Attend Kenduri Serupa VIP

Assalamualaikum w.b.t .....uolssss ececeh muah sikit pipi kiri, pipi kanan....

Well aku ikut tarikh aku nak update balik apa yang berlaku program - program lepas..... btw, untuk entry kali ni dah masuk bulan Mei dan aku nak share sikit pasal aktiviti apa yg aku buat. It's not diary at all and it's not private programme... It's just random event i attend.... *Gaya VIP sangat...


Hah, untuk pengetahuan korang, awal bulan 5 hari tu aku dpt invitation a few kenduri ... semakin berusia ni, semakin banyak pulak undangan majlis kahwin, majlis cukur jambul, rumah terbuka etc.... dan sangatlah penat untuk mengadakan masa pada event - event berkenaan walau sepatutnya wajib kita memenuhi undangan mereka jika tiada wakil....alkisah terlalu sibuk dengan function kolej dan program - program kelab persatuan... sibuk2 jugak, tanggungjawab sbg hamba Allah jangan dilupa yer kawan2. Kalau tertinggal, mohon Qadha balik la... in shaa Allah, mudah - mudahan diterima amal ibadat kita.

Event yang pertama aku attend adalah pada 2/5/15 Hari Sabtu, Majlis Perkahwinan Kakak kepada Senior kolej, Kak Yan. Masa mula - mula aku dapat wassap image gambar kad kahwin tu, aku sangat - sangatlah terkejut sebab rupa - rupanya rumah Kak Yan dekat Manjoi, well then itu adalah tempat sekolah menengah aku dulu *Suddenly, kotak memori mengimbas kenangan 2010.... hahahaha

Jom usha gambar2 dan memandangkan cuaca sangatlah panas lip lap, memang merembang otak mendidih. Fuhhhh,bak kata orang "Panas Dunia....."


Pelan Ke Rumah Pengantin~


Dah sampai korang dekat Rumah Kenduri, Jom Serbu!!


Sampai je Rumah Kenduri memang terus serbu, sebab dah ter'lampau' lapar....tahan makan sebab nak melantak rumah kenduri dan aku rasa korang pun macam tu jugak. Save budget katanya...

Disebabkan cuaca yang tak menentu dan masa ni panas sangat, maka Keluarga Kak Yan ada bagi aiskrim percuma. Nikmat sangat dapat makan aiskrim, bertambah aiskrimnya....



Selesai makan, masuk rumah lah. Ucap Tahniah dan Terima Kasih, dapat merasa nikmat makan tengahhari...

Cantik sangat Kak Fadhilah *Tengah*

Kitorang ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, moga jodoh hingga ke Syurga... Amin!!!!!

Oh lupa, mesti korang tertanya - tanya mana pengantin lelaki, x akan yang duduk kat bawah tu. Sebenarnya, pengantin lelaki tak berapa sihat, maka kedatangannya pun lewat sedikit. Tapi x apa, kami dah ambil gambar dengan pengantin perempuan pun okay....hehehehe



Masa keluar rumah, sahabat aku hulur Iphone... 

"Ambil gambar kami Alisya,"
'Lulzzzz, ingatkan nak bagi terus'

Bergambar la terus jejaka idaman KUISAS ni...huhuhu
[Solihin, Basir, Nazirul Auni, Shahrul, Haiqal]

*PM kalau berminat (Gurau2)


Kitorang balik je, Kak Yan wassap gambar pengantin. Tak ada rezeki nak bergambar tapi cantik sangat pengantin. Sama cantik, sama padan.... Yang sebelah kanan tu lah Kak Yan.... Thank you undang kami ke Kenduri, nanti datang kenduri kami pulak... hehehee... in shaa Allah..

Siapa kata dah habis?


Second event pada 3/5/15 daripada sahabat MPM sendiri, Saudara Izzul, Exco Ekonomi kita.. orang Bagan Serai ni...... jemput kenduri tahlil dan masuk rumah tak silap tapi aku tak dapat hadir sebab ...............bukan tak nak hadir tapi aku sorang je wakil perempuan, tak sopan sangat sebab lelaki dua orang yang boleh hadir, Saudara Aqil dan Suadara Husny.....

Seronok habis diorang bila dapat jumpa sawah padi. Macam Rusa Masuk Kampung pun ada. Diorang tak tengok lagi rumah aku, nanti aku jemput datang rumah yer... in shaa Allah~



Ni lah dia muka - muka selfie, abang2 dan sahabat MPM ni... muka teruja jumpa sawah padi...


Aku tak jeles yang sawah padi tapi aku jeles sebab Izzul tak bagitahu aku makan Wadey Kepeng.... Untuk pengetahuan korang, wadey ni adalah makanan orang Banjar dan kebanyakan orang Bagan Serai adalah orang Banjar. 

Ciri - ciri Orang Banjar ??
ENTAH! Yang aku tahu, mata sepet dan putih

Habis dah, dua hari cuti pun kena attend majlis, dah gaya Menteri Besar.... so untuk perkongsian entry kali ni, aku nak bg quote untuk korang --------------------->




Random Quotes~

So, baca dan fahami sendiri.

Thank you for reading this entry~


Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~