[160414] LAST DINNER ISLAMIC COMMUNICATION STUDENT

Assalamualaikum w.b.t readerssss (Tak jawab dosa keh...)

Selang sehari nak kena update blog sebab lepas ni kalau tak dapat wifi nak update jgn marah sis keh... hek hek hek... okay citer dia mesti pelik sebab tarikh di atas lagi lama dari tarikh dinner HEP entry lepas... alkisahnya sebab permintaan tinggi pada dinner HEP  *alasan lagi* ... muahahahaha 


sila KLIK atas


Kisah ni tak lama, actually daripada semester lepas lagi sis nak buat dinner ni tapi sebab semester lepas sis masih pegang title EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT MPM so sis kena utamakan yg sana dulu. Kenapa tak minta tolong orang lain? oh please bukan soalan tu sebab sudah berkali2 sis menaip mesej dan bertanya kan mereka yang sudi meng'volunteer' kan diri menjadi pengarah program namun hampa ... okay fine, sis tak pandai pujuk .. mohon memahami .. org dah tak sudi, tak akan kita nak terhegeh-hegeh uolls.. *nangisssss*

Semester akhir ni pun sis nak buat tapi atas beberapa faktor sis akhirnya 'merajuk' kan diri... yes almost sebulan sis meng'hilang'kan diri daripada kawan2 tetapi tak tahan sebab tak mampu nak menanggung dosa tak tegur kawan,, muahahaha *Mohon jangan buat macam ni* sob sob sob.. Ya Allah ampuni dosa hambuMu ini~ 

Sis pujuk punya pujuk, akhirnya junior sis, si Fawwaz nak buat mengikut jejak langkah saudara Nazmi yang sis suruh buat jugak Lawatan Eksplorasi Kerjaya ke Media Prima.. 


sila KLIK atas~

masha Allah, akhirnya Allah makbulkan doa sis untuk bagi adik2 sis ni 'bergerak selangkah' ke hadapan sebelum sis keluar dari bumi KUISAS.. oh adik2 sis terharu gila korang sanggup buat for the last~ (Kalau tak, dah plan nak merajuk ....)

Even the event so simple but i've really appreciate Fawwaz dan kawan2 yang sudi buatkan majlis kecil yang sangat bermakna malam tu even sis terpaksa berlari ke bilik MPM kerana perjumpaan bersama MPM baru..  


so sweet adik2...~


simple sangat tapi ia bawa satu kenangan daripada adik2 yang sis tak akan lupa~ 

KAMSAHAMNIDA ADIK2



ni la wajah2 sebahagian besar warga Islamic Communication student dkt KUISAS, even kami tak cecah 100 orang macam Islamic Studies student, Syariah student, but we stand on our own courses~

Disebabkan adik2 ni 'MALU' gamaknya, weoollss yang seniorita ni buat muka tembok pi amik gambar...hahaha kadang2 lawak but we actually have fun dengan adik2... 

Ya Allah, jaga adik2 ku untuk aku ...bimbing mereka ke jalan yang diredhai olehMU~

(Opssss, belum masa nak flashback lagi keh)

Adakala mereka tersangat sporting, terkasar, terover-confident dan tak kurang yang pemalu dan terlebih pemalu... bab sombong, arrogant sis tak nak sembang sini.,.. sendiri fikir anak2 (Dah kalau orang suka menyendiri tak akan kita pula nak paksa since kita dah ajak, diorang yang tak nak)

Banyak pahit manis nak citer dari zaman sem 1 sis kat kolej dengan bdak2 DKMS ni sebab diorang ada seribu macam pe'el, atau bahasa lain kita panggil perangai la.. subhanAllah, memang teruji la kesabaran sis masa meng'handle' adik2 ni... erm jgn cakap senior, junior... yang sama batch pun kadang2 di uji .. tap sis lebih suka mengambil pendekatan bertanya dan memahami mereka even kadang2 pi amik bantal teriakkkk~ (Tak mau buat dah lepas ni....) Jangan tanya berapa kali sis nangis~ maigadddddd eyebag penuh!!!

Tapi still yang membenci sis itulah yang sis sayang sangat... seribu kali dia buat dekat kita, 10 ribu kali sis still sanggup maafkan dia ... ini sejenis perangai tak boleh nak bermasam muka lama2.. kengkawan pun ada jugak yang tanya "Eh, dia dah buat kau macam2, kau nak pi maafkan dia buat apa?" 

Sejenis kawan macam ni sis tak marah tapi sis tahu dia tak nak sis terluka lagi... "Awak, saya maafkan dia, saya terima apa dia buat, apa dia kata dekat saya bukan sebab saya mengalah tapi saya nak dia tau, walau sebenci mana orang pada dia, ada orang yang masih dia bergantung harap untuk percayakan dia...." (sejenis perangai yang tak faham even hati terluka... sob sob sob)



Masa awal2 kami ajak En Khairil selfie... hahaha.. even our lect so sporting that night ... seorang yg spontaneous and humble... 

Terima kasih En Khairil. banyak saya belajar daripada En Khairil... the one that really humble, funny and cakap apa yang beliau nak cakap.. ayat yang En Khairil cakap memang kadang2 kena batang hidung dushhhhh! sakit bergolek2.. tapi beliaulah antara pensyarah yang mampu bagi kami tersenyum dengan perangai bersahaja.. he's indeed buat kami more to friend dan senang nak berkomunikasi.. but still he's the one that we're respect... indeed our lect, En Khairil Amri bin Othman Ariff




HERE!! Our second lect .. En Dinul 

Siapa yang tak kenal beliau mesti ingat beliau seorang yang strict dan tak boleh di bawa berbincangkan? hahaha... strict tu kadang2 tapi mostly En Dinul akan bawa setiap perkara ke arah perbincangan .. masha Allah masa sis first time buat program dulu, En Dinul orang terkuat yang menyokong di belakang tau sebab beliau tahu betapa susahnya sis nak baut sensorang... *memang sorang2 pun act* ... 

Terima kasih En Dinul, the one that really help us in study, programme.. really support our dream.. and most imprtantly we want to say sorry for everything we did.. esp semester 2-3 something that we make you sad... omaigadddddd, tak nak flashback nanti rasa bersalah menebal giler~

That our En Mohd Dinul Syamil bin Haris... 

belum terlambat tau kami nak wish Selamat Pengantin Baru, sis pegi masa kenduri tapi siapa nak perasan kita time tu..hehehehe~ 


bukti sis pergi~ okay x percaya la tu sebab tak ada gambar sis kan? okay fine~


hah okay no komen~





eh siapa tu? ni la dia, Fawwaz Sulaiman, adik yang boleh tahan nakal dan kadang2 cakap tak tapis tapis... tapi kita nak sentap pun tak boleh sebab dia memang macam tu... thanks my lil bro that really put an effort to this event...~



and our MC for that night... sis bangga dengan korang, belajar lebih lagi keh~




sem 4 behind the scene~ thanks adik2 akak... sebahagian besar korang membanggakan akk..

"Tahniah alia, kamu dah berjaya naikkan nama adik2 kamu..."

mashaAllah, dalam diam rupa2nya ada yang memerhati.. ada adik2 yang naik dengan sendirinya dan ada yang bantu di sebalik tabir... apa2 pun akk still bangga dengan korang kerana korang nak mencuba.. teruskan melangkah adik2 ku...



thanks band yang sudi menyanyi di majlis simple kitorang~ (maigoshhhh terlupa nama band) maaf tapi seyesly sedap , boleh jemput lagi kan lepas ni?





Anugerah Busana Terbaik Lelaki, Asyraf Radi 


Anugerah Busana Terbaik Perempuan, Husna Halim


wuhuuuuuu,tahniah both of you....cantek baju~




Antara man of the DKMS~ with lect tapi nampak macam semua muda je... 


my LOVELY DKMS FAMILY~




eh Puan Hazwani marah kita ke sebab tak cerita ? hah saya tak lupa la, lect saya ada 4 orang je, mana mungkin lupa... 

hah kali ni third lect nak citer, Pn Hazwani .. the one that sporting, strict kadang2 dan comel tau.. seronok dapat kenal.. kalau dulu masa kami tak amik subjek dengan Pn Wani , ramai senior yang cakap Pn Wani antara lect yang strict dan susah bagi markah.. dah korang tak buat assignment, mana mungkin dapat markah? ye tak? Bagi sis, pendekatan Pn Wani senang dan mudah faham... strict tu perlu ada, kalau tak mana mau student nak dengar cakap.. kalau korang kata Pn Wani garang, NOPE, YOU'RE TOTALLY WRONG sebab sisi lain yang sis kenal, Pn Wani easy going person.. as long as you respect her... and i do respect her from every aspect... 


Thank you Pn Wani sebab faham dan melayan kerenah kami yang gila2.. sungguh sayang sangat pada puan dan lects tapi tak selamanya kami di bumi KUISAS...  Love you Puan... love you sooooo much...~ moga cepat dapat zuriat dan tak mau sedih2 okay... muahhh ciked~ indeed our Puan Hazwani Abdul Wahab




ni sorang lagi and last lect, Pn Izyan yang sangat comel and stay young, gambar puan tak ada masa dinner sebab puan tengah cuti pantang, tahniah for the baby Hana Hafizah... anak dua dah tau even muka maintain muda..kikikiki...

Puan Izyan pula lect yang lembut, sangat2 senang nak berkomunikasi, bukan apa, maksudnya kalau kita ada masalah ke, cuba citer ...hehehe... sifat ibu sikit ... 

Apa2 pun thank you Puan Izyan kerana sudi mengajar dan melayan kerenah kami .. minta maaf sangat2 puan kalau ada tersinggung dengan kami.. kami tak laam pun belajar dengan puan Izyan tapi still Puan indeed the best ~

Love you Puan Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi~ 

Actually, sis tak suka nak compare pun sebab bagi sis semua lect ada kriteria dan sikap yang tersendiri dalam mendidik pelajar. Kesimpulannya, sis sangat senang dengan mereka berempat... dan sayang sangat kalau student kata diorang macam ni macam tu sebab sebagai student, adab dengan guru tu penting.. betul tak? 

Sayang lect korang tau... oh ya, sis pun sayang semua lect dekat kolej tu, just nak mention ni lect kos sis okay..~ #JanganKecamSis







Mereka ibarat cermin, yang menjadi diri sis ... dengan mereka, sis menjadi diri sendiri yang sangat happy, terlebih eksited dan boleh jadi diri sendiri yang tak perlu memikirkan kerja, program, stress dan semuanya la sekali... diorang macam ubat buat sis sebab selalu ada untuk dengar dan back up sis masa sis down , tertekan dan di ancam orang jahat (ni bukan ayat hiperbola tapi kenyataan.. cuma sis tak nak cerita dekat sini sebab citer dah lepas... moga Allah bagi hidayah pada orang tersebut)


Mereka teman bergaduh yang tak sebaya tapi boleh jadi sebaya bila sepakat.. mereka indeed tiada orang lain yang setia bersama2 dengan sis sampai ke akhir.. mereka yang menjadi tuan penasihat, pendengar yang baik, sis tak mampu nak pertikaikan kata2 mereka tapi kadang2 yes kita terluka tapi tak lama... sis sayang mereka sangat2 sampai sis rasa nak sambung degree pun dengan diorang but yeahh,we do have our own dream and different path... communication is not just about speech but we do have corporate communication, mass communication and etc..


Sis doakan yang terbaik untuk mereka, bukan dalam gambar sahaja tapi untuk mereka yang pernah berada bersama2 dengan sis masa sem 1-3 .. 

"Korang yang baca ni, blh contact aku balik kalau nak hang out macam dulu," 

Sejenis manusia yang tak boleh TIDAK memaafkan orang lain.. aku masih sayangkan korang even seribu kali korang buat salah pada aku, sejuta kali aku sudi maafkan.. sebab yang menghukum itu Allah, bukan aku.. pleaseeeee, be with me for the last time~ *nangis* 




masa ni sis nangis tapi sebab orang dok happy, cepat2 cover balik... lulzzz malu la kita, orang nampak kita nangis.. habis make up cair~






THE END~



Sedikit perkongsian~



kredit kelab FURQAN KUISAS



Thank you for reading this entry~


















Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~