Travelling Light Campaign (TLC)
Assalamualaikum bloggersssss......
Sebelum mulakan mukadimah hari ini, jom HIJAU kan DP anda...... tak kira Facebookm Twitter, Blog, Youtube dan Email anda....... hahahaha... bukan apa, untuk sama - sama menyokong program di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa ....
Dalam ayat ini mengandungi seribu makna untuik diungkapkan, bila mana aku baca ayat ni, hati aku terusik dengan apa yang cuba disampaikan Allah kepada kita.
Aku mula memahami dan pendapat aku sendiri,kita ni tak sempurna maka jangan kita benci akan sesuatu kaum atau orang hanya kerana mereka tidak sealiran dan sependapat dengan kita. Seharusnya kita itu melihat contoh Rasulullah supaya menerima semua kaum itu seadanya dan tidak melabel - labelkan siapa yang layak untuk ke Syurga dan ke Neraka.
Berkawan lah dengan sesiapa pun, maka engkau akan belajar erti kehidupan dakwah yang sebenar. Wallahualam~
Thank you for reading this entry~

HIJAU - bermaksud logo ini. Letakkan di DP anda untuk menyatakan tanda sokongan anda pada program ini.....in shaa Allah pahala menanti....
Program Traveling Light Campaign ini telah dirasmikan pada 30 April 2015 oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar KUISAS, En Ahmad Zaki bin Hassan. Program ini kami buat di Masjid. *Masa ni, dewan tidak boleh digunakan atas faktor menjadi Pusat Media bagi Pertabalan Sultan Perak yang lepas*
Pengarah Program sendiri, Nurul Basirah Zainul Amri di bawah Exco Dakwah dan Kerohanian telah memperkenalkan program ini di bawah beberapa elemen. Khususnya buat mahasiswa dan mahasiswi KUISAS. Antara elemennya adalah :
- Cinta Allah dan Rasul
- Ikhtilat
- Smart Halaqah
- Solat Berjemaah
- Sempurnakan Aurat
Dan tujuan program ini tak lain dan tak bukan untuk membuka minda mahasiswa terhadap
isu Islam dan mengimarahkan lagi hubungan antara mahasiswa dan warga kolej
berdasarkan elemen yang di tulis di atas. In shaa Allah, harapan aku biarlah sedikit nilai yang kami buat di mata mahasiswa tapi besar pahalanya di sisi Allah. Aminnnnnnnnnnn!!
Jom tengok sikit, sepanjang perjalanan program kami ....kali ini aku diberi taklifan sebagai Unit Protokol, ketaq lutut weyhhhh.... *even dah biasa jadi Protokol tapi tetap ketaqqqq*
Poster program~
Rehearsal dan sedikit taklimat oleh Unit Protokol pada jam 12 tengahhari..... cuak kot masuk saf muslimin...... kalau zaman sekolah dulu boleh la, ajet2 senior....ni Masjid KUISAS kot....
Saudari Pengarah Program, Nurul Basirah Zainul Amri....
First time jumpa Pengarah yang sangat sporting dan comel ....hahahahaha.... best2 dengan Kak Basirah....
Ketika Majlis Perasmian bermula~
sempat Saudara Aqil ber'selfie' bersama perasmi kita.... almaklum Unit Makanan je... x ader kerja lagi masa ni... apa lagi, selfie jom!!
Bersama Imam Muda...... Nasib Imam Muda lelaki, kalau tak nak bergambar juga~ :'(
sesi forum bersama Imam Muda Fakhrul dan Ustazah Zam Zarina....
Tak dilupa, Saudari Moderator, Kak Silmi *Timbalan Presiden mantoppp!
Antara mahasiswa dan mahasiwi yang hadir pada program TLC ni, moga Allah merahmati kalian kerana hadir ke Majlis Ilmu sebegini dan teruskan menyokong Majlis Perwakilan Mahasiswa....
Majlis Perwakilan Mahasiswa bersama - sama Imam Muda Fakhrul dan isteri serta Ustazah Zam Zarina
Setakat ini sahaja perkongsian aku untuk program Traveling Light Campaign dan untuk pengetahuan korang, program ini adalah program berkala maka akan ada lagi pada masa akan datang dengan elemen dan topik serta penceramah yang lebih menarik.... in shaa Allah...
Dan entry kali ini, aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua,
“… Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa…” [Al Maa-idah 8]
Dalam ayat ini mengandungi seribu makna untuik diungkapkan, bila mana aku baca ayat ni, hati aku terusik dengan apa yang cuba disampaikan Allah kepada kita.
Aku mula memahami dan pendapat aku sendiri,kita ni tak sempurna maka jangan kita benci akan sesuatu kaum atau orang hanya kerana mereka tidak sealiran dan sependapat dengan kita. Seharusnya kita itu melihat contoh Rasulullah supaya menerima semua kaum itu seadanya dan tidak melabel - labelkan siapa yang layak untuk ke Syurga dan ke Neraka.
Berkawan lah dengan sesiapa pun, maka engkau akan belajar erti kehidupan dakwah yang sebenar. Wallahualam~
Thank you for reading this entry~
Comments
Post a Comment