Program Larian Pertabalan Sultan, Malam Mihrab Cinta & Suprise Event

Assalamualaikum bloggerssss dan readersss yang dirahmati Allah sekalian... moga semuanya dalam perlindungan Allah s.w.t

Pada 16 Mei 2015 yang lepas, berjalan serentak tiga event yang aku rasa cukup besar, cukup memenatkan dan cukup mantap semua sekali...hahahaaha

Event yang pertama adalaha Program Larian Pertabalan sempena Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak naik takhta... berseri - seri wajah Tuanku dan Permaisuri..



Daulat Tuanku~


 Banner sempena Larian Pertabalan~

KUISAS diminta menghantar lebih kurang 800++ pelajar jadi kami mengambil inisiatif menggalakkan semua pelajar sahsiah 1 sehingga 4 untuk WAJIB menyertai larian ini termasuklah aku (sahsiah 4)

Larian mula jam 8 pagi tapi jam 9, pendaftaran pelajar sahsiah masih tak habis - habis sebab semua nak baju free....

Memandangkan aku dengan Ummi je MPM yang ada, yakni kami membantu En Hafiszullah (Kaunselor Kolej) untuk memudahkan perjalanan bas ke Dataran Pavilion. Finally, aku sampai larian dah pun tamat, apa lagi, lenggang kangkung la kami berkumpul dengan pelajar KUISAS lain.

Untuk event seterusnya adalah di sebelah malam, Program di bawah kelab Steadfast, Malam Mihrab Cinta... aku tak pergi sebab tak ada duit nak beli tiket plus assignment bertimbun tak hantar - hantar lagi sebab apa?? sebab tak siap la. Tak sentuh pun lagi.



Poster program~








Urusetia kalau tak 'selfie' bukan urusetia namanya...


Ni lah dia, tak lain dan tak bukan Saudara Nazirul Auni selaku Pengerusi Kelab Steadfast dan Saudari Pengarah Program, Ain Rizar (Kanan)





semasa flashmob diadakan oleh barisan urusetia. Dengar daripada mulut rakan - rakan, kalian sangat hebat. Saya bangga dengan kalian semua!


Raihan antara artis jemputan yang turut memeriahkan Malam Mihrab Cinta


Alhamdulillah, sekalung syabas dan tahniah buat sahabat seperjuangan, Ain Rizar kerana telah berjaya melaksanakan program ini. 

Seterusnya, bukan event besar tapi bermakna... memandangkan keesokan harinya adalah hari lahir Ummi, jadi adalah 'Suprise Event' yang telah dirancang... tanpa pengetahuan aku pulak tu *seyes, spoil mood tp demi kawan, kita terima je la...


*Jangan tengok muka aku time ni sebab mood spoil dengan plan diorang... X LAWAK PUN! 

Apa - apa pun SELAMAT HARI LAHIR buat sahabat tersayang, Ummi Kamila Hasibuan bt Thamrin Parlindungan Hasibuan, orang Jawa ni...jangan macam - macam....

Untuk sesi perkongsian kali ni, aku share satu quotes okay ---->


So, don't regret and say Thank You to Allah s.w.t

Thank you for reading this entry~


Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~