah semua yg terlibat~







Selesai amik sijil, baru MPM yang baru naik… jgn lupa bergambar yer ..



                Sis sebenarnya ingat2 lupa aturcara program sebab sis hanya fikir lapar (tahan makan sebab nak makan free..hehehe)… maafkan saya readers~


Tentatif program~


Ok jangan marah, dah ingat.. lepas tu persembahan dari Kelab STEADFAST dan PEWARIS… Macam biasa, STEADFAST akan lakonkan beberapa babak drama..untuk kali ni, tajuknya CINTA PICKUP LINE kot.. maafkan sis readers sekalian kerana tidak berjaya mengingati nama tajuk… tapi memang thumbs up lah,, to those yg ambil side negative je memang tak akan dapat pengajaran la.. sis lebih suka ambil yang positif side.. tak gitu? Itukan lebih baik daripada menghukum yang luaran …


KELAB STEADFAST~

              
      Sambil tu sempat lagi makan-makan masa persembahan, masa ni la yang dinantikan-nantikan. Untuk pengetahuan readers, tahun lepas hanya TUJUH KATEGORI ANUGERAH yang dicalonkan, tetiba kau tahun ni mimpi bulan jatuh ke riba rasanya, JHEP nak tambah lagi LIMA KATEGORI baru.. sis tak mengharapkan apa-apa sebab tujuan utama sis datang tadi sis cakap apa? MAKAN kan.. so kita MAKAN la, tak adanya nak pikior KAU TERCALON ke tidak tapi still dedor jantung weyh sebab antara kategori baru yang dipertandingkan adalah :

ANUGERAH ATLET LELAKI TERBAIK
ANUGERAH ATLET WANITA TERBAIK
ANUGERAH PENGACARA PROGRAM TERBAIK
ANUGERAH VIDEO KORPORAT TERBAIK
ANUGERAH PENASIHAT TERBAIK

                Benda pertama apabila kita berada di situasi di mana kita tak mengharapkan apa2 masa tu la dia nak juga jadi..


Berikut adalah ANUGERAH yang telah dimenangi :


ANUGERAH VIDEO KOPERAT TERBAIK – Kelab PEWARIS


ANUGERAH ATLET LELAKI TERBAIK – SAUDARA FADHIL CHE MORAD
ANUGERAH ATLET WANITA TERBAIK – SAUDARI WAN NUR ASHIKIN (Ni kalo tak silap…)




ANUGERAH PENASIHAT TERBAIK – PUAN ROSDIANA SHAHARUM


ANUGERAH PENGACARA PROGRAM TERBAIK – SAUDARI ALISYA NASIR


ANUGERAH PENGERUSI TERBAIK – SAUDARA ADIB HUSSAINI ALIAS (PEWARIS)


ANUGERAH KHAS (KEPIMPINAN) – SAUDARA ALIFF HAIQAL MHD SUHAIMI


candid our style~

ANUGERAH LAPORAN TERBAIK – Kelab STEADFAST


ANUGERAH PROGRAM TERBAIK – PERSATUAN MAHASISWA ANTARABANGSA (PERMAK)



ANUGERAH PENGARAH PROGRAM TERBAIK – SAUDARA MUHAMMAD IZZUL


ANUGERAH KESENIAN & KEBUDAYAAN – KELAB TEATER KUISAS


ANUGERAH KELAB & PERSATUAN TERBAIK – KELAB PEWARIS




Syabas dan Tahniah kepada semua, sampai ke hari ni dok jadi ‘bahan’ dan sis tak tahu kat mananya mereka menilai tahap dan kemampuan sis, ternyata jauh sangkaan sis yang mengharapkan Abg Firdaus Mansor dapat ANUGERAH tu atau mungkin Abg Salad (Partner sis dulu) … sis tak tahu nak cakap apa sebab memang pada awalnya tak jangka pun… tapi sis nak ucapkan terima kasih kepada à

My lovely dad, Tn Hj Abd Nasir bin Ahmad sebab bakat ayah jatuh dekat anak no 2 ni, muka ikut ayah, perangai ikut ayah, bakat ikut ayah… kalau boleh semua ikut ayah la.. hehehe~ Ayah tak banyak cakap kat rumah tapi anak dia 24 jam nak bercakap, tapi ayah jadi DJ dgn Emcee so anak ayah nak pun nak ikut ayah.. also to my mom, Pn Faridah Shaharim dan my siblings (Aisyah Nasir, AinSya Nasir, Harith Nasir, Irfan Nasir, Khalish Nasir dan Wafiy Nasir) yang bagi ‘INSPIRASI’ pada your sister nak ber’CAKAP’ dekat rumah (ni macam gaya makcik2 berleter pun ada, latihan vokal nama dia.. boleh cuba yer)…



Paling penting, Pn Rosdiana a.k.a Mama Dee yang bagi sokongan kaw2 punya. Tak dilupa my partner emcee, Abg Firdaus yang bagi peluang (masa mula-mula jadi emcee Malam Citra Cinta Ahmad Ammar), Abg Salahuddin (banyak sangat tunjuk ajar untuk jadi seorang pengulas sukan masa IPTIM yang tak berapa pandai nak olah.. yg paling penting part nak sebut nama tu…hehehe), Abg Shukri, Kak Hanim Zielan, Kak Mastura Ibrahim, Abg Ayien, Abg Amjad



Dulu kita sorang je bunga tapi sekarang makin ramai bunga..bunga ni pun dah nak layu..~ kikiki Joking~


The best partner setakat ni~


klik atas 


Kawan2 yang nak dimention memang ramai tapi antara tulang belakang saya dari awal ialah Alif Haiqal, Nabilah Ismail, Basir Arsat, Nazirul Auni, Ummi Kamila, Fahtin Farahana, Ekin Jamil, Shahrul Shahperi, Izzul, Syafiq Ismail, Bella Anuar, Sakinah Khalil, Mardhiah, Aina Salehuddin dan of coz kawan2 kelab PEWARIS dan STEADFAST juga MANTAN MPM 15/16 .. Guys, you are the BEST!! (Tolong jangan terasa sebab saya ni sayang anda semua sampai tak sanggup nak mention, nanti gugur lagi air mata ni….)



Special dedication, untuk warga JHEP… mereka juga keluarga kedua saya diketuai Ustaz Ahmad Zaki Hasan, En Musa, En Azizi, En Hairol, Kak Wahida, Pn Rabiatul, Pn Zawani, En Hamdi, En Hafis, Kak Miela, Pn Ija, Pn Azie… TERIMA KASIH yang tak terhingga kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mencungkil bakat… terasa seperti keluarga sangat, bila pi JHEP mesti rasa macam family sebab semua orang sayang kita (Eh, perasan sendiri ke apa ni?) Boleh la yer nak sayang2 satu keluarga JHEP.


kami MANTAN~


Keluarga HEP~

Terima kasih buat warga WEBTV (Kini dipanggil KUISAS TV) esp En Afzam, En Firdaus, En Husni dan of course ,Tn Hj Anas (takut wo kena marah dengan Tn Hj Anas dulu sampai sekali take je terus MANTOPPP, lulzzzz) sebab dari situlah mulanya sis menggilap bakat yang tak seberapa besar ni.. entah diterima lagi ke tidak sebab nama pun dah berubah.. ramai bakat-bakat baru yang lebih cantik dan bagus.. moga terus sukses.. adat lah ‘Patah tumbuh hilang berganti’ (Kata2 Abg Firdaus memang sis akan ingat sampai bila2)





Lastly, mestilah untuk kos sendiri KOMUNIKASI ISLAM sebab kalau bukan sebab title kos tu tak akan orang nak bagi kita peluang untuk mencuba dan berlatih .. thanks lect, Puan Hazwani, Pn Izyan, En Dinul dan En Khairil. Mereka penyokong kuat sepanjang sis di KUISAS…



Puan Izyan tiada dalam gambar sebab bersalin.. tahniah sebab dpt baby girl, si comel Hana Hafizah..






MashaAllah dah sampai hujung blog sis bercerita… 


Apa yang sis nak kongsikan dekat sini.. bagi sis, ANUGERAH tu tak bererti apa-apa jika kita tak belajar daripada pengalaman hidup. Hormat orang lain, sentiasa merendah diri dan ingat yang kita tak pernah sempurna. Kita belajar dan terus belajar supaya menjadi lebih baik dari hari ke hari. Sentiasa juga ingat tak selamanya kita di atas, kadang2 kita kena berada di bawah untuk memberi ruang kepada orang lain. Sampai ke hujung semester ni, sis terima banyak ANUGERAH sama ada secara langsung atau tidak langsung… yang langsung tu yang sis dapat untuk Malam Gala PEWARIS (ANUGERAH JASAMU DIKENANG) dan Malam Dinner HEP (ANUGERAH PENGACARA PROGRAM TERBAIK) tapi yang tidak langsung tu adalah ANUGERAH TERINDAH daripada kawan2, lects, adik2 dan abgkakak senior… mereka dihadirkan untuk memenuhi ruang kenangan agar hubungan yang terjalin adalah kerana Allah s.w.t..  Sayang sangat2 nak tinggalkan bumi KUISAS tapi pejam celik pejam celik, tinggal lagi 6 minggu je untuk menghirup udara di bumi KUISAS (ayat sedih sangat aihhhhhh, hat flashback nanti noh, sekarang masa motivasi…lulzzz)


Klik atas


Buat mereka yang mengenali diri ini, sudi kiranya dapat memaafkan saya, juga, kalau ada yang saya hutang tolong bagitahu. In shaa Allah saya akan bayar balik dengan apa jalan/cara sekalipun.. kalau ada janji saya tak penuhi tolong bagitahu juga sebab saya pun manusia yang mudah lupa..



To Haters, Stop comparing me with others~.sebab saya tak pernah terfikir untuk mengambil hak dan tempat org lain sebab i've stand alone to be who i am today.. i'm proud with myself because i know my limit more than anyone else.. (Ni bukan marah tau tp ni statement nak bg org faham,jgn pernah samakan sis dgn org lain yg x blh buat apa yg sis boleh buat esp luaran)

                                                                         BEHIND THE SCENE~


Exco Perhubungan Korporat baru~


Anugerah Khas Kepimpinan, tahniah Haiqal~


Presiden Wanita pertama...


Masa beratur pun sempat~


Mantan Exco Asrama~


Jejaka KUISAS~


ANUGERAH TERINDAH~


UCCTS~


kelab PEWARIS~







Gigih tau diorang berlari pegang tgn kita semata2 nak amik gmbr...alahai~
                                                                                
                                    

Thank you for reading this entry~

Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~