Ukhwah Fillah Abadan Abada - Trip to Ummi Kamila's House at Sg Rokam

Assalamualaikum w.b.t blogger berdaftar sekalian.....

Tadi dah update blog tapi sekarang rasa nak update jugak.... hahahahaha...

Nak share kan, apa salahnya... 6 Mei 2015 yang lepas kami kawan2 rumah ni di jemput la ke rumah sahabat seorang ni, Ummi Kamila... *MPM sekali dgn aku, memegang taklifan sebagai Exco Kesenian & Kebudayaan, pengganti Abg Shuk ni*

Ummi ajak kitorang untuk bantu bersihkan kubur arwah ayahnya... bila bab kubur ni, mata jadi bergenang kejap... insaf sudah pasti lah tapi aku rasa ada antara kita pun dah ada yang kehilangan seseorang dalam hidup... kalau bukan yang tersayang mungkin saudara atau sahabat baik...

Semoga mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman, kita yang hidup harus teruskan hidup kerana perpisahan itu adalah fitrah Allah bagi sama ada kekal atau sementara. Allahurabbi

Berbalik pada kisah kami tadi, kami pergi dalam rombongan 2 kereta, 1 motor.... terlebih muatan katanya... kami sampai agak lewat dan bersihkan kubur jam 12, masa tu matahari dah pacak tegak atas kepala...

Terima kasih kepada Mak dan keluarga Ummi sebab bagi makan sedap2     ------->

Picture of Us, Capture in every heart of us.....


Masa di kubur memang macam mencari Treassure Hunt sebab x jumpa kubur.... sesat la jugak....

Al - Fatihah kepada Arwah Ayah Ummi Kamila, 
Thamrin Parlindungan Hasibuan

juga buat mereka yang telah pergi menghadap Ilahi, moga tenang dan aman di sana, di sisi Pencipta Yang Satu......................





Sahabat, bilamana mereka muncul dalam hidup aku, mereka adalah sahabat. Mereka juga adalah abang dan kakak aku.... aku sayang kan mereka kerana Allah.... pahit itu ada tapi banyaknya manis ... orang lain mampu menghukum yang luaran tetapi Allah lebih tahu makna dalaman seseorang.....

Sahabat, kita di hina kerana ukhwah kita,
Kita di caci kerana keakraban kita,
malah, kita dihukum tanpa usul periksa...

Walau siapa pun mereka yang menghukum, kita tetap kita dan akan kekal memori ini dalam ingatan dan hati.... aku tak minta lebih, jaga hubungan ini sampai kita berjumpa di Syurga.... dialah sahabat menegur, dialah sahabat yang baik, dialah sahabat contoh dan dialah sahabat selamanya......

*Tears*



sempat singgah rumah Sakinah di Gunung Rapat.... dekat je dengan Sg Rokam..... 

Sebelum berakhir entry kali ini, kita sama - sama tajdid niat dan rajinkan sikit scroll ke bawah... x banyak pun... sebab aku bukan ustaz, ustazah yang mampu mengeluarkan dalil,cukup hanya kata - kata dakwah motivasi untuk diri sendiri ----->



Aku suka baca image2 macam ni, sebab ini adalah cara aku 'tarbiah' diri aku sendiri. Aku sentap sendiri bila aku baca. In shaa Allah, Allah masih memberikan hidayah buat hamba - hambaNya...

Dalam dunia ni, mana yang sempurna. Hanya Nabi Muhammad s.a.w, Allah jadikan Maksum... aku kira perjalanan aku dalam kolej islam ini seindah perjalanan yang Allah atur tapi betullah kata seorang senior, 

"Kita datangnya dari sekolah biasa sahaja, datang untuk mencari cahaya Islam di kolej yang berpangkalkan nama Islam tetapi rupa - rupanya bila kita dah masuk dan duduk dalam suasana kolej Islam, ternyata semakin banyak kamu berbuat salah, semakin ramai 'Ulama' yang muncul untuk menjatuhkan hukuman kepada kamu,"

Terkesan di hati aku dengan kata - kata Ukhti... betullah, kita ini kadang - kadang bila dah dapat ilmu Agama dan rasa diri tu bagus, mulalah nak keluar dalil dan hukum orang seolah - olah kamu CONFIRM ke Syurga.

Aku selalu berpesan kepada diri, 

"Jadilah diri sendiri, berlapang dada dengan orang sebegini dan ikut yang benar dan tanyalah kepada mereka yang lebih pakar tentang permasalahan kamu. Kamu dalam proses penghijrahan. Kalau mereka tak boleh bantu, hanya kamu yang boleh bantu diri kamu,"


See you next entry...dan ingat TAJDID NIAT

Thank you for reading this entry~



Comments

Popular posts from this blog

Adab Berguru

Lawatan ke Stesen TV Angkasapuri

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~